Tuesday, July 20, 2010

Cintailah 'dia' Atas nama Tuhanmu

"Bagaimanakah untuk mencintai seseorang kerna Allah?"

saat soalan ini dituju. aku hanya mampu membisu.lantas terus aku tersenyum malu...dan aku pun menyusun tanya satu persatu...

andai kamu suka pada seseorang tetapi dia tidak begitu..apakah kamu merasa sakit hati?

mengangguk...

andai kamu tahu bahwa insan lain sudah bertakhta di hatinya..adakah merasa kecewa dan terluka?

mengangguk...

andai kamu tidak tahu apa kesudahan cerita kamu dan dia...apakah pernah kamu merasa hidup tiada makna dan air mata bagai hujan tiada kesudahan?

mengangguk...

andai kamu tahu dia akan lebih bahagia tanpa kamu...apakah kamu akan gembira?

...

...

...

geleng...dia menggeleng...sambil menekup muka...dan esakan tangis yg bergema...



kembalilah padaNYA...serahkan hati dan jiwa kamu hanya pada DIA...

Hatimu akan mencintai seseorang kerna Allah tatkala kehadiran dia lebih mendekatkan kamu pada DIA dan kehilangan dia tidak pernah menjauhkan kamu dengan DIA...

tuluskan hatimu saudari-saudariku.hatimu..jiwamu...dirimu...adalah milik DIA yg Maha Utama...

teruslah menyemai cinta dia atas nama TuhanMu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Hari penuh cerita

Sungguh hari semalam penuh cerita...

Alkisah yang bermula tanggal 19 Julai 2010, Isnin. seusai solat mahgrib. dan hari penuh cerita bermula tatkala semua berkumpul di ruang utama dengan aktiviti masing2. Kak Syida menjahit baju. Kema picit kepala Kak Yan yg pening2. Norji berehat dek penat baru pulang. Kak Erni sudah berpindah. dan Anis keluar mengajar.

Kononnya aku pandai memicit, aku pun mengambil alih memicit kepala Kak Yan yg pening kepala+sakit gigi. oh ya..untuk makluman Kak Yan merupakan ibu mengandung anak pertama. alhamdulillah sudah masuk lima bulan. sedang masing2 khusyuk melakukan aktiviti tersendiri sambil berbual2 dan menonton berita utama. terdengar jeritan kecil Norji yg mengatakan air tidak ada!

Pemeriksaan mengejut terus dilakukan di tandas2 dan bilik2 air utama..dan SAH!..air tidak ada...dan masing2 pun mula membebel2 sendiri hinggalah tiba2 Kak Yan bangun...dan tiba-tiba muntah...dan semasa berlari untuk muntah di singki dapur..Kak Yan terjatuh!!!

rumah terus jadi kecoh!semua berlari membantu Kak Yan...ngeri...seriau...takut...terkejut...semua ada memikirkan keselamatan Kak Yan dan bayi...Alhamdulillah...tiada apa2 berlaku dan Kak Yan terus muntah sehingga penuh singki...dan air tak ada...

elok semua kembali biasa..kami memaksa Kak Yan untuk pergi klinik untuk lakukan pemeriksaan bimbang ada apa2 berlaku pada dalaman. Norji yg awalnya mahu pergi tidak jadi pula kerna belum mandi lagi dek air tidak ada. Maka, pergilah Kema dan Kak Syidah membawa Kak Yan ke klinik sambil diiringi doa aku dan Norji yg menanti di rumah.

Hari penuh cerita diteruskan dengan Norji yg sudah membuat janjitemu dgn teman makmalnya untuk tumpang mandi tiba2 berubah fikiran untuk membatalkan lantas mengajak aku yg enak berbaring untuk mandi di tandas dekat dengan kolam renang di bawah teratak 97-7-6 ini.

Aku yg penuh kemalasan akhirnya menurut juga kehendak roomate nan seorang ini...dan selesai mandi ala kadar yg mungkin kami terus naik ke rumah sambil berniat untuk turun kembali bagi menadah air bimbang andai esok air masih tidak ada.

elok saja pintu rumah dibuka..telinga aku terus menangkap bunyi air dari paip yg dibuka lalu terus menjerit kuat...

"La..hangpa tak tutup paip air ka???..cepat2..banjir dah rumah kita ni!!!"

dengan air sudah melimpah dari singki dapur...dan air yg sudah membanjiri ruang dapur serta hampir membanjiri ruang utama... aktiviti pembersihan terus kami lakukan dengan penuh tangis tawa aku dan Norji...

Jenuh juga mengelap dan membuang air dan nak dijadikan cerita satu rumah tu kami mop dan lap macam iklan pencuci lantai Fabuloso tu...dan keadaan kembali normal ketika Kema, Kak Yan dan Kak Syida balik bagai tiada apa yg berlaku...Anis yg sempat balik semasa kami berdua sibuk mengelap hanya mampu terlopong dan ternganga mendengar alkisah hari penuh cerita ini...

Alhamdulillah..hari penuh cerita ini kembali seperti biasa...Kak Yan dan bayi pun selamat...semua pun selamat...Alhamdulillahh..pasti ini tarbiah daripada Allah...

Fuhhh...sungguh hari penuh cerita...

Sunday, July 18, 2010

Diary 40

Hari ini selesai sudah siri kedua program PIMPIN Siswa 2010/2011. masih ada dua lagi siri sebelum tamat PIMPIN Siswa 2010/2011 yg kini menjadi program wajib untuk syarat pengijazahan bagi semua pelajar ijazah pertama bermula tahun lepas selepas menerima taraf Universiti APEX.

aku mula terlibat sebagai fasilitator atau pengkuliah moral sejak program ini bermula tahun lepas iaitu julung kali diadakan yg penuhnya dipanggil Program Intensif Meningkatkan Pengupayaan Insan Siswa.

Asasnya nawaitu penyertaan aku lebih kepada untuk membantu memandangkan penganjur memerlukan ramai tenaga gerak kerja di samping aku juga ingin menimba lebih banyak pengalaman bersama-sama pelajar. Lazimnya selain sebagai fasilitator aku juga ditugaskan sebagai pengkuliah moral yg pasti dikenali dengan ceramah kelestarian.

tahun lepas, hampir tiga program sahaja aku sempat sertai di Kem PJ Sentosa, Kuala Nerang. pastinya bertemu ramai kenalan dan rakan pasukan yg memang satu kepala cukup meninggalkan memori di samping mencipta ikatan silaturahim yg cukup mesra sekali. Dan aku mula naik pangkat sebagai Tim. Kem Komandan bagi PIMPIN Siswa 2009/2010 khusus untuk pelajar antarabangsa.

Sungguh aku masih hijau dan mentah, dan dek kerna dah tak ada orang maka aku redha saja memegang jawatan itu walau pasti aku tidak sangat menjalankan dengan baik.huhuhuuu...apapun..Kem yg sungguh istimewa ini pasti saja meninggalkan kenangan dan mencipta pengalaman yg tersendiri tatkala melatih para pelajar yg datang dari negara luar.

Tahun 2010 menyaksikan aku diberikan amanah sebagai Ketua Urusetia (KU) bagi PIMPIN Siswa siri 2 Kem Cinta Alam Kelimat yg merupakan pangkat tertinggi dalam pasukan gerak kerja program ini. Sedari aku dipilih kerna sudah tidak ada pilihan, dalam penuh paksa rela aku terima seperti bak kata Dr Nazaruddin (Kem Komandan) , yg sanggup mengabdikan diri sebagai KU. dan kem ini juga menyaksikan aku pertama kali mengendalikan aktiviti survivor cooking yg bagi aku cukup mencabar. Jenuh juga aku membaca modul pagi-pagi lagi. dan kenangan paling indah adalah apabila pertama kali aku diberi peluang untuk merasmikan majlis penutupan kem. Aduhhh...dalam usia begini. ilmu yg masih tak seberapa dan pengalaman yg sungguh cetek. siapalah aku untuk melakukan tugas yg selalu mereka2 yg lebih senior, pangkat tinggi, orang kenamaan dan penting lakukan. Dahla ada Dr Naza yg pastinya lebih layak daripada aku...tapi sudah mereka meminta aku...rendah hati saja untuk aku menunaikannya...

Pastinya, kem kali ini cukup bermakna buat aku kerna banyak perkara yg aku lakukan buat pertama kali. sungguh pengalaman dan kenangan ini sangat bermakna. Terima kasih buat semua kerna mempercayai diri yg hina ini. Terima kasih atas peluang dan kesempatan yg diberikan buat diri yg tak punya apa2. Ampun Maaf buat semua andai tugas dan amanah yg diberikan tidak aku laksanakan seperti yg diimpi. Sungguh masih jauh perjalanan ini selagi ada izinNYA. banyak lagi yg perlu aku tempuhi, pelajari dan perbaiki demi kebaikan bersama.

Terima kasih Ya Allah atas semua ini. Aku yakin bahwa Kau tidak akan membebankan hambaMU ini dengan sesuatu yg tidak mampu hambaMU tanggung. Aku yakin bahwa KAU Maha Mengetahui apa-apa yg terbaik buatku...teruslah rahmati dan berkati aku YA Allah...

Friday, July 2, 2010

Esok 3 Julai 2010 dan Dulu 2 Julai 2005

Esok 3 Julai 2010. hari pertama pendaftaran siswa siswi baru sidang 2010/2011. dan generasi kedua bagi universiti APEX. kalau tahun lepas aku cuma membantu unit tajaan dan ditugaskan memberi taklimat kelestarian. tahun ini tugas aku lebih berat apabila aku turut membantu dalam acara paling bersejarah iaitu Majlis Sambutan Siswa di samping tugas memberi taklimat masih kekal. bezanya kali ini aku juga perlu beri taklimat di kampus kejuruteraan.

Dulu 2 Julai 2005. Masih aku ingat. dada bagai mahu pecah. badan seram sejuk. dan air mata mahu tumpah. tatkala aku melafaz ikrar dan janji sumpah lantas diisytihar rasmi menjadi pelajar berdaftar USM hampir 5 tahun yg lalu.

Dulu 2 Julai 2005. Aku menangis bukan kerna sedih. apatah lagi kecewa. tapi aku menangis kerana terharu. tidak sangka rahmat kasih Allah masih ada untuk diri ini. mengizinkan aku menjejakkan kaki di universiti yang bagiku sangat hebat. bukan saja pada nama. tapi pada perananya. Alhamdulillah...aturanMU sangat indah Ya Muhaimin...ku yakini. inilah yang terbaik untukku.

Dulu 2 Julai 2005. dan kini...aku tidak pernah menyangka. sama sekali tidak menduga. aku masih di sini. berkhidmat dan berbakti. dengan menguruskan dan menyaksikan ribuan yg terpilih antara terpilih. untuk melafaz ikrar dan janji sumpah sebagai pelajar USM. dan apakah mungkin ada antara mereka yang akan mengalirkan air mata keharuan sepertiku dahulu?

Esok 3 Julai 2010. seorang ibu akan mengucup lama dahi anaknya. dan seorang ayah akan tersenyum bangga mengusap kepala. seorang adik akan berpisah dengan abangnya. dan seorang kakak akan melambai sayu adiknya. baik-baik menjaga diri. tuntutlah ilmu hingga tahap paling tinggi. doa kami akan sentiasa mengiringi...semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat nanti.

Esok 3 Julai 2010. dan dulu 2 Julai 2005. yang berlalu menjadi kenangan. yang tiba menjadi harapan. InsyaAllah. semuanya akan baik-baik saja...

Thursday, July 1, 2010

Ceritera Adikku Nan Seorang...

Masa aku umur 6 tahun. kata mereka. aku akan dapat adik. aku suka..sangat suka...tak tahu kenapa?tapi aku suka...

Masa mama mengandung dan di tahan wad. aku cuma ingat yang aku sangat suka makan makanan di hospital terutama agar-agar hijau. dan aku akan bermain buaian bayi yang terletak di hujung katil sambil menyanyi lagak si ibu mendodoikan anaknya.

Apabila adik sudah lahir. Mama dan Abah pilih nama Mohd Najib. mereka senang ingat sebab sama dengan nama seorang menteri yang sekarang sudah jadi Perdana Menteri Malaysia. Adik sangat putih. comel. paling penting. badan adik penuh tanda. orang kata. itu tanda adik seorang yg cerdik. Aku suka main dengan adik. sayang adik. tapi kadang2 aku cemburu juga. sebab Abang An asyik lebihkan adik dari aku. katanya aku perempuan. lembik. tapi adik lelaki. kuat.

Satu tabiat buruk adik yang menjadi kerisauan kami. adik tak suka pakai seluar. sudah banyak ikhtiar. adik lebih suka tak berseluar. biar berbaju. tidak berseluar. pelik juga Mama dan Abah sebab anak-anak lelaki lain pemalunya mengalahkan anak gadis. pasti saja berseluar panjang.lain pula bila dapat si bongsu.

Makin besar. aku dan adik bagai anjing dgn kucing. ada saja yang kami gaduh. masa itu. aku sangat benci adik. geram. marah. menyampah. semua pun ada. Mama dgn Abah naik bimbang dan pelik. sebab dua puteranya yg lain baik-baik saja kelakunya. tapi apabila sampai giliran aku dan adik. bagai langit dengan bumi. kadang2 aku risau juga. apakah sayang aku sudah tiada pada adik?

satu hari. adik ditimpa musibah. kaki adik terluka terkena besi karat. darah melimpah ruah bagai air merah yang tumpah dari botol. satu rumah jadi hanyir. keadaan jadi ribut sebab tak ada siapa boleh hantar adik ke hospital. dengan terketar2 aku hubungi Mama. dan semasa menunggu Mama. aku di sisi adik. dengan kaki berbalut kain batik, berminyak gamat dan dipangku Abang An. dalam sendu esak tangis. adik melihat aku dan mengadu penuh pilu...

"kakak....sakit kak...sakit kak...kakak..tolong kak"

hati aku bagai disiat-siat buluh. perasaan aku makin luluh. ego aku jatuh. aku menangis penuh tersentuh.

"Ya Allah..selamatkan adikku..selamatkan adikku..Ya Allah..aku sangat sayang dia Ya Allah..selamatkan dia..."

doaku dalam hati. penuh kudus. penuh tulus. bahwa aku kini sudah tidak punya apa-apa. sudah tidak berdaya untuk membuat apa-apa.

Syukurlah...masih ada sayang di hatiku...

lama kisah itu berlaku. kami kembali menjadi anjing dan kucing. meniti usia remaja. adik diasuh dan dijaga dengan suasana yg berbeza. namun aku kira, adik seorang yg tabah. waktu kami diuji dugaan keluarga yang cukup menghimpit jiwa. adik masih mampu terus berdiri sabar. setia bersama Mama tercinta. buat penawar jiwa dan raga. bukan mudah seusia mudanya telah diduga ujian dunia yg bagi aku sendiri cukup menyesak rasa. Namun, Allah Maha Tahu. bahwa setiap ujian itu pasti mampu ditanggung hamba-hambaNYA...

menginjak remaja. adik berubah wajah. wajah yg putih. menjadi gelap. muka yg bersih menumbuhkan jerawat. dan Abah mula mengingatkan. tentang akhlak mulia yg perlu dikekalkan. nama keluarga yg sentiasa perlu dijaga dan cabaran2 remaja lelaki terutama isu rokok dan dadah.

banyak sudah kisah bersama adik. suka dan duka. bersama satu-satunya adik yg aku ada. walau jarang kupanggil adik. walau ada juga yang menegur. tapi apa daya. panggilan nama lebih kekal kerana itu sudah terbiasa.maaflah tapi adik tetap adik kakak.

menjelang tanggal 29 Jun 2010. adik sudah genap 19 tahun. tiada apa yg mampu diberikan selain ucapan doa restu kakak utkmu. semoga berjaya dunia dan akhirat. Maafkan kakak, andai kakak bukan kakak yg terbaik utkmu. Maaflah andai kakak tidak seperti kakak lain yg memanja dan membelai adiknya. Mungkin kerna didikan bersama lelaki membentuk kakak menjadi sedikit ego untuk mempamerkan kasih sayang. walau di bibir jarang mengucap sayang. namun yakinilah di hati tetap terbayang. kerna adik adalah salah seorang lelaki paling kakak cinta. dan salah seorang wali buat penjaga akak di dunia dan akhirat.


Salam Ulangtahun Kelahiran Adikku, Mohd Najib Othman. Semoga kasih sayang kita terus dalam rahmat kasihNYA dan kekal hingga ke syurga.aminnn...