Tuesday, June 30, 2009

Asalkan kau bahagia

menikmati usia 20an. bergelar taraf anak gadis sunti merupakan anugerah yang perlu dihargai sebelum gelaran diambil pergi. dan pastinya dalam meniti usia ini. cabaran kehidupan sedang menjengah diri bagi menambahkan pengalaman diri di samping melengkap sebuah erti kehidupan insani.

berita daripada seorang teman. hakikatnya tidaklah mengejutkan hati. cuma membuatkan aku terfikir. betapa kehidupan ini sebenarnya tak semudah yang disangka. dan tak seindah yang diimpi. malah. kehidupan ini sangat pelbagai ceritanya. walau 'pengarah' nya sama. dan 'latar pentas' yang serupa.namun plot dan penulisan skrip sangat berbeza. tapi. mungkin juga ada satu dua yang berkongsi cerita.

teman. apa pun pilihan yang kau buat. aku cuma harap biarlah keputusan itu diiringi redha DIA. asalkan setiap keputusanmu berpaksikan yang ESA. aku sentiasa bersamamu. menyokongmu. mendoakanmu. kerna aku cuma inginkan bahagiamu. walau apa pun. dan di mana pun. itu saja yang aku mampu. kerna jalan hidup kita sudah tersurat ceritanya. yang pasti terkandung sejuta siratan hikmahNYA. yang hanya DIA Maha Mengetahui. padaNYA jua kita berserah.

teman. aku masih di sini. selagi nadiku masih berdenyut. selagi ingatanku masih utkmu. atas izinNYA. doakan selalu untukmu. dulu. kini. dan selamanya.

asalkan kau bahagia. sahabatku. dunia dan akhirat.


Diary 25

Alhamdulillah...tanggal 27 Jun 2009. USM selamat menerima ahli keluarga baru tambah lagi dalam keadaan universiti yang sedang dalam fasa transformasi demi mencapai impian sebuah negara dalam konteks pengajian tinggi. paginya aku bertugas membantu unit penajaan yang pastinya berkaitan dengan apa-apa sahaja persoalan dan permasalahan pinjaman, biasiswa dan kewangan pelajar. Syukur. banyak yang aku pelajari di unit ini secara tidak langsung yang pastinya tidak pernah aku tahu semasa bergelar pelajar. Enjoy sangat dapat join unit ni sambil cuci mata tengok macam2 gelagat siswa siswi baru. teringat aku dulu2. huk3.

tapi yang pentingnya petang hari aku kena bagi taklimat. taklimat apa lagi kalau bukan pasal kelestarian. so lepas je taklimat TNC HEPP terus giliran aku. tak boleh bagi panjang2 sebab ramai yang letih. maklumlah ada yang dtg dari jauh dan penat angkut barang pun tak hilang lagi. apapun harap mesej sampai dan semua enjoy. huhuhu..insyallah.

Esok, 28 Jun 2009. seharian di DUP B untuk kaunter penajaan BHEPP dan petang raptai majlis sambutan siswa lestari.

29 Jun 2009. majlis sambutan siswa lestari berjalan penuh lancar. teringat aku pernah menangis masa bacaan ikrar. terharu sebab ada universiti yang sudi terima aku seadanya pada diri yang tak punya apa. pejam2 celik. sekarang aku bukan lagi pelajar tapi berkhidmat pula untuk pelajar.

mendengar ucapan vc, membuat semangat aku untuk terus menyumbang bakti beransur timbul. saat diri terasa tak diperlukan. aku makin yakin masih banyak yang tertinggal sebelum aku melangkah pergi. aku yakin, percaya dan pasti. walau tidak bergelar pendidik secara langsung. tapi sebenarnya aku sedang mendidik adik-adik tentang erti nilai hidup dan diri yang sebenar. dan pastinya aku juga sedang mendidik diri sendiri sebelum aku mampu mendidik insan lain. dan cabaran utk mendidik manusia pasti tak semudah yang dijangka.

kecewa, sedih, marah, hampa. itu semua fitrah. air mata dan keringat peluh. sudah menjadi lumrah. tapi untuk merasa putus asa. itu bukan asa jati diri aku di sini. cuma pastinya aku tidak keseorangan. hadirnya siswa siswi baru hakikatnya pencetus semangat baru diri ini. kerna kalianlah aku kembali. kerna kalianlah aku di sini.

Mahfuzah,
perjuangan belum selesai. hingga nafasmu terhenti. walau tak ada sesiapa yang mengenali. jauh sekali mengetahui. biarlah sahaja Allah yang tahu. biarlah hatimu sentiasa ikhlas . biarlah jiwamu sentiasa jujur. hanya untuk Ilahi.


Tuesday, June 23, 2009

ketentuan itu


Ya Allah
ikhlaskan hati ini
menerima segala ketentuanMU

Ya Allah
kuatkan jiwa ini
menerima segala takdirMU

kerna aku tak pernah ragu
dengan segala suratan yang tertulis untukku

Ya Allah
anugerahkan aku kesabaran seteguh sabarnya Nabi Ayub
hilang harta
kasih dan cinta
hanya demi redhaMu jua

teruskan senyuman itu terukir di wajahku
walau dalam hati ini
hanya KAU yang tahu



Friday, June 19, 2009

andai...


andai hati ini dapat aku lukis
pasti tiada warna yang akan tertinggal
andai haruman mana ingin aku pilih
pasti tiada wangi semerbak
rahmat Tuhan

Ya Allah
letakkanlah dunia ini dalam genggamanku
bukan
dalam hatiku


Monday, June 15, 2009

Hari-hari selamat utk Abah




Monday, June 8, 2009

Cuti-cuti Malaysia

ha...maaf ye..cerita ni lambat sikit postnya.pada hal waktu kejadian dah masuk 2 minggu yang lepas. sebenarnya percutian yang hanya memakan masa sehari saja ni tak masuk dalam perancangan pun. ni pun sebab keghairahan my roomate yang nak cover kekecewaan yang nak pergi bercuti ke Perlis tapi batal sebab kekurangan ahli dan sambutan. lastly, Kedah si Jelapang Padi juga yang jadi pujaan hatiku. hohoho...jadi, ikutilah siri cuti-cuti Malaysia ke negeri Kedah Darul Aman.

si Anis, pemandu yang berhemah.

cuti2 pun tetap traffic jam


cendol pulut Jo


cucur udang yang tak ada udang.


tukang bayar...thanks Norji!


tukang makan...heheee..aku pun termasuk jg.


Masjid Al-Bukhary


wajah2 happy dapat masuk bendang.

sekian.
tercapai juga impian si Najihah@Norji.





Selamat Pengantin Baru Kak Anis!

Alhamdulillah.


selamat sudah terpatri janji cinta kasih dua hati antara Kak Anis dan pasangannya. walau tak lama kami bersama sebagai teman serumah. dek kerna kesibukan masing-masing yang selalu tak lekat kat rumah. tapi kemesraan yang dihulur sentiasa di hati. apapun. tahniah sekali lagi daripada warga 97-7-6. Didoakan semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga. banyakkan bersabar dan jadi isteri yang solehah ya. tahniah Kak Anis!


wajah2 tak sabar tunggu 'turn'...ooppsss

ha ni..bila pula kendurinya?!


tengok macam ni. happy family selalu.
comel kan...kan..kan..



Friday, June 5, 2009

Green Office take off!



Pertama kali. puji syukur buatmu Ya Rabbi.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

sungguh aku yakin dan pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku. kalau minggu lepas aku sedikit sedih dan kecewa kerna projek Green Office yg sepatutnya dibentang telah ditunda ke minggu ini iaitu pada hari ini. rupanya ada cerita di sebalik pertundaan yang berlaku.

Syukur. sambutan dan tindakbalas yang diberikan sangat memberangsangkan. riuh juga bilik mesyuarat dgn hilai tawa melihat gambar2. syukur. semoga mesej dapat diterima oleh semua. semoga juga semua keluarga BHEPP terus bersatu hati untuk berganding bahu demi menjamin kesejahteraan generasi kita.Insyallah.

malah. tak disangka juga perbentangan dan mesyuarat kali ini turut disertai oleh TNC sendiri. fuh! terkejut sekejap. selalunya En Nazru yg jadi chairman. tapi dengan lafaz bismillah. aku pun redah. dan Alhamdulillah. all seems happy and enjoy.

teringat tahun lepas masa bagi presentation di USM, Kelantan. my ex-boss was showed his tumbs after my presentation. dan kali ni lepas saja presentation terus TNC kata.

"Ha lepas ni biar Mahfuzah jelah yang bagi taklimat utk 1st year student pasal green practice"

glup. telan air liur kejap.

next. I have to do an audit. monitor all the office in BHEPP. and so on.

"Mahfuzah tak pa. dia tahu nak tegur orang. dia tak tegur macam bagi arahan"

hohoho...ye ke?! rasanya pernah oarng tegur aku nampak sangat garang. hmmm correction ok. bukan garang. tapi tegas!

Apapun. sujud puji buatmu sekali lagi Ya Allah. sungguh rahmatMu sangat luas.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Wednesday, June 3, 2009

Aku faham maksudmu teman

terbaca pendapat daripada blog seorang teman dan kemudian meninggalkan jejak yang mungkin telah menyentuh hatinya. aku hanya mampu tersenyum. maaf teman. mungkin kerna situasi kita sekarang yang berbeza menyebabkan pendapat juga mula berubah cara.

jujurnya. terlibat secara langsung dalam arena pentadbiran. tidak pernah terlintas di hati ini. jujurnya. hati ini terlalu rindu akan suasana menuntut ilmu dalam berjihad mencari kebenaran. tapi Allah pasti apa yang terbaik. padanya kita berserah.

teman. aku memahami maksudmu. malah aku akui segala kebenaran kata-katamu. kerna pelajarlah maka pihak2 pentadbiran wujud. dan hakikat sebenarnya. USM lebih terkenal bukan kerna pentadbirannya tetapi kerna pihak akademiknya dan pelajarnya yang terbaik. menyumbang bakti tanpa kenal erti jemu. mencari kebenaran nan satu. sungguh.Hanya Allah mampu membalasnya.

malah. hakikatnya juga. aku sendiri merasa kecewa dan keliru dengan kebenaran yang ada. dan sering aku bertanya. mengapa aku di sini?? sehinggalah seseorang menyatakan.

Mahfuzah. usah kerna kau menganggap semua daripada kami seperti yang dikatakan. ya. memang betul. ada segelintir pihak yang seperti yang dianggap. tapi ingat. masih ada mereka2 yang sentiasa berusaha menjadi dan memberi yang terbaik. masih ada mereka2 yang berusaha keras siang dan malam mengabdi diri utk memberi yg terbaik. tetapi kerna asas dan dasarnya sudah begitu. apa sj yg kita buat baik sekalipun. orang tetap tak akan nampak. sebabnya. yang baik itu sangat sedikit.

dan Mahfuzah kena ingat. bahwa Allah lebih tahu apa yang terbaik utkmu. kerna itu kamu di sini.

aku pernah menangis. menangis mengenangkan kenapa hakikat begitu menyakitkan. dan utk mengubah sesuatu yang sudah sebati dalam diri. malah berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam. dugaannya pasti berbeza. manusia itu penuh rasanya. ada mata utk melihat. ada telinga utk mendengar. ada mulut utk berkata. nampak mudah. kenyataannya. Allah lebih mengetahui.

malah. status APEX juga punya cerita yang tersendiri. sungguh Allah lebih tahu. dan pastinya. kerna peristiwa yang tak disangka ini. ibarat kerna nila setitik habis susu sebelanga.

namun. segalanya sudah berlaku. tiada masa utk bersedih walau hakikatnya. sungguh ramai yang sedih dan kecewa kerna terasa segala usaha keras selama ini bagai menuang air di daun keladi. biarlah hanya Allah yang mengetahui.

pernah seorang menegur aku. 'Hang fuzah, mestilah sokong sebab hang sekarang dan jadi geng tu'. aku hanya senyum. percayakah dia kalau aku kata aku sendiri tak pernah menduga 'dunia' ini akan aku jengah. dan buruk mana pun sekalipun organisasi aku ini. kalau bukan aku yg nak menyokong siapa lagi? umpama orang luar yang mengutuk keburukan ibu atau bapa kita. anak mana yang tak terasa. walau hakikat itu benar. tapi hati tetap terluka.

hidup masih panjang. perjalanan masih jauh. masing2 punya tanggungjawab dan amanah. aku juga pernah bergelar pelajar yang seperti kalian memandang sepi hampa akan pihak pentadbiran. dan aku yakin. Allah sedang menguji aku dalam mencari erti kebenaran bahwa kasih Allah itu sangat luas.

percayalah. masih ada antara mereka. yang tidak tidur malam menyiapkan kerja. masih ada antara mereka yang berkorban harta dan benda. masih ada antara mereka terpisah jauh daripada keluarga. dan segalanya.biarlah menjadi rahsia. antara hamba dan Pencipta.

teman. maafkan aku andai hatimu terguris. kita sebenarnya bersama2. mencari kebenaran dan rahmat kasihNYA.

bisik-bisik: di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.


Tuesday, June 2, 2009

Pasti ada HikmahNya

Gempar! sangat Tergempar!!!

daripada 8000 lebih nama yang disenaraikan berjaya hakikatnya hanya 3000 lebih yang benar2 terpilih.

kesilapan yang tak siapa mahu. tak siapa pun menduga. dan tambah hebat tatkala status APEX U diberikan. bagai menunggu bola jatuh untuk disepak dan ditendang. agar terus jatuh menjunam. itulah kita.

pelbagai pihak boleh membuat apa-apa saja andaian. hakikat sebenar. yang mengalami lebih mengetahui. pastinya. perkara sudah berlaku. pasti ada hikmah di sebalik segalanya. bagi pihak USM. aku mohon ampun dan maaf. atas segala kesulitan yang diberikan. namun percayalah. hanya Allah yang tahu sejauh mana kami berusaha untuk menunaikan amanah dan amanat yang dimandatkan utk kami pikul. dan segala yg berlaku. pasti ujian utk kami sama2 bermuhasabah. merenung khilaf diri. agar tahu. lembut atau keras tanah itu dipijak. tinggi atau rendah langit itu dijunjung.

khusus buat adik2 yang terlibat dalam kekhilafan kami ini. maafkan kami daripada pihak USM. tidak terniat utk menyusahkan atau membebankan sesiapa. dan kami sangat akui. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. usahlah ada benci pada USM. yakin dan percaya. ada yang lebih baik daripada USM buat kalian. Insyallah. Allah telah lebih tahu. apa yang terbaik buat kita semua.

Maafkan Kami.


Monday, June 1, 2009

CSI @ U-Height









ini bukan air berwarna merah
tapi betul-betul darah

mata aku. dan.
teman serumah.
mula bersatu arah.

jeng jeng jeng


bersambung...