Monday, January 30, 2012

Rumah Sewa Baru I

Jumaat petang, 27hb Januari 2012 aku terima kunci rumah sewa baru daripada En Firdaus selaku penyewa lama. En Firdaus kerja di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM. dek kerana sudah dapat rumah baru maka mereka sekeluarga pun berpindah.

alkisahnya rumah sewa aku kali ini diperoleh hasil carian di Mudah.com di internet. cari punya cari dgn ciri-ciri yg diimpikan iaitu, 'parking' mudah (percuma & selamat), tiada perabot, anggaran bajet RM400 ke bawah (utk sebuah rumah) dan dekat dengan USM.

ada beberapa rumah yg aku dapat tapi semua dah ada penyewa...berhari2 juga cari sebab yakin Allah pasti akan mudahkan. Alhamdulillah..bila aku hubungi En Firdaus dia kata rumah kosong lagi tapi ada orang nak tengok dulu...walaupun sedikit kecewa dan bimbang kalau orang itu setuju untuk menyewa..aku beralah...aku katakan biarkan orang itu lihat dulu kalau dia tak jadi minta hubungi aku.

beberapa hari kemudian, tuan rumah yg juga bekerja di USM pula menghubungi aku. katanya dia setuju utk sewakan rumah itu pada aku sebab alasannya senang sikit nak berurusan kalau staf USM...En Rizal namanya..terus dtg pejabat...berbincang dan aku minta beri tempoh untuk lihat rumah dulu dan akan beri kata putus...paling tak lupa bersungguh benar dia nak aku jadi penyewa rumahnya...

Petang itu juga aku dan Dila pergi tengok rumah. sudah takdir rupanya Farhana & Nazira (PKS Sektor Pembangunan Sahsiah BHEPP) juga menyewa rumah betul2 hadapan rumah sewa baru aku. sementara menunggu Firdaus pulang, kami sempat melawat rumah cik adik berdua ni...kagum dan terpegun dgn hiasan dalaman dan susun atur rumah mereka terus kami rasa jatuh cinta utk menyewa. ditambah dgn maklum balas yg positif drpd mereka aku semakin kuat untuk bersetuju.

walaupun rumah yg aku nak sewa tu tidak seperti rumah Farhana & Nazira, tapi hasil perbincangan aku dan Dila, ditambah faktor2 & ciri yg kami nak semua ada..kami pun setuju untuk menyewa di situ...di Flat Taman Utama, Minden. Alhamdulillah..Allah memudahkan segala urusan.

pagi Sabtu, 28hb Januari 2012...selepas membeli sedikit perkakas mencuci di Tesco, sarapan di Taman Tun Sardon dgn Munirah & Jue dan terus melakukan aktiviti gotong royong membersih rumah. Terima kasih banyak Munirah & Jue yg walau sibuk kena buat pembetulan tesis Master tetap luangkan masa untuk tolong aku...terima kasih!





dek berkenan dgn rumah dan suasana, Jue & Munirah pun berminat nak cari rumah sewa di situ juga...heeeee..lepas penat bekerja..kami pun mengisi tenaga kembali dgn makan tengahari di Restoran Minah...wahhh...terbaiklah!..lama dah tak makan sini...heeeee

pagi Ahad, 29hb Januari 2012...aku & Jue bertolak ke Parit Buntar...hari ini juga..pelajar Jarak Jauh mula mendaftar...apa lagi...sesaklah USM dengan kereta2 mereka yg mmg sudah menjadi 'trademark' apabila mereka ada.

jam 10 pagi sampai, lokasi pertama kami adalah ahaaaa...Kedai Emas Sri Idaman yg mmg menjadi idaman semua kaum hawa...hehehee...2 jam juga kat situ (aku tak tengok jam pun)...membelek..mencari...memilih...rezeki kami dapat berunding dgn tauke Kedai sendiri iaitu Kak Ida yg mmg cukup terbaik...sabar, mesra dan sangat sopan melayan kami...tak hairanlah kedai dia cukup popular dan sentiasa meniti di bibir...

lepas itu, kami pergi beberapa kedai kain untuk beli kain langsir rumah sewa baru. kemudian pergi kedai DIY..makan 'steamboat' di SASS Cafe...balik teratak lama di Taman Sempadan untuk kemas barang yang mana perlu untuk dibawa ke rumah sewa baru.

selepas solat asar terus bersiap utk pulang. kenangan tak lupa apabila tayar belakang termasuk dalam longkang semasa Jue cuba berundur untuk ubah kereta...Alhamdulillah tak ada apa yg berlaku...(lupa pula nak tangkap gambar sbb tergamam dan kalu fikir macamana nak selesaikan masalah)

tengah masukkan barang, teringat kata 'seat' kereta boleh diubah untuk masukkan lebih banyak barang...aku tolak kiri, Jue tolak kanan...dapatlah hasil macam gambar kat bawah ni... :)

sebelum


selepas

terus bertambah sayang kat Suria aku..heee...Alhamdulillah dapat juga bawa banyak barang..cuma tinggal yang besar2 saja..yg itu kena tunggu lori insyaAllah sabtu nanti.

hampir maghrib kami sampai di rumah sewa baru...Alhamdulillah Allah cukup mudahkan urusan perpindahan barang ini...dapat 'parking' depan lif...elok-elok saja letak barang depan lif terus lif terbuka..betul2 hadapan barang2...

terima kasih Allah atas segala kurniaanMU..
terima kasih Jue & Munira...
terima kasih pada 'Suria' juga...heee


2 JempuTlah BerbisiK:

sasuke uchiha said...

assalam..saya nk tnya ada lg x rumah atau bilik sewa sekitar usm..kalau ada boleh saya mintak jasa baik awk utk bg no.fon tuan rumah..saya memerlukan rumah utk latihan industri selama 3 bulan di USM..

terima kasih :)

FuzAma said...

sasuke uchiba..maaf baru perasan...mungkin boleh cari kat mudah.com..maaf sbb susah juga nak dapat rumah untuk sewa yang singkat..setakat ni semua nak more than 1 year...