Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Umrah & Ziarah 1


SubhanaAllah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Laillahailallah

12 Mei 2013/2 Rejab 1434H..

Jam 10 pagi berkumpul di dataran Stadium Darul Aman, Kedah untuk bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang...Jam 3 lebih petang selamat bertolak ke Madinah menaiki pesawat NAS Air. 

keluarga yang menghantar

8 jam perjalanan diisi dengan membaca buku Umrah/Haji dan tidur. Pesawat yg aku naiki ini tidak menyediakan TV..tambah pula kerusi aku tidak boleh dibaringkan kerana rosak..ok..mungkin ujian utk aku..sabar Fuzah..perjalanan ini untuk beribadat...bukan untuk bersuka ria...tapi untuk membanding dgn perkhidmatan MAS tetap tak dapat dielakkan...MAS memang tetap terbaik!

Separuh perjalanan...dalam separuh terjaga dan samar lampu pesawat...aku mula mendengar suara para pramugari yang sibuk menyediakan air minuman...tekak aku juga mula terasa kering..mungkin faktor cuaca sbb seingat aku ketika ke Jepun  dulu (juga 8 jam)..tak pula rasa macam ni...tapi aku tak berani cakap banyak cuma mampu istighfar dan fikir yg baik2...
Jam 11 malam lebih (kalau tak salah), kami selamat sampai ke Madinah Al-Munawarrah
Tempat semadinya jasad kekasih Allah
Tempat paling dicintai Utusan Allah

Alhamdulillah...Allahukbar...

turun saja pesawat...pijak saja bumi Madinah..aku terus doa agar aku sihat dan sejahtera utk beribadat...aminn...Alhamdulillah..aku diberi kesihatan yg baik sepanjang mengerjakan umrah...Alhamdulillah...
lepas urusan Imigresen, aku teringat yg kamera tak ada dlm tangan...blur sat..bagitau mama dan cepat2 mama suruh pergi masuk ambil...dengan org ramai dan muka pegawai yg semak passport yg garang aku ternampak seorang pegawai lain sedang lalu dan aku melambai...aku minta izin bagitau nak masuk ambil kamera...dia pun maklumkan pada pegawai garang dan aku diizinkan masuk...Alhamdulillah kamera aku masih di situ..fuhh
selepas ambil bagasi, sekali lagi kami perlu scan passport pula...ingat dah selesai...tapi nasib baik scan passport sekejap saja...terus naik bas..kami dapat kumpulan MD6...sebab cuaca masih gelap dan badan masih penat, aku cuma mampu tersandar sambil berzikir syukur...dan dalam gelap itu aku ditunjuk mama kubah Masjid Nabawi...aduh menitis air mata kerna akhirnya diterima Allah utk menjadi tetamu kekasihNYA...Allahuakbar...

hotel penginapan di Madinah
Di Madinah, kami ditempat di hotel Al Ishraq...selepas makan malam, berkumpul sekejap utk taklimat drpd agensi..ambil kunci dan bagasi..sekali lagi..beg aku pula entah letak di mana...maklumla beg semua sama saja..silap juga tak buat tanda reben bagai..lama juga mencari sambil mulut tak henti2 istighfar...Alhamdulillah..akhirnya jumpa juga...cubaaannn...

hotel di sini baik, cantik dan selesa. berehat sebentar kami kemudian bergerak ke Masjid Nabawi untuk solat subuh. berjalan kaki kurang 10 minit ke masjid Nabi. di hening subuh bersama-sama kumpulan manusia pelbagai bangsa, rupa dan bahasa...
Allahuakbar...tiada kata mampu mengungkap rasa. 

aman..damai...tenang...bahagia

Allahuakbar...aku datang...
Ya Rasulullah...aku datang...

13 Mei 2013/3 Rejab 1434H

selesai sarapan dan berehat. kami kembali ke Masjid Nabawi untuk ziarah Raudhah. di sini kami dipimpin oleh seorang mutawwif warga Indonesia. sebelum masuk ke Raudhah, kami perlu menunggu kerna giliran masuk adalah mengikut negara. selalunya negara Malaysia dan Indonesia akan masuk bersama. 
menunggu giliran masuk Raudhah
aku sedia maklum dari cerita orang dan bacaan sebelum ini bahawa orang akan berhimpit2 dan bertolak2 untuk masuk dan semasa di Raudhah. malah kami diberi nasihat untuk berdoa semasa sujud akhir daripada berdoa menadah tangan untuk dielak dihalau pergi bagi giliran orang lain. 

lama juga kami menunggu. tiba giliran kami, mama terus membawa aku sambil kata
"lihat karpet hijau"...sambil berlari teruja...sambil melihat karpet merah...merah...merah...dan hijau!

"Ini Raudhah!"bisik mama.

Allahuakbar...

laju air mata aku mengalir. tumpah tak tertahan...
"bagi salam pada Rasulullah kak...bagi salam pada Saidina Abu Bakar dan Umar"bisik mama.
dalam himpitan dan sesak orang ramai. di sebelah aku seorang mutawwif yang berulang-ulang menyuruh kami semua solat.

"solat ya Ibu..solat ya Ibu"

aku mencari ruang untuk solat. sesak!sangat sesak. harus bersedia untuk dipijak. tapi aku ingin solat. aku tarik mama ke kanan. mama tarik aku ke hadapan. mutawwif tadi masih bersama kami.

"solat ya Ibu..solat ya Ibu"

"kak solat dulu. biar mama pegang kasut". (kami bawa kasut bersama yang dibungkus dengan plastik)

"solat Ibu..solat. biar saya pegang kasutnya. baru nyaman solatnya"

antara curiga dan keliru. kami terus hulurkan kasut kami. tawakal!..yang penting solat dulu. terus kami berdiri. niat dan solat...bangun...niat dan solat...aku nampak mama sudah siap dan menunggu aku. sambil itu dia mengawasi aku agar aku tidak diganggu. aku dapat rasakan.aku sambung niat dan solat. panjang sujud akhir...aku doa...sambil hujan air mata.

Ya Allahhhh....

selesai sudah..sayup kami mendengar mutawwif berkata

"Ibu Malaysia..Indonesia..ayuh kita bergerak...negara lain mahu masuk "

kami bergerak ke karpet merah. aku menoleh sambil melihat gerak laku orang ramai. terlihat sekumpulan menangis sambil berpelukan sesama sendiri. aku terus menangis dan memeluk mutawif dan mama.

Allah...sungguh tak tergambar oleh kata-kata...

mama minum air zam zam selepas pulang dr Raudhah

bersambung

Wednesday, August 21, 2013

Kenangan Berpuasa 1434H & Syawal 1434H

Salam Aidilfitri 1434H...
Maaf zahir batin...

Syawal kali ini sederhana saja..tapi gembira sebab keluarga dah bertambah dengan kehadiran waris sulung..Umar Fahim Mohd Azhan...yeaaaaaa...

sebelum tu nak catat sedikit kenangan sepanjang berpuasa kali ini..kebanyakannya aku hanya berbuka puasa di rumah...tapi ada juga hari-hari tertentu di rumah saudara mara dan bersama rakan2.

3 Ogos 2013/25 Ramadhan 1434H

Bawa Kak Farhana balik Kedah...nak tengok bendang katanya...haaaaaa...ambik kau...hijau nan permai...sangat mendamaikan oh desaku nan tercinta...


bertolak Jumaat malam, bawa kakak sorang ni pergi makan Burger Abg Burn...teringin sangat hah..dah macam orang mengidam dah...banyak sangat pilihan tak tau nak pilih yg mana, kami pilih la dua ni...

meat ball

burger


4 Ogos 2013/26 Ramadhan 1434H

Berbuka puasa di Tabung Haji, Bayan Lepas Pulau Pinang...sepupu yg comel, Aliya buat praktikal kat sini..jadi kami geng sepupu sepapat pun mengambil peluang berbuka puasa di sini...okla..seorang RM35...ramai juga orang...



Okla..cukup dulu setakat ini...Selamat Hari Raya 1434H semua...semoga amalan kita diterima penuh redha dan semoga bertemu di Ramadhan akan datang...Allahuakbar..InsyaAllah...aminn ya Allah...

Syawal 1434H


Monday, July 29, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Selamat Berpuasa semua...
Alhamdulillah...Allah masih izinkan aku bertemu Ramadhan kali ini..
dan semoga akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.
amin Ya Allah...

sebut bulan Ramadhan pasti ingat malam Lailatul qadar..
sepanjang hidup pernahkah kalian bertemu malam mulia itu??
Allahuakbar...
sesiapa yang beribadat pada Lailatul qadar itu ibarat dia beribadat selama 1000 bulan.
Lailatul qadar itu tanda kasih cinta Allah pada hambaNYA khusunya Umat Nabi Muhammad...
SubhanaAllah

 
"Sesiapa solat pada malam al'Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" - HR Bukhari dan Muslim

Allahuakbar...
Semoga kita semua akan bertemu Lailatul Qadar...
Amin Ya Allah...


Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 1432H ini...

Alhamdulillah. seminggu terakhir Syaaban aku sempat berpuasa. puasa nazar. dalam kekhilafan diri tentang definisi nazar (setelah diterangkan tentang konsep nazar oleh Abang Kit) aku berserah dan bertawakal. tak kira apapun. aku kira cukuplah aku yakin dan puas dengan apa yang aku lakukan. antara aku dan Allah...

aku sempat bersahur pada hari pertama dgn abah dan mama. seawal jam 3.30 pg. sebb jam 4.30 pg adalah waktu utk aku bertolak ke Nibong Tebal. itulah rutin aku setiap kali pulang bertugas dr kampung. meredah dingin pagi atas nama kerja. dan aku ok. masih ok. sebab aku tahu. rutin ini akan berubah satu hari nanti. semasa masih ada kesempatan utk merasa memandu pulang sendirian di lebuh raya pada awal pagi...nikmatilah saja sebaiknya.

ramadhan kali ini sedikit buat aku rasa terkenang. aku tak menduga. rupanya ramadhan tahun lepas adalah yg terakhir di 97-7-6. pasti aku tak lupakan kenangan bersahur dan berbuka beramai2 dengan gelagat warganya yg buat aku cukup rindu! dan paling aku rindu jg ialah saat sama2 berjalan dengan telekung putih. melintas jalan menuju ke masjid Al Khalid utk solat terawih. gelagat anak2 kecil yg berlari2 di antara saf. tangisan dan tawa mereka. para ibu yg sentiasa di sisi anak2. sangat aku rindu!

semua itu telah aku tinggalkan bersama kenangan dan pengalaman. di sini tidaklah semeriah di sana. sahur dan berbuka cukup sederhana. ye la. kami berempat saja sebuah rumah berbanding 7 org di rumah dulu. di sini ada surau kecil. berjalan pun boleh tapi sebab banyak anjing. maka aku akan menjadi pembonceng kepada Zue. di sini tiada anak2 kecil yg menangis. tiada yg berlari2. para ibu pun yg sudah punya anak2 yg besar. dan bila aku melihat suasana surau kecil ini. hati terasa. macam pernah aku lihat suasana ini. mungkin dalam mimpi agaknya...apa itu..dejavu katanya...apa2 sajalah..

ramadhan kali ini aku kira cukup menguji keikhlasan hati aku. ikhlas yg mana adalah rahsia di dalam rahsia. ikhlas yg aku sentiasa mohon utk menjadi seri hias dalam hati aku. walau aku tahu keikhlasan aku sangat banyak nodanya...yg aku mampu..hanya melakukan yg terbaik...

pernah aku mengadu pd seorg teman. ramadhan kali ini tidak terasa. terasa biasa. dan katanya mungkin kerna aku terlalu sibuk. tak sedar ramadhan telah tiba. aku cuma diam. menidakkan pun tidak. apatah lagi mengiakan. sebab aku lebih tahu apa sebab yg sebenarnya...malah Allah lebih Maha Tahu apa yg sebenarnya...cuma antara ketahuan aku itu...tak mampu utk diluahkan...cum mampu berserah...sungguh segala yg berlaku tidak akan pernah sia-sia...pasti ada hikmahnya...

apapun...ikhlaskanlah hati ini utk menerima setiap ketentuanNYA...sesungguhnya aku adalah hamba Allah...dan Allah tidak akan mengecewakan hamba-hambaNYA...kerna hanya DIAlah yg bernama Al Wadud...



Salam ramadhan 1432H

Semoga ramadhan kali ini buat diri lebih ikhlas...lebih sabar

Amin...

bisik-bisik intan: Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Abang Kit, 1 Ogos 2011/1 Ramadhan 1432H..semoga bahagia & berjaya dunia akhirat...i love u abang!

Saturday, April 16, 2011

Memory 7

"saya tersentuh dgn kata2 Fuzah...tak ada sesiapa pun yg jawab seperti Fuzah jawab..walaupun mereka lebih tua daripada Fuzah"

katanya sambil merenung jauh ke siling. pandangan selepas puas meluahkan segala rasa. tentang dunia. tentang akhirat. tentang suka. tentang duka.tentang kehidupan...dan tentang kematian.

"ayat yg mana satu tu ya?"

soal aku kembali. terlalu banyak ayat-ayat yg aku lafazkan.

"apabila Fuzah kata...tunggu dan sabar sehingga saya boleh solat..kemudian solat dan berdoa..mohon petunjuk Allah..dan buatlah keputusan..atas setiap pilihan yg diberikan"

diam.

"tak pernah ada yg bagi cadangan macam tu...walaupun mereka lebih tua daripada Fuzah"

diam.

kami saling memandang. dan berbalas senyuman.



kehidupan adalah pilihan. yang diberikan kepada sebaik2 makhluk ciptaan Allah. bermula dari degup jantung yg pertama sehingga terakhir. kita akan terus hidup utk memilih dan hidup dgn sejuta satu pilihan. dan sedarlah bahwa setiap apa-apa sahaja pilihan kita pasti akan punya kesan. dan ia bergantung kepada tindakan atas pilihan kita.

dari sekecil2 pilihan (cthnya memilih pakaian atau menu makanan) sehinggalah sebesar2 pilihan (cthnya karier pekerjaan atau pasangan hidup) semuanya akan memberi kesan. samada pada diri sendiri, manusia sekitar dan alam sekeliling. Jika kita memilih makanan yg baik dan sihat. diri akan sihat dan masyarakat jadi sejahtera. Dengan memilih pasangan hidup yg baik, hidup akan bahagia, masyarakat jadi harmoni. begitulah selanjut utk difikirkan bersama...

sekecil2 pilihan cthnya pilihan pakaian. yg singkat atau labuh. yg longgar atau ketat. yg terbuka atau tertutup. semuanya perlu dipilih. dan Maha Suci Allah Maha Bijaksana yg telah memberi umat manusia panduan dan bimbingan melalui kalam suci, Al -Quran Ya Karim dan sunnah kekasihNYA...dan sekali lagi masih terpulang kepada kita untuk memilih. memilih utk mengikut panduan syariat atau tidak.

tepuk dada tanyalah selera. tepuk hati tanyalah iman...

sewaktu dia menceritakan segala-galanya dan memohon sedikit pandangan. aku jujurnya sangat kelu & terharu. masakan pengalaman yg ibarat tidak sampai setitis air drpd tujuh lautan ini mampu memberi pandangannya...dan jujurnya itulah jua pandangan aku pada sesiapa yg pernah bersama diri.

solat & berdoa...mohon petunjuk daripada Allah...andai rasa tenang..insyaAllah keputusan itu tepat...andai ragu-ragu..teruskan lagi memohon petunjuk...hingga sampai satu waktu...keputusan itu terpatri di hatimu...maka putuskan akan setiap pilihan yg ada..diiringi lafaz

'Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'

sekalipun keputusan yg diambil adalah salah. yakinlah semua yg berlaku baik atau buruk pasti ada hikmah. dan percayalah semua yg berlaku adalah atas kerna izin daripadaNYA. Maha Mengetahui lagi Maha Memahami.

sekalipun keputusan yg diambil itu tidak tepat. ketahuilah bahwa keputusan itu dibuat bersama-sama denganNYA. dengan terlebih dahulu mengadu padaNYA. bertanyakan padaNYA. dan pasti...tidak DIA mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia...pasti ada hikmah.

bahagialah dengan pilihan. kerna itu bererti kita masih 'hidup'. dan hargailah kehidupan yg selepasnya akan tiba kematian. kerna selepas kematian akan kembali datang kehidupan. kehidupan yg tiada lagi makna 'pilihan'.


walau saat itu kita benar-benar mahu utk memilih...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H



khusus buat kekasih yang paling dicintai Pencipta Alam
semoga cintaku padamu melebihi daripada segalanya yg ada di langit dan bumi...

Tuesday, February 1, 2011

Sebuah Kebangkitan



Mesir adalah antara negara Islam yg dikagumi. Punya universiti yg terkenal dalam melahirkan para ilmuan Islam yg unggul dan hebat. Punya sejarah yg cukup bermakna dan penting dalam sejarah Islam.

tapi sayang...

Mesir yg dikagumi rupa-rupanya adalah musuh dalam selimut. sanggup memakan daging saudaranya sendiri. tiada apa yg mampu diucapkan apabila mengetahui sempadannya dengan Palestin ditutup sedangkan itulah laluan 'nyawa' buat saudara setauhid di sana...

Dalam simpati dan bimbang akan para pencari kebenaran Malaysia di sana...dalam hati tertanya...apakah mungkin ini adalah peluang syahid untuk mereka?

andai benar...berbahagialah saudara-saudaraku di sana!..kerna syurga sudah pasti milikmu...

demi Palestin...

demi Islam...

demi Rasul...

demi Allah...

Allahuakbar!!!

Friday, January 21, 2011

Dibandingkan Dengan Mereka...

Semalam episod terakhir slot Samarinda Ayoub. aku bukanlah pengikut setia tapi disebabkan kata adik Ana ini adalah episod akhir. maka aku pun mengisi masa sebelum tidur menontonnya. Adaptasi dan olahan daripada kisah Nabi Ayub, aku kira cukup terkesan bagi aku walaupun ada babak yg masih boleh diperbaiki. tapi itu cerita lain lagipun ini bukan kepakaran aku untuk komen apa2...cukup saja ia memberi pengajaran bagi yg memerhatikan dan mahu berfikir...

Melihat betapa hebatnya penderitaan Ayoub tak terbayang rasanya betapa lebih hebatnya penderitaan sebenar Nabi Ayub a.s. yg menurut adik Ana lagi sampai Nabi Ayub a.s sanggup meletakkan semula ulat yg terjatuh drpd badannya...

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...

Seorang hamba bertaraf nabi yg sudah pasti syurga adalah tempat abadinya juga diuji sebegitu hebat. Inikan pula aku yg entah ke mana akhirnya pun masih keluh kesah dgn ujian yg tidak seberapa...

Astaghfirullah al adzim...

baru tadi terbaca pula tentang penderitaan adik Hairuman (rujuk di sini dan sini ) yg sangat2 memerlukan bantuan akibat ujian yg bagi aku cukup hebat...tak terlafaz ucapan syukur buat diri ini bahwa sesungguhnya Allah itu Maha Besar...

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Mahfuzah,
apalah sangat ujian buat engkau saat ini jika dibandingkan dengan mereka...
bukankah DIA telah memberi kesihatan yg baik serta punca rezeki yg halal utkmu
apakah kau lupa yg kau masih punya Mama dan Abah serta keluarga yg cukup sempurna, baik dan lengkap...
sudahkah kau lupa anugerah teman2 yg sejati dan sedia berada di sisi saat susah mahupun senang...
tidakkah kau menghargai yg kau masih mampu berjalan dan menikmati hari-hari indah di negara yg aman dan damai...

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? "[Ar-Rahman:13]

"Ya Ar rahman...
sungguh Kau Maha Pemurah
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...
sungguh tak terhitung nikmat2MU untukku
sedang aku masih selalu lupa dan alpa
Ya Allah
alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah

Ya Allah
aku bermohon dan merayu
Janganlah KAU menduga aku dengan sesuatu yg di luar batas dan sanggup mampuku Ya Allah...
dan andai semua ujian buatku saat ini menjadikan aku lebih dicintai dan dikasihi olehMU
aku redha...
kerna "

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

dan

“Dan sesungguhnya Allah, jika DIA mencintai suatu kaum, DIA menguji mereka. Jika mereka redha, maka Allah redha kepadanya. Jika mereka benci, Allah membencinya.”[riwayat At-Turmidzi]


Allah Maha Besar

Tuesday, January 11, 2011

Lelaki oh Si Suami Orang

Tak tahu bagaimana utk aku mulakan entry ini. beberapa kali aku padam walhal tajuk ini sudah lama tersimpan mohon dipaparkan. bukanlah suka-suka entry ini dicoretkan melainkan segala ini adalah berdasarkan pengalaman yg dikongsi bersama dan semoga dapat sama-sama kita jadikan sempadan atau tauladan dalam sebuah perjalanan kehidupan.

Pengalaman beberapa org kenalan yg terjatuh dalam ruang ujian ini buat aku terpanggil untuk kita sama-sama merenung dan menghayati. Usah dituding kesalahan itu 100% kepada si gadis sunti yg jatuh cinta dan usah juga terlalu dimenangkan kebenaran Allah dalam hak poligami si lelaki kerna setiap musibah dan ujian itu pasti ada sebab dan hikmah tersembunyi...

Dalam dunia yg menyaksikan wanita semakin menguasai jawatan2 penting dalam sesuatu organisasi dan lelaki yg memegang jawatan tinggi pula kebanyakan sudah beristeri, bukanlah suatu isu baru apabila anak dara bercinta dengan suami orang. Apa tidaknya, habis belajar umur 23 tahun sudah menjadi pegawai. pergi balik mesyuarat, jumpa klien dan urusan kerja semuanya dengan mereka yg sudah berumur. si lelaki pula sudah beristeri. ada pengalaman tersendiri. baik. pandai mengambil hati. romantik. bergaya. berharta. lebih bervisi dan beriman juga. rupa..hmmm...boleh tahan..asalkan dia ikhlas.

Jadi salahkah si gadis sunti jatuh cinta? kalau dah lelaki bujang tak berani melangkah ke hadapan dan hanya si suami orang yg sudi memberi huluran...perlukah dinanti lagi?

Oh..tidak semudah itu sayangku...pejamkan matamu..tarik dalam-dalam nafasmu..hembuskan..bayangkan ayah bondamu...dan tanyalah kudus hatimu...apakah benar ini takdir hidupmu?

aku bukanlah penentang tegar poligami namun aku juga bukan penyokong setia. aku masih taat dan membenarkan ketetapan Allah dalam memberikan hak poligami kepada para lelaki. tapi amat suka untuk aku mengingatkan para gadis dan sang suami tentang hakikat sebenar di sebalik hak itu diberikan.ambillah jika ada kewajaran jika tidak terpulanglah..pilihan di tangan masing-masing.

Si gadis sunti,
aku tahu kau telah mencuba sedaya upaya dalam menjaga hatimu utk diberikan kpd seseorang yg akan bergelar suamimu. dan kau tidak pernah menduga semua ini akan berlaku. Hati ini milik Allah. Jiwa ini milik Allah. bukankah atas izin DIA jua 'rasa' ini tercipta?

Wahai puteri sunti,

aku mengingatkan diriku dan dirimu. bahwa sesungguhnya Allah akan menguji kita tanpa pernah jemu. atas nama kasih dan sayangNYA yg Maha Luas lagi Maha Besar buat hamba-hambaNYA. serahkan hati itu padaNYA. gandakan sujud dan doa-doamu terutama di lewat sepertiga malam. tingkatkan basahan zikir di bibirmu dan bacaan suci
kalam.walau mungkin terlintas rasa putus asa dan jemu, bertahan dan bersabarlah...kerna Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat...Yakinlah..bahwa yg terbaik pasti akan menjadi milikmu...sesudah hatimu benar2 tenang dan redha, maka putuslah setiap keputusanmu...sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu...


eramuslim.com

Si gadis sunti,

usah dipandang keindahan yg sementara, kerna perkahwinan bukan sehari dua. tidak juga setahun tiga. tapi sepanjang usia di dunia fana. tanyalah hati kudusmu...apakah benar2 ikhlas dan jujur ikatan ini dibina?apakah sudah kau berusaha mencari yg sepadan?apakah sudah kau mencuba sedaya upaya untuk mengelak drpd membina rasa itu atau kau sering kali memberi ruang agar rasa itu menumbuh segar?apakah kau benar2 bersedia untuk menghadapi kesusahan dan segala penghinaan?dituduh. dihina. dicerca. dikutuk. ditinggalkan...tanyalah hatimu kecilmu...ikhlas jauh di sudut jiwamu... Ya..andai sekalipun kau kata mampu bertahan..tapi sampai bila?sebulan? setahun? 10 tahun? atau sampai mati? betulkan niatmu puteri...serahkan pada DIA...semoga DIA menyerahkan hatimu pada yg benar2 berhak...kerna Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA melain diri kita sendiri.


since-1903.blog.friendster.com

Dan kepada para suami,

renunglah wajah isterimu dengan mata hati. yg telah berjanji utk sehidup semati. menerima dirimu seadanya saat dulu kau tidak punya apa2. betulkan niatmu agar segalanya hanya kerna Allah.andai benar kau betul2 ikhlas ingin membantu wanita. kenapa tidak dibantu wanita2 yg kehilangan dan kematian suami?kenapa disentuh hati wanita muda yg baru ingin mengenal cinta dan dunia? kenapa dimanjakan suara dan lenggok bahasa kepada mereka? kenapa mengambil berat dan memberi hadiah yg hebat2?kalaulah hatimu benar2 ikhlas...kau akan mencari wanita yg benar2 memerlukan ihsan dan belas...lantas, tanyalah hatimu?apakah semua ini benar2 kerna Lillahitaala?


muslimvoices.org

Para isteri,

teruslah berdoa. jangan pernah berhenti. ujian ini pasti saja diduga kepada sesiapa saja...suamimu hanya manusia biasa. yg punya hati dan jiwa. andai ujian ini melanda. pegang dan genggamlah tangan suami untuk sama2 sujud kepadaNYA. usah disoal salah siapa dan kenapa. kerna hak untuk menduga bukanlah hak manusia tapi hak Maha Kuasa. maka, kembalilah kepada Maha Pencipta...kembalilah kepada Maha Cinta...kembalilah kepada Allah Maha Esa..kerna DIAlah pemilik seluruh jiwa...langit dan bumi..alam semesta..

Sesungguhnya
aku mengingatkan diriku dan dirimu jua...
bahwa kehidupan ini berlaku atas pilihan
yg tercipta atas izin sebuah ketentuan Ya Rahman
berusahalah sehingga ke puncak tenaga juangmu
dan putuslah setiap pilihanmu dengan mohon restu dan redhaNYA
kerna segala yg berlaku..
baik atau buruk pasti ada hikmahNYA

Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana
daripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali...
tuntunlah hati kami YA Rabbi...dalam mencari rahmat kasihMU..

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

tidak kuduga
Genap sudah tiga tahun blog ini bermaya...
Segala puji bagiMu Ya Allah...
mengizinkan diri ini masih sempurna dan sejahtera...

Aku imbas pesona 1431H
Aku singkap kilauan 1430H
yang kini segalanya telah menjadi sejarah
dan aku buka jendela 1432H
penuh tawakal dan berserah

Oh Allah...
kurniakan sekeping hati yang penuh redha dan tabah
agar mampu untuk aku terus melangkah
dan anugerahkanlah keberkatan dan rahmatMU yang tiada bertepi
buat hambaMU yang sangat rapuh jiwa dan hati



Salam Maal Hijrah 1432H

Tuesday, November 23, 2010

Dalam Berhikmah II

"kau masih ingat akan Dino (bukan nama sebenar)?"soalnya dengan muka serius.

"ingat! kenapa?"soal aku kembali. hairan. sekian lama nama itu tidak disebutnya.

"kau ingat yang kau pernah kata mungkin ada hikmah kenapa aku dan dia tak disatukan"terangnya satu persatu. sambil memberikan aku bayangan keadaan beberapa tahun lalu saat dia benar-benar rebah ditinggalkan lelaki itu.

"aku bersyukur sangat..sangat2 bersyukur...sungguh Allah itu Maha Pengasih Fuzah...kau tahu apa hikmahNya?"

aku menggeleng. penuh teruja.

"He is a gay"

kelu. aku terbungkam.

"are you serious!..jangan main-main benda ni.."balas aku sangat terkejut.

"tak akan aku berani main-main dengan soal maruah dan harga diri orang"katanya membela.



baru sebentar aku berbincang dengan seorang teman yang juga pegawai psikologi mengenai isu masalah ini. dan betapa aku sangat pilu dalam memikirkan isu yang bagi aku sungguh menyesak dada dan fikiran.

"Astaghfirul Lah- al-’adzîm al-ladzî lâ ilâha illâ huwa al-hayya- l-qayyûm wa atûbu ilaih"

lantas bahunya aku rangkul. dalam keharuan perlahan aku berdoa...sangat dalam penuh mengharap

"Ya Allah...anugerahkanlah kami jodoh yang terbaik...jodoh yang KAU redhai...selamatkanlah kami dunia dan akhirat..lindungilah kami..Wahai Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 1431H

Aidiladha kali ni akan dipenuhi dengan undangan walimah rakan-rakan seperjuangan yang telah bersedia untuk melakukan 'pengorbanan' hidup yg sangat besar...

Eh mestilah...berkorban untuk meninggalkan zaman anak2 atau zaman berseorangan...zaman yang tak perlu fikir tentang hidup orang lain..jaga diri sendiri saja...tapi sekarang dah kena belajar untuk jaga orang lain juga...dan pastilah kena berkorban bentuk lain pula...berkorban perasaan, tenaga, masa, harta dan wang berjuta-juta...opsss...

Jadi untuk teman2 seperjuangan yang akan jadi suami/isteri...selamat berkorban ya!...InsyaAllah..pengorbanan yang tulus ikhlas pasti ada tempat yg tersendiri di sisiNYA...apa yg penting...ikhlas!

kerna pasti saja ada pengorbanan yang tidak dihargai kerna manusia itu terbatas pengetahuanNYA sedangkan Allah Maha Mengetahui lagi Memahami...justeru, biarkan saja segala pengorbanan kita untuk DIA..kerna DIA...insyaAllah..DIA tidak akan menghampakan...

Sungguh ini ingatan buat diri sendiri jua...dalam merenung apa makna Aidiladha kali ini, aku teringat betapa agungnya pengorbanan seorang suami bernama Ibrahim yang rela berkorban atas nama cinta kepada Pencipta dengan meninggalkan si isteri dan anak tercinta di padang pasir yang tiada apa-apa...dan aku cukup tidak dapat membayangkan betapa hebatnya cinta isterinya, Hajar yang redha, taat, patuh dan sedia berkorban atas nama Tiada Tuhan Melainkan Allah...

Jika tidak kerna iman yang begitu utuh...kalau tidak kerna cinta untuk DIA yang begitu teguh..mustahil sejarah hentakan kaki kudus Ismail dan Air Zam Zam tercipta...Ya Allah...kurniakan keikhlasan hati yang tulus agar aku mampu melakukan pengorbanan hanya kerna atas nama cinta kepadaMU...


momoc.sumasu.com

Salam Aidiladha 1431H



Wednesday, August 18, 2010

Diary 42

"What's that sound?"soal Shaymaa pada bunyi mercun yg rancak diletupkan.

"Oh...that is firecrackers" balas aku sambil bercerita lagi.

"They love to have that when Ramadhan. Do you have that in Iraq?"soal aku pula.

"We have! We have bomb!"balas Shaymaa dengan mengangkat kedua belah tangan sambil membeliakkan mata dan ketawa. Aku yg sedikit tergaman hanya mampu tersenyum dengan penuh rasa bersalah.

* * *

Shaymaa dan ayahnya, Mudhafar baru datang ke Malaysia bulan Jun yg lalu. dan Ramadhan telah menemukan kami apabila seringkali terserempak dengan Pak Cik Mudhafar saat pulang dari solat terawih. barulah aku tahu rupanya kami ini berjiran.

Shaymaa ditaja syarikat tempat dia bekerja di Iraq untuk menyambung pelajaran dalam ijazah tinggi di PP Sains Komputer, USM. Shaymaa berusia 26 tahun ditemani ayahnya, Mudhafar yg sudah bersara.

Masuk hari ini. sudah dua malam aku menjadi guru Bahasa Melayu kepada Pak Cik Mudhafar yg aku panggil A'mmi. dan sudah dua malam juga Pak Cik Mudhafar menjadi guru Bahasa Arab aku secara tidak rasmi. Apa tidaknya. aku akan mengajar A'mmi dua bahasa. Aku akan menulis sesuatu perkataan dalam Bahasa Melayu dan kemudian Bahasa Inggeris. dan A'mmi akan menulis dalam Bahasa Arab dan jawi bagi sebutan dalam Bahasa Melayu.

Dalam ketekunan A'mmi menyebut setiap perkataan yg ditulis dalam tiga bahasa, aku terasa betapa dalamnya hikmah kebesaran Allah yg pernah mentakdirkan aku untuk belajar Bahasa Arab Komunikasi semasa di menengah rendah. sungguh!aku terasa segalanya ini sangat menolong aku kerna masih utuh di ingatan beberapa perkataan yg cukup membantu untuk pembelajaran A'mmi ini. Kalau sebelum ini aku merasakan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yg aku ambil selama 3 tahun tidak berguna untuk aku sangat, tapi kini segalanya berubah. kehadiran Shaymaa dan A'mmi membuktikan bahwa setiap takdir Allah tidak pernah sia-sia.

11 tahun yg lalu. Allah telah mentakdirkan aku tidak diterima di mana2 sekolah menengah. kecuali Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM). dan aku hanya akan diterima masuk jika aku mengambil Bahasa Arab Komunikasi atau dalam erti kata lain kelas agama.

Dalam diam. aku sangat menentang keras. namun aku tidak sampai hati untuk menolak kerna aku tahu aku sudah mengecewakan mama & abah dengan keputusan UPSR aku yg sekadarnya saja berbanding mereka yg seangkatan dengan aku. Aku masih ingat kesayuan di mata Mama dan kepenatan Abah berulang alik ke PPD menguruskan urusan persekolahan aku. dan aku sudah tiada kata-kata selain hanya mampu pasrah dan redha menerima ketentuan yg tertakdir untuk aku.

dan itulah pendidikan Allah tentang takdir kehidupan aku yg pertama...redha.


" Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). "

Ad-Dukhaan:38-39


"terima kasih Mahfuzah"

"afwan Ya A'mmi"

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 1431H (i)


courtesy http://krish.blogdetik.com/2008/09/01/indahnya-ramadhan/

Alhamdulillah...Maha Suci Allah
Masih ada degup jantungku untuk menikmati Ramadhan kali ini
Mungkin kerna umur yg semakin bertambah
Ramadhan kali ini cukup aku nanti dan rasakan..
Walau tidak tahu apa dugaan yang akan mendatang
Mohonku semoga Ramadhan kali ini lebih bererti...
Walau tidak tahu apa ujian yang akan menjelang
Pintaku semoga Ramadhan kali ini mampu menebus kelompongan Ramadhan lalu

InsyaAllah...
Semoga Ramadhan kali ini buat aku lebih tenang...
lebih redha...
lebih ikhlas...
dan
lebih dicintai...
oleh DIA...

Tuesday, April 20, 2010

Jangan Runsing2..

Pernah baca buku 'Jangan Bersedih'?

kalau belum...tak rugi jadikan ia sebagai salah satu koleksi peribadi.

pertama kali aku beli tak salah aku dua tahun lepas. tapi sayang. hilang entah ke mana. selepas tu, sebelum berangkat ke UK. aku sempat beli sebuah di Shah Alam. dibukukan dengan saiz poket. mudah dibawa ke mana2. sepanjang aku di UK. buku itulah peneman duka lara aku. heheheh...ada kisah sebenarnya sepanjang pemergian aku ke UK tu...hmmm..InsyaAllah..yakin dan percaya ada hikmah semua itu.

sebenarnya bukan nak buat ulasan buku ni. cuma nak berkongsi hakikat sebenar buku ini adalah agar kita semua sentiasa sabar, tenang, redha dengan segala ketentuanNYA. dipendekkan cerita. Jangan stress!

Baru2 ni aku teman mama ke UUM. ada kem kesihatan. satu ilmu yg buat aku sangat terpana apabila kata mereka.

'salah satu punca penyakit dalam badan kita adalah kerna toksin yg ada dalam tubuh kita. dan salah satu punca penghasilan toksin adalah stress!'

fuh!!ternganga la sekejap mendengar fakta baru bagi aku.

tup2 pagi tadi. sempat dengar MHI. diskusi pasal penyakit apa entah. dr jemputan mengeluarkan kenyataan yg buat aku tambah kaku dan terkebil2 biji mata.

'stress juga merupakan punca2 penyakit kronik apabila perut menghasilkan asid berlebihan yg akan merosakan organ2 dalaman'

hmmm...dahsyat juga ye 'stress' ni...dalam diam boleh jadi pembunuh rupanya. jadi kesimpulannya 'jangan stress' dan 'jangan bersedih' ya...

Oh ya..ni ada tips utk kurangkan atau hilangkan stress...

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(al-Ra`d:28)

Friday, February 26, 2010

Kerna Kamilah Ikhwanmu...Salam Maulidur Rasul 1431H

"Wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan),"

"Ikhwan (saudara-saudara) ku"

"Mereka belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua mereka"

"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya padaMu aku bermohon
Hiasilah 1431H ini dengan penuh berkat dan rahmatMu
titipkanlah ketabahan dan kesabaran untukku terus menjalani titian kehidupan dunia yg sementara ini

Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya padaMu aku bermohon
penuhilah hatiku dengan keredhaan untuk setiap ketentuan rencanaMu
Jadikanlah rasa' sakit' yg ku rasa sebagai penebus dosa dan penambah pahala
sehingga aku benar2 mulus untuk bertemu denganMu

Tinggallah 1430H...Datanglah 1431H..moga ada kasih cintaNya utkku melaluimu...

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1430H

Alhamdulillah.
Segala puji buatMu. aku masih mampu bernafas hingga saat ini dan Insyallah esok akan bersama-sama dgn seluruh umat Islam untuk menyambut Ramadhan yang mulia.

cepat sungguh masa berlalu. masih terbayang dan terasa saat indah, suka duka meniti Ramadhan tahun lalu. Ramadhan 1429 cukup bermakna. Ramadhan itu mengajar aku erti sabar yang cukup menguji jiwa. Ramadhan itu juga mengajar aku erti pengorbanan, kasih sayang dan cinta. Ramadhan itu telah memberitahu aku bahwa hidup ini hanya untuk DIA. Ramadhan itu mengajar aku untuk lebih kuat. tabah. kental dan cekal.

rindu...

aku rindukan Ramadhan itu.
perasaan itu.
suasana itu.

dan aku sangat berharap. agar Ramadhan kali ini akan lebih bermakna. amal ibadatku. kasih sayangku. serta rahmat DIA untukku. sungguh tak ada yang membahagiakan insan hina ini melainkan kebahagiaan mereka2 yang ada sekelilingku. hadirnya insan-insan ini dalam hidupku. cukup aku syukuri. dan hanya yg aku harapkan. agar mawaddah dan ukhwah antara kita sentiasa dalam redhaNYA jua.

sentiasa dalam kenangan. utk kak Wahida...fuzah tak akan lupa kenangan kita bersama2 membeli belah dan memasak sepanjang ramadhan lalu. syukur. ada kenangan tercipta antara kita di bulan yg mulia. utk Kema dan Norji. syukur jg. kita masih dapat bersama2 lagi utk menyambut ramadhan kali ini. semua dah pakat rindu air tangan masing2.heeee...Kak Yan...akhirnya dapat juga kita sambut Ramadhan bersama. tahun lepas tak sempat sebab akak ada kursus di KL..Kak erni..hohoho...lepas ni selalu ada kat umah ye...boleh kita masak sama2...Kak Syidah dan Anis..welcome!teruja sangat nak berpuasa dgn kalian utk kali pertama...

last but not least. buat mama dan abah. abg kit dan najib (masing2 dgn status baru). tak lupa. abg an di perantauan. oh ya tak lupa buat bakal kakak ipar. Selamat menyambut ramadhan!semoga ramadhan kali ini lebih mendekatkan diri kita kepada DIA dan kasih sayang antara kita lebih erat dan berkat.

so..buat semua..sanak saudara, rakan taulan..dan semua yg mengenali insan kerdil ini. Selamat Menyambut Ramadhan 1430H!semoga kasih sayang kita sentiasa dalam rahmat DIA.

Aminn...

bisik-bisik: semoga Ramadhan kali ini membawa H1N1 pergi dan tak akan pernah kembali...

Wednesday, August 5, 2009

betapa aku merindu



cepat sungguh masa berlalu. penghujung tahun 2009 semakin menghampiri. sedangkan aku masih terasa bayangan kenangan 2008 yang masih tak mahu pergi. aku menyedari. sedih pedih 2008 semakin pudar ditelan hikmah 2009. segala pahit duka 2008 diganti manis suka 2009. dan entah kenapa aku juga semakin terasa diri terlalu jauh dariNYA. benarlah. ujian paling besar itu adalah ujian kesenangan!

Tapi...senangkah aku?! atau segala yg berlaku menyebabkan aku terlalu pasrah dan reda menerima segala ketentuannya. dengan hati penuh yakin segalanya akan pulih baik-baik sahaja.atau aku seakan-akan berserah saja segalanya.

Ya Allah...hakikatnya hati ini terlalu rindu untuk merintih padaMU.

Aku rindukan saat-saat hati dilambung atas dan bawah. Aku rindukan saat jiwa bergelora dan terkapai-kapai mencari kasihMU. Aku rindukan air mata yang bagai hujan mendambakan perhatianMU. Aku rindukan pedihnya hati untuk menutur zikir cinta suciMU.

Aku hilang semua itu. Aku lupa segala rasa itu. hati aku mati ditelan nikmat yang mencurah-curah datang. hati aku terasa kosong untuk menikmati segala yang diberi. Kerjaya, cinta, harta segalanya datang tanpa pernah menduga hadirnya begitu mudah sekali. malah saat ketika aku menghitung hari, terlalu singkat sebenarnya ujian buat diri.



Ya Allah...rindu sungguh aku padaMU.

Ya Rahman...dengarlah bisikan hati insan hina ini. hati ini terlalu lama telah mati untuk merintih, merayu dan memohon padaMU. Ya Allah...andai saja segala nikmat yang KAU beri kini adalah untuk menjauhkan aku denganMU maka aku mohon agar dihilangkan saja segala nikmat ini. Ya Allah...aku lebih redha untuk tidak punya apa-apa melainkan hanya cinta kasih dan rindu padaMU.biarkan saja hati ini pedih asalkan jiwa ini bahagia dalam perhatian cintaMU. aku rindu padaMu..sungguh aku rindu padaMU...

Ya Allah...sesungguhnya KAU lebih memahami hati ini dan teruslah untuk menggenggam hati ini tanpa pernah KAU ingin melepaskanku.

Ya Allah...mudahkanlah urusan hidup matiku. rahmatilah aku agar sentiasa dalam redhaMu. semaikan impianku dulu untuk terus sujud rindu padaMU.

Ya Allah...kurniakanlah rindu hatiku untukMU...