Tuesday, March 31, 2009

teruskan perjuangan adikku

Alhamdulillah. semalam selamat berlangsungnya mesyuarat agung tahunan Kelab Alam Sekitar (KAS) sidang 2008/2009. pucuk pimpinan yg baru telah pun dipilih dan sedikit kata2 amanah dan perangsang pun telah disampaikan.maaf sebab aku bagi ucapan yg sangat panjang. maklumlah terlalu banyak yg ingin dikongsi bersama.


lastly ada makan kek sempena sambutan ke-2 penubuhan KAS. Thanks semua. sayang Mervin tak ada. sibuk tulis tesis agaknya. tak apa. kami yakin. semangat anda sentiasa bersama.

melihat pucuk pimpinan yg baru. tak ada lafaz yg lebih agung. melainkan lafaz syukur untukMU ya Rabbi. walau aku tahu, ada segelintir yg terasing dgn aku. kerna ruang masa mengekang aku untuk lebih mengenali kalian.


Buat adik-adik. terima kasih kerna hadir dalam kelab ini. menerima KAS seadanya dengan bersama2 berusaha utk menjadikan KAS lebih baik. walau masih muda dan pernah terkubur tak bernisan. tidaklah bermakna KAS tidak mampu berdiri sama tinggi dengan kelab lain. Insyallah. jika niat dan tujuan kita jelas dan ikhlas. Allah akan sentiasa bersama. teruskan perjuangan adikku.

Insyallah. dengan kudrat yg aku ada sekarang. KAS sentiasa di hati. cuma aku mohon adikku. agar dapat kalian mengerti. bahwa KAS ditubuhkan tanpa ada sedikit rasa kepentingan diri melainkan demi mempertaruhkan sebuah perjuangan yg semakin dilupai. terutama oleh generasi masa kini. walau mungkin generasi lalu telah melakukan kesalahan. biarlah kesalahan itu kita tebus dengan kebaikan demi generasi depan. teruskan perjuangan adikku.

kerna jihad ini tak akan berhenti. selagi tiupan sangkakala belum diperintah Ilahi. bumi ini harus kita jagai. atas nama Lillahi. kerna kitalah. manusia khalifah bumi.



Thursday, March 26, 2009

Hepi Convocation Mahfuzah!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

sujud syukur untukMU Ya Rabbi. sekian lama berjuang. akhirnya ijazah kini sudah dalam genggaman. Terima kasih tak terhingga untuk mama dan abah. hadiah ini untuk kalian berdua. atas segala sokongan, semangat dan doa yg tak pernah jemu. serta kepercayaan dan keyakinan pada anakanda yg tak pernah pudar bahwa anakanda juga mampu berjaya seperti insan lain.

buat abang kit, abang an dan najib. terima kasih atas doa dan semangat yg kalian serapkan samada terang atau nyata. kejayaan ini adalah milik kita bersama. kerna fuzama tak mungkin sampai ke tahap ini tanpa semangat dan sokongan kalian.

Buat saudara mara. terima kasih untuk doa-doa kalian. walau pernah suatu masa ada kata2 yg mungkin mengguris hati ini tatkala diri gagal dalam peperiksaan. tapi sebenarnya. aku sangat berterima kasih kepada kalian. kerna kata2 itulah yg telah menjadikan siapa Mahfuzah Othman pada hari ini. terima kasih.

Buat guru2 dan pensyarah2. terima kasih tak terhingga utk segala pengorbanan kalian buat insan bernama Mahfuzah Othman. tak mampu aku hulurkan apa2 melainkan ucapan terima kasih banyak2 dan kudus doa moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah sentiasa. Insyallah. ilmu yg kalian berikan. akan aku amalkan sebanyak yg mungkin. terima kasih.

buat rakan taulan. sepanjang tempoh perjalanan bergelar pengembara ilmu ini. telah banyak yg kita kongsi bersama. suka duka. susah senang. tangis tawa. semua kini kekal dalam kenangan & ingatan. terima kasih kawan. kerna hadir dalam hidup ini. mewarnai kanvas kehidupan insan bernama Mahfuzah Othman. terima kasih.

Ya Allah. aku tidak pernah meragui segala hikmah yg telah tertulis untukku. saat aku pergi menemani mama ke UK dan terpaksa mengorbankan konvokesyen bersama teman2. Kau telah takdirkan pentas Dewan Tuanku Syed Putra USM tetap menjadi saksi penganugerahan ijazah malah daripada tangan D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Canselor USM sendiri. terima kasih Ya Rabbi. atas hikmah yg besar ini.


Kak Izyati, Iyyat, Umairah, Andri, Farid, Leong, Raha, Pija dan lain2. TAHNIAH!

bisik-bisik : farah & dina. thanks a lot for ur flower & toy! asri, adi, azim, ashaary n shafiq..Thanks for ur flowers too guys!first time dapat bunga drpd lelaki. 5 orang pulak tu!hmmm.... :P

Tuesday, March 24, 2009

Selamat Ulangtahun Ayahanda!

Sepatutnya entry ni kena post kelmarin, 23 Mac 2009. tapi akibat kelemahan insan lemah bernama Mahfuzah ini yg betul2 terlupa walaupun dalam hati dah terasa lain macam saja pada tarikh itu.


malam selepas balik jadi juri untuk presentation projek keusahawanan baru teringat. Ya Allah. hari lahir Abah!!! terus call tapi tak dijawab. terus hantar sms. dan terasa lebih menjiwai dengan tulisan kerna kadang2 lidah kelu untuk berkata.hohoho.


dah tidur separuh. antara sedar dan tak. abah call. berbual tentang persiapan utk esok. dan aku pun ucap selamat ulangtahun yg ke 58. I Love U Abah!!! semoga panjang umur dalam amal kebajikan, murah rezeki dalam keberkatan, serta selamat, diberkati, dan dirahmati dunia dan akhirat.amiinnn.


bisik-bisik: esok kita jumpa ya!

Monday, March 23, 2009

Diary 17

malam penuh hiburan! oopsss.. sabtu malam,21 Mac. pergi tengok citrawarna. ahad malam, 22 Mac. pergi tengok pertandingan tarian Kuda Kepang. kedua2 acara ni merupakan pertandingan tarian tradisional. jadi. sebagai mendokong prinsip kelestarian. haruslah aku menyokong dengan menghadirkan diri sebagai tanda memartabatkan budaya melayu warisan zaman berzaman. kalau bukan kita. siapa lagi?!

aku memang minat tarian tradisi ni. tapi. tanpa restu mama. aku tak berani ambil risiko walau pernah cuba uji bakat masa matrik dulu. sebenarnya aku akui. larangan mama memang wajar. tak mahu satu2 puterinya menjadi 'tayangan umum percuma'.

"kalau kakak nak menari. menari depan mama saja. mama suka tengok kakak menari". pujuk mama lembut. saat aku merajuk tika keinginan menyertai tarian di sekolah tak disambut.

malah pernah kaki aku terseliuh semasa ujibakat tarian tanpa pengetahuan mama.

"Ya Allah. benarlah redha ibubapa itu adalah redhaMU. ampunkan aku Ya Allah. maafkan kakak mama. "rintih aku perlahan sambil tangan perlahan mengurut kaki.

sejak itu aku tekad. walau aku tak boleh menari. tapi aku tetap akan sokong agar warisan ini terus dimartabatkan.


***
Alhamdulillah.

reunion selamat dijayakan. dengan kak izyati dan dang anum kita. pagi ahad selepas ambil jubah. lunch pecal lele dengan kak izyati dan kak ain. thanks sis!lepas tu jalan2 pergi Queensbay Mall. ada Gempak Celebrities Astro. ha..jangan tak tahu. kak izyati kita tetiba jadi glamour bila abang mc dah 'sportlight' dia.

"Ha...akak yang tudung kotak2 tu pun boleh juga kalau nak menari."

aku pusing belakang. kiri dan kanan.cari tudung kotak2.

"akakla. tudung kotak2".balas kak izyati perlahan. sambil ketawa mengekek.

petang. jumpa anum pula yang nak pinjam jubah aku untuk tangkap gambar. sebenarnya, anum tak dapat attend convo dia tahun lepas. so gambar pun tak ada. hikmahnya. dapat juga dia ada potrait photo dengan jubah aku untuk konvo 25 mac ni.

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.

Sungguh cantik aturanMU Ya Rabbi. andai kedukaan aku dulu sebenarkan demi kebahagiaan masa depan bukan saja untuk aku tapi juga untuk mereka2 yg aku sayangi. bersaksilah Ya Allah. sungguh Engkaulah Maha Agung, Adil lagi Bijaksana.

dan bersaksilah. bahawa. jiwa ini sangat redha, yakin dan percaya. bahwa segala apa yg berlaku atas diri aku ini. ada HIKMAHNYA.

maka. teruskan mendugaku Ya Muhaimin. teruslah mengingatiku dengan ujianMU. kerna itu tanda KAU rindukan rintihanku. dan aku sebenarnya lebih rindu untuk mengadu denganMU. memohon padaMU. mengharap padaMU. siang dan malamku. namun aku mohon. janganlah. Kau pikulkan aku. bebanan ujian yang tak mampu aku pikul. Sungguh Kaulah yg Maha Tahu. pemilik hidup matiku.

Friday, March 20, 2009

Reunion week?!

1. Anum is coming to Penang!Yeaaaa...Anum ni coursemate aku. merangkap jiran bilik masa 2nd dan 3rd year. banyak juga kisah2 aku yg berlaku dengan Anum ni. antaranya. dulu kami pernah berselisih faham masa 1st sem 1st year. bergaduh sebab berebut nota daripada senior. hahaha...kelakar betul! tup2. Allah nak tunjuk. orang yg kita tak suka itulah. akan jadi teman baik kita.hahaha...

Anum ni sangat tabah dan kuat semangat orangnya. suka tolong orang . walau diri sendiri tak tertolong. tak reti nak marah orang. sampai aku yg kena tolong dia marahkan orang. pernah kami konflik besar masa sama2 buka kedai kat pasar pelajar. Alhamdulillah. ujian itu semakin mengeratkan kami. mengajar kami utk lebih saling memahami dan menerima seadanya. kelemahan dan kelebihan masing2. frenz forever k!

2. Kak Izyati in the house!Yeaaa....well. she is the best and lovely sis! dah cerita pasal dia sebelum ni. dan seperti yg dijanjikan. Insyallah. we will have such a wonderful and memoriable day on this coming 25th Mac 2009. Congrats sis!our big day is coming!heee...(akak, I 'curi' gambar u from ur frenzter ya)


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Jadi. the two girls is coming around. not forgetting for my lovely family. jangan lupa mai k 25hb ni. kot satgi buat2 lupa. kes naya tu. dan semua teman2. jemputla hadir juga 25hb ni. jangan segan jangan malu. kehadiran anda sangatlah kami alu-alu.

Wednesday, March 18, 2009

hanya DIA terbaik utkmu

suatu malam. seorang kenalan mengadu nasib. wajahnya penuh suram. tiada lagi sinar rembulan.

puas mendengar luahan hatinya. dengan benar aku membalas.


"sahabatku. walau aku mengatakan. aku faham perasaanmu. sebenarnya itu semua dusta belaka. hakikatnya aku tidak memahami perasaanmu. dan aku tidak merasakan apa yg kau rasa sekarang"


terus saja dia merenung mata aku dengan marah. terkejut juga mungkin. tangannya merentap kasar dari genggamanku dan dia terus berpaling dari sisiku.


"sahabatku. mana mungkin aku dapat memahami hati perasaanmu seperti DIA pemilik mutlak jiwa rasamu. segala yg kau rasa. semua dari DIA. jadi. pastilah aku tidak sehebat DIA Maha Pemberi, Maha Mengetahui lagi Maha Memahami."

terus saja dia menangis sendu. memecah sepi sunyi malam. menghambur resah yg terpendam.


aku peluk mesra dia. aku gosok perlahan badannya.


"sahabatku. aku akan terus mendengar. dan aku akan terus cuba mengerti dan memahami. malah aku akan terus cuba sentiasa ada untuk kau cari. tapi. sahabatku. aku mahu kau tahu. yg aku mungkin akan jemu dan bosan utk terus mendengar. kerna aku cuma hamba. dan aku tak akan dapat mengerti dan memahami sepenuhnya. kerna aku hanya insan biasa. malah aku mungkin tak sentiasa ada. kerna takdir hidupku juga bergantung denganNYA"


air mata aku turut mengalir perlahan. tanda kasih utk seorang teman.


"sahabatku. maafkan aku. kerna tak mampu menjadi yg terbaik seperti yg kau harapkan. kerna sahabatku. yg TERBAIK itu sebenarnya sudah sentiasa bersamamu. dan yg TERBAIK itu. sedang menunggu pujuk rayumu. sedang rindu mendengar kudus doamu. kerna yg TERBAIK itu adalah pemilik mutlak hidupmu. sedang aku hanya sahabatmu. yg juga bermohon dari yg TERBAIK utk kita sama2 dirahmati selalu"


sendu pun makin sayu. bersama zikir yg mendayu-dayu.

Tuesday, March 17, 2009

Diary 16

16 Mac 2009

pagi.tolong siapkan report utk part Kampus Sejahtera. Alhamdulillah semua maklumat dah ada semua dalam pc. Thanks dan big claps to lovely Pauline for a very smart compiling and filing.

tengahari. lunch kat Verandah Cafe. sempena kepulangan Profesor Kwangsoo Choi ke tanah airnya (Korea). sambil makan. boss tanya. petang ni buat apa? aku geleng . boss balas. datang meeting 2.30 petang. aku angguk. yeaahhh! ada kerja akhirnya.

petang. sampai meeting lambat. nasib baik belum mula lagi. terus ambil kerusi dan duduk di belakang. semua wakil jabatan, dekan, penggawa hadir. sebab ni meeting utk minggu orientasi. agak lama juga meeting sebab banyak perkara yg dibangkitkan. maklumlah berlaku sedikit perubahan apatah lagi dengan APEX U ni. tapi apapun. matlamat utama adalah untuk pendaftaran pelajar baru dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. nak bagi yg terbaik utk semua. boring memang boring. biasalah. dah jadi pemerhati saja. patutlah Hamoon gelak bila boss suruh aku datang meeting. siap kata. Enjoy and good luck! cesss...

balik. tumpang Dr Nurul. She is penggawa for Desasiswa Indah Kembara. baru saja plan nak minum petang sama2. terpaksa batal sebab Dr ada janji temu. takpa dr. Next time ok!I ada saja di USM ni. heee...

malam. tidur awal. sambil tengah layan mimpi. ramai pulak peminat panggil. mama & abah. kak izyati. dan cik fara kita. ajak makan nasi lemak. alahi...ikut hati memang nak pergi. tapi mata dah tak boleh buka. next time ok!nanti kita berkelah nasi lemak di bawah pokok tepi tasik. heeeee...

ok. itu saja cerita yg ada. tengah tunggu kerja juga ni. takpa boss. take ur time k. anything just call me up. I'm on call. hua3.

bisik-bisik: 'saya yg menurut perintah'

Saturday, March 14, 2009

Diary 15

Setelah 2 minggu di Penang. minggu ini ada sedikit ruang waktu untuk aku pulang ke teratak tercinta. 2 hari lepas lagi. abah sudah telefon minta pulang menemani mama. ada hal menuntut abah tiada di rumah. Mama juga kerap telefon dan sms tanya tarikh kepulangan tiba.

"Insyallah. pagi sabtu kakak bertolak dr Penang"

walau cuma 2 jam perjalanan ke Jelapang Padi. masa tetap berlalu begitu pantas utk aku meluang lebih masa bersama keluarga. tapi. Insyallah. aku akan sentiasa cuba sedaya upaya meluang waktu utk bersama keluarga. kerna masa utk aku semakin terhad. tanggungjawab dan status yg berat semakin menghampiri. walau aku sendiri tidak pasti waktu yg pasti. biarlah ianya menjadi rahsia Rabbani. penentu mutlak hidup diri.

tengahari aku selamat tiba. mama peluk erat tanda rindu menghimpit jiwa. maaf mama. kakak lambat pulang utk kembalikan semula semangat yg kakak pinjam buat penguat hati.


malam hari. adik terlena di ribaan aku. penat kerna keliru dgn pilihan masa depan. resah dan gundah dek keputusan SPM yg di luar jangkaan. kepulangan aku kata mama adalah kekuatan. kekuatan untuk adik pinjam buat menghadapi sebuah kenyataan kehidupan. bahwa kini. adik berdepan dgn lorong-lorong pilihan. untuk tiba ke destinasi impian. yg akan dipanggil orang. itulah kejayaan.

sedang membantu adik membuat pilihan. matanya ku lihat bergenang. sambil tersenyum menyembunyikan resah hati.

"nak nangis ka?" soal aku perlahan. dia geleng. terus saja aku gosok belakang badannya.

"sabarlah. tak ada apa yg nak risau. peluang belajar banyak. yg penting ada kemahuan nak belajar dan sedar. sedar utk berubah...berubahlah"balas aku dengan hati yg sebak.

aku cuma ada satu adik. dialah racun.dialah penawar. status bongsu menyebabkan dia agak manja dan hidup penuh dgn segala kemudahan. bukan salah sesiapa. sebab kadangkala keadaan juga menjadi punca. bagi aku. adik remaja lelaki yg tabah. dalam usia yg sangat muda. dia sudah diuji erti cinta keluarga. antara kasih mama dan sayang abah. adik cuba mencari dirinya dalam keluarga. saat abang2 dan kakaknya sudah membentuk masa depan yg tersendiri. adik 'ditinggalkan' mencari identiti diri.

tak banyak yg aku dapat kata utk adik. selain bangunlah membukti diri. usah lena lagi.masih jauh perjalanan yg kau akan tempuhi. banyakkan doa utk Ilahi. dekatkan diri dengan Rabbani. sesungguhnya DIAlah Maha Pemberi. terutama utk hambaNYA yg dicintai. kau tetap adik yg kami bangga dan sayangi. walau apa pun yg terjadi.

adik. ingat pesan kakak. Biarlah kita GAGAL dalam memenuhi piawaian manusia. asalkan kita BERJAYA dalam menembusi piawaian Maha Kuasa.

Friday, March 13, 2009

You will learn slowly...

masih aku ingat. kata-kata itu. tahun lepas. masa pertama kali bekerja sebagai Research Assisstant di Healthy Campus, USM. lembut. mesra. tegas. dia berkata.


'you are learning. so, don't afraid to make mistake'


lantas saja aku terkelu. terkejut. terharu. gembira. yakin. lega. berani. dan teruja.


sejak itu. kata-kata itulah pembakar semangat. peniup harapan. untuk aku terus melangkah dengan yakin. tanpa perlu rasa takut dan gusar. kerna aku sedang belajar. dan akan terus belajar. belajar dari kesilapan dan kegagalan. kerna semua itulah permulaan kepada kejayaan.


hinggalah saat aku 'dilontar' pergi. kata-kata itu masih setia di sisi. sampai perlahan2 hilang taatnya. dan aku mula jadi keliru. sayu. dan pilu. malah rindu juga sentiasa menjengah kalbu. di manakah Mahfuzah Othman yg dulu?


tatkala rindu sudah bergunung. dan hujan pun lebat di gurun mata. aku mula 'dijemput' pulang. Sungguh Tuhan itu pengadil jiwa paling saksama. Pemberi rahmat tatkala di penghujung duka.


kaki gegas melangkah pulang. walau hati rasa gundah. walau jiwa agak resah. aku tetap terus meredah. sambil hati terus berserah. Ya Allah.Ya Allah. Ya Allah. damaikanlah jiwaku. dalam mencari redhaMU.


dan tiba. saat gelombang bimbang hebat menghentam jiwa. keyakinan yg bagai direntap pergi dari dada. aku terima kiriman ringkas emel berkata.


'Mahfuzah. don't rush. we can wait. you will learn slowly'


aku kali. sebak mula terasa di dada. sekian lama aku tunggu kata-kata itu. kata-kata azimat buat insan yg tak punya apa2 ini.

Thursday, March 12, 2009

Diary 14

wah...rindunya kat bisik2 intan! rasanya inilah antara waktu yang lama tak update. serius! rindu sangat!heee...

ok. start of story. minggu lepas start kerja. Isnin, 9 Mac join lecture students group from Yokohama National University kat International Office. teringat pula kenalan di YCU. banyak juga informasi diperolehi. walaupun. bukan faham semua pun. dan sepatutnya Dr Omar (sekarang sudah Prof) yg bagi lecture tapi ada hal tak dapat dielakkan. Dr Izham ganti. ha..aku memang minat lecture pasal sustainable ni. entahlah. mesti segar saja mata ni. tambah2 bila ada cerita pasal White Coffin juga. sampai petang baru habis.

10-11 Mac, Selasa-Rabu
joined Visualisation in Participatory Programmes (VIPP) in Equatorial Hotel. this program special for lecturers but there are also some student joined. aku? student pun bukan. lecturer pun bukan?hmmm...btw. this is really good program. new experience. new style. new method. maklumla. campur dengan lecturers. para ilmuan. drpd pelbagai bidang pulak tu. macam2 gaya ada. sampai rasa macam tak tahu apa2. but thanks to Dr for given this oppurtunity.

masa balik. rasa macam diri 'kehilangan' sesuatu. macam ada yang tak kena. Hello Fuzah!awat ni?? mana hilang semangat dan kekuatan dulu! mana Mahfuzah Othman yg dulu?!

dan tiba2. aku teringat. satu2nya soalan yang patut aku tanya. masa tawaran diberikan.


kenapa saya?

Thursday, March 5, 2009

Permulaan Mac yg penuh kasih sayang

Permulaan bicara. Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan puji-pujian hanya untukMU. Ya Allah. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Setelah hampir 2 bulan menjadi suri buat mama dan abah. sambil menggantikan kembali ruang2 waktu yg telah berlalu.dek kerna sibuk antara tuntutan ilmu & minat di kalbu. Maka, atas restu dan redha mereka jugalah aku kembali ke menara ilmu. walau aku tahu. jauh di sudut hati. agak berat melepaskan satu2nya puteri. namun atas nama cinta. mereka relakan jua. Thanks a lot mama & abah. Insyallah. anakanda akan sentiasa lakukan yang terbaik. doakan anakanda di sini selamat. hanya Allah yang tahu hati-hati hambaNYA. Insyallah. anakanda akan sentiasa amalkan doa-doa yang diberi. serta pesanan & nasihat yang dipatri.




Isnin. 2 Mac 2009.


dari Jelapang Padi ke Pulau Mutiara. selamat semuanya. tak banyak yang berubah. bas. feri. jeti. bangunan. semua masih sama. cuma aku. aku yang akan berbeza. tapi jangan salah faham. aku tetap aku. Mahfuzah Othman masih Mahfuzah Othman. tiada dua. atau tiga. hanya satu. aku cuma berbeza dari segi tugas. tanggungjawab. peranan dan amanah.


bosan tinggal bersendirian di rumah sewa yang sama. aku hubungi Wan Fara. teman lama. baru pulang dari Kanada. teringat rajuk hatinya dek kerna aku tak memaklumkan 'kepulangan' di menara ilmu. terus kami berjanji untuk keluar makan bersama. Dengan izin Allah. kasih sayang dan tali simpulan yang terbina terus utuh. Alhamdulillah. jodoh kita masih panjang. sungguh2 aku bahagia dengan pertemuan ini. untuk cerita lebih lanjut pertemuan kami. klik saja di sini.



Selasa. 3 Mac 2009.


pagi. aku melawat teman2 usahawan di Pasar Pelajar. bertukar cerita. meluah rasa. aduh!sangat gembira bertemu kalian. sangat2. tiba waktu zohor. keluar bersama Cik Wan Fara sekali lagi. menonton wayang. bukan satu. tapi dua wayang. Astaga2...bukan apa. takut lepas ini susah nak berjumpa. tatkala kesibukan mula menjengah nanti. jadi. manfaatkan waktu untuk bersama sebaiknya. baiikkkk...




Rabu. 4 Mac 2009.


Rasmi aku mula bekerja sebagai reseacrh officer. walau surat rasmi belum dapat. tapi dek kerna tak sanggup tunggu lama2. aku terus mula kerja. seperti biasa. hari pertama. tak ada banyak kerja. sebab tempat yang sama. office yang lama. serta teman sepejabat yang sudah mesra. maka. ucapan selamat kembali pun bergema. Itulah kuasa Tuhan. yang disangka pergi. kini kembali lagi.


tengahari. takdir Allah menemukan aku dengan Wan Neeza. juga teman lama.Ya Allah. bahagianya pertemuan ini. terasa kasih sayang semakin memenuhi ruang jiwa. Gembira.terharu.bahagia.melihat hidup teman nan satu ini semakin bermakna. terasa semangatnya mengalir perlahan tatkala genggaman tangan erat berpegangan. Alhamdulillah. aku sentiasa doakan untukmu teman. agar sentiasa berada dalam jalan kebenaran. tabahkanlah hati. kuatkanlah jiwa. kerna kau hamba Allah yg terpilih. dalam menerima CINTANYA.


3.30pm. bertemu pula dengan seseorang yang kini rasmi menjadi bos aku. sedikit taklimat tentang tugas2 aku. hal2 fizikal. dan pengesahan status aku. hehehehe...Insyallah bos! Mahfuzah Othman akan sentiasa melakukan yang terbaik. Mahfuzah Othman sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh bos! demi Allah. demi USM. bangsa. nusa dan negara. amiinnn...


malam hari. melawat teman2 seperjuangan yang kini tegar meneruskan jihad menuntut ilmu dalam sarjana. Lieyana, Nani, Izni & Sarah. sayang sangggaaatt kat korang! terhambur sudah semua rindu yang bersawang di jiwa. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. abadikanlah kasih sayang kami semua. selamatkanlah sahabat2ku. dunia dan akhirat. jadikanlah kasih sayang kami ini penghapus dosa-dosa kami. aminnn...


sekian sudah 3 hari di awal Mac yang penuh kasih sayang. kebahagiaan. kerinduan. dan keharuan. hingga terasa angin2 menyapa lembut. mengucap selamat kembali ke menara ilmu. hati berbunga indah. kembang mekar. harum mewangi. Ya Allah. anugerahkan aku kekuatan untuk mengekalkan kasih sayang ini. aminnn...


akhir utusan. buat mama & abah. yang tak henti2 bertanya khabar berita. buat hari pertama bermula kerja. Terima kasih tak terhingga atas doa & tulus ingatan yang setia. Alhamdulillah. anakanda baik2 saja di sini. doakan semuanya selamat dan dirahmatiNYA. tiba ruang masa. Insyallah. anakanda akan pulang bertemu kalian tercinta.