Monday, May 18, 2009

Terima Kasih Cikgu

kerna kelas aku di tingkat 3. sering kali cikgu2 aku akan berehat sebentar melepaskan lelah sebelum mula mengajar. nampak penat di wajah cikgu. sambil mengesat peluh yang berlagu. dan cikgu tetap terus setia. mengajar kami utk berjaya.

Terima kasih cikgu.

sebab terlalu kerap menggunakan kapur. tangan cikgu jadi 'rosak'. hingga susah untuk makan dan sakit untuk menyentuh barang. dan kerna sering bercakap dan berdiri lama. suara cikgu kadangkala hilang dan kaki lenguh sendi dan tulang. namun cikgu tetap terus tabah. mengajar kami demi jihad kerna Allah.

Terima kasih cikgu.

cikgu berjaga malam dan tidur yang kurang. menanda buku dan kertas peperiksaan. tak lupa juga menyiapkan laporan kerja dan urusan pengurusan. cikgu tidur sangat kurang. untuk belajar sebelum mengajar. supaya kami akan faham segala ilmu yang ingin disampaikan.

Terima kasih cikgu.

Cikgu,

Terima kasih kerana mendidik saya. terima kasih kerna mendoakan saya. terima kasih kerna menjadi guru saya. terima kasih kerna menjadi ibubapa kedua saya. tiada jutaan ringgit mampu saya hulurkan. selain doa moga cikgu bahagia. tiada emas permata mampu saya berikan. selain doa moga cikgu dirahmatiNYA. terima kasih cikgu. Hanya Allah mampu membalas jasamu. tetaplah cikgu. dalam hati saya selalu.

Terima kasih cikgu.


0 JempuTlah BerbisiK: