Saturday, January 30, 2010

PRK & MPP

28 Januari 2010..selamat sudah sebuah lagi pilihanraya kampus sidang 2010/2011 yg dulu menyaksikan aku hanya sebagai seorang pemerhati tegar...yg hanya berdiri mendengar setiap bait-bait kata calon2 yg banyak juga terdiri drpd kalangan teman2 sendiri. atau aku yg dulunya hanya berdiri memerhati setiap tingkah di sebalik luar jendela dewan pengiraan undi sambil melihat tiap wajah mereka berdebar menanti keputusan.

ada yg bertakbir. ada yg menangis.ada yg bertepuk. ada yg berpeluk. jerit sorak sudah lumrah pertandingan. antara yg terpilih dan bukan pilihan. apapun...itu sebahagian pengalaman sebuah kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i...itu pendapat aku..yg hanya memerhati...waktu dahulu yg sudah pun berlalu.

Kini...sebagai salah seorang pegawai di Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar. segala kisah dan cerita, atas dan bawah, kiri dan kanan...perlu aku hadam..sebagai memenuhi tanggungjawab salah seorang warga BHEPP. Jujur..bergelar sebagai seorg pelajar..100% tidak sama apabila sudah bergelar pekerja...terasa dulunya aku hanya berada di permukaan..tapi kini..aku sedang menyelami dasar...menggali, mencari, menghadam, memahami dan membina diri demi sebuah amanah yg diberi. baru kini aku mengerti kata-kata yg pernah didengari.

" seorang anak akan memahami perasaan ayah apabila dia sudah mempunyai anak"

Sejak mula masuk ke USM, aku masih ingat saat hari pertama kami sudah didedahkan tentang hukuman dan kesalahan abang2 dan kakak2 yg terlibat dalam hal2 berpolitik. dan perlahan2 kami didedahkan tentang terdapat dua golongan di dalam kampus. satu yg menyokong universiti dan satunya yg membangkang. pernah seorang teman berbangsa cina bertanya

"kenapa kita perlu bangkang universiti, kalau kita bangkang tak perlulah kita masuk universiti?"

aku hanya diam dan tersenyum. dan aku hanya mampu menggeleng kepala tanda tidak tahu.

dan seingat aku..hanya kali pertama dan terakhir sj aku pernah mengundi sepanjang bergelar pelajar. sebabnya..tahun pertama dan kedua ...calon menang tanpa bertanding..dan cuma tahun terakhir saja PRK berjalan. malah aku tak kisah pun siapa patut menang atau kalah. asalkan masing2 bertanggungjawab dan tidak menjejaskan kehidupan aku sebagai pelajar.

aku tak mahu ambil tahu dan tak minat untuk tahu. tapi takdir Allah sentiasa mendahulu. diletakkan aku di BHEPP. pasti sj ada hikmah yg tersembunyi. dan aku jalani penuh pasti. mesti ada yg terbaik untuk diberi.

aku cuba membaca, mendengar, memerhati dan memahami. dan dgn pengalaman yg cukup hijau muda ini, hanya ini mampu aku perolehi...dan aku pasti akan terus mencari, mendalami dan mempelajari..selagi masih ada hayat diberi..sebelum dijemput pulang pergi..pasti suatu hari nanti..

Setiap yg ada..tercipta undang2 atas nama demi kebaikan. asasnya..tiada undang2 atau peraturan yg dibentuk demi keburukan. dan bagi setiap institusi pendidikan tinggi pastinya ada undang2 yg tersendiri. dengan asasnya demi kebaikan utk semua dek kerna di sinilah memiliki paling ramai golongan berkuasa, bertenaga, berjiwa muda, berilmu tinggi dan harapan agama nusa dan negara. Golongan ini pastinya bisa merubah dunia ke arah kebaikan namun punahlah jika diubah ke arah keburukan. tiada yg mustahil jika tiadanya didikan dan kawalan. maka atas banyak kesedaran ini, AUKU diperkenalkan. dan pengenalnya adalah idola yg paling disanjungi negara dan dunia. (http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/08/auku-akta-universiti-dan-kolej.html).

Ramai yg mengatakan perjuangan MPP dl dgn skrg jauh berbeza..jujurnya aku tidak faham...perjuangan?perjuangan apa?utk apa?utk siapa?

setelusnya..aku merasakan bahwa MPP memang sangat penting yg dasarnya sebagai sebuah pertubuhan pelajar paling tinggi yang menaungi semua pertubuhan pelajar dalam universiti atas nama 'mewakili pelajar dalam apa2 aspek' - kebajikan, polisi, pelajaran dan sebagainya. dan setelusnya aku juga merasakan, MPP seharusnya bebas drpd mana2 gangguan dan unsur..mereka seharusnya berdiri dengan bebas atas nama "Perwakilan Pelajar"..namun, fitrah dunia. yg terlakar di kertas tak selalunya indah seperti yg terlakon di pentas...dan pastinya perlu untuk semuanya kembali merenung dasar dan asas utama peranan PRK dan MPP itu sendiri.

dan sudah termaktub, pemilihan MPP perlu melalui PRK yg dilihat betapa peri pentingnya peranan MPP itu sendiri dalam mewakili pelajar sesebuah universiti. tidak seperti pemilihan pertubuhan biasa yg melalui mesyuarat agung sesama ahli tapi pemilihan MPP melibatkan seluruh warga universiti dan kuasa mutlak juga terletak pada Naib Canselor, pimpinan tertinggi universiti itu sendiri.

tentang ahli MPP yg banyak terkandas dalam pelajaran...yg hanya aku mampu katakan...masuklah MPP dan anda akan mengerti...

lumrah...terdapat beberapa jenis pelajar di kampus ini :

1) aktif belajar + pasif berpersatuan/kelab/etc
2) pasif belajar + aktif "
3) aktif belajar + aktif "
4) pasif belajar + pasif "

dan pastinya golongan yg terbaik itu (3) boleh dihitung jarinya. kalau sesiapa tahu bagaimana cara utk meningkatkan golongan (3) ini, maka dengan selapang-lapang dada dan besar hati kami, pihak BHEPP mengalu-alukan kedatangan formula utk diaplikasikan. kerna yg ada dalam amanah kami adalah ribuan makhluk ciptaan Maha Agung yg punya pelbagai wajah, ragam, latar belakang dan segalanya. dan kami bukan melentur rebung tapi buluh yang sudah hampir matang serta sedia untuk digunakan.

berapa banyak perancangan, tenaga, masa dan wang dikeluarkan dalam memenuhi falsafah pendidikan negara yg seharus dirujuk oleh semua pihak...dan berapa ramai yg merujuk kepadanya?


" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Kita boleh menyukat kejayaan intelek...namun berikan penyelesaian bagaimana utk menyukat kejayaan drpd segi rohani dan emosi...adakah nilai atau angka yg memberi 'indicator' kpd kecemerlangan aspek ini?

berilah aku jawapan..kerna aku masih mencarinya...malah mempelajarinya...

Benar..ramai yg berjaya dalam akademik...kerna kejayaan mereka dinilai dgn gred A,B,C dan D...atau nilai PNGK drpd serendah pointer 1.00 hingga setinggi pointer 4.00...tapi

berapa ramai yg benar2 berjaya dalam akhlak?dalam rohani? dalam emosi?...dan apakah ukuran utk kejayaan aspek ini?

ahhh3...rasanya sudah banyak yg aku tanya...mungkinkah ada jawapannya...apapun..ini adalah coretan perkongsian...kerna sesungguhnya aku yakin apa yg terjadi ada hikmahnya. masih jauh perjalanan ini. bukan saja perjalanan buat diri ini. malah perjalanan menara tercinta ini. status APEX bukan hanya utk dinikmati tapi jg utk dihayati. adat dunia...lebih senang utk memerhati drpd cuba utk memahami...

dan utk adik2 yg terpilih menerajui MPP setelah mengharungi suka duka PRK...jujurlah pada niat atas setiap tindakan kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Memahami. sungguh, pesanan ini jg utk diriku sendiri...aminn...


Saturday, January 23, 2010

Diary 33

2010 antara tahun sasaran ramai teman2 tk melangkah ke alam baru. Maka kisahnya jg tak ketinggalan di teratak 97-7-6.Hampir semua sedang sibuk merancang utk persiapan hari bersejarah. dan paling bahagia, yg belum berpunya pun sudah bertemu dgn pilihan hati yg dinanti sekian lama. Alhamdulillah...heheh..oppss..jgn salah faham..aku tidak tersenarai dalam cerita2 di atas. tak tahu kenapa aku langsung tak ada perasaan utk bab2 di atas..hmmm...

Maka diceritakan antara gelagat2 yg sedang dalam pemerhatian aku. dan pastinya aku terkecuali dlm semua aksi2 ini ya.


*warga 97-7-6 mmg rajin memasak dan mengemas rumah. jadi tanda2 tu dari awal mmg dah terpapar jelas.

*semua makin rajin belek dan baca buku kahwin, petua kecantikan, buku motivasi utk isteri solehah dan rumahtangga bahagia dan segala buku2 yg seangkatan dgnnya.

*kalau tengok tv tu, bab kahwin, cinta mesti dapat perhatian ramai. walau tak duduk depan tv, tapi aku tau. telinga tetap terpasang mendengar setiap bait kata penceramah jemputan.

*prodk2 utk muka cantik, slim & menawan, dan kesihatan wanita makin bertambah koleksinya di teratak 97-7-6 dari jenama yg selalu masuk tv sampai yg tak pernah dengar pun ada. dan yg cerah pun makin gebu, kurus makin slim cuma tinggi rendah saja tak berubah..oopss..heee

dan paling best, bila semua org asyik tersenyum sorang2 sambil setiap tangan mesti menggenggam erat handphone. kalau tak, handphone mesti berada tak jauh dari sisi. bab selalu bunyi tu jgn kata la kan..mmg fitrah dah tu.

paling best mestilah rumate tersayang. senyumnya semakin memanjang. InsyaAllah rumate...didoakan bahagia akan cepat menyentuhmu teman. aku tahu bukan sedikit penantianmu.Insyaallah semuanya akan dimudahkan.aminnn...

dan bila aku ceritakan semua ni pada seorang teman lama di tepi padang rumput atas bukit, dia pun ketawa gembira. hingga terdiam sunyi mendengar celoteh aku. dan dia memanggil aku perlahan dan lembut sambil menyentuh tanganku...

"Fuzah..."

matanya aku lihat sekilas. sambil terus memandang jauh saujana birunya laut terbentang luas.

dan perlahan2 sepi mula mengambil tempat...

dan dalam mesra angin petang itu menampar wajah kami berdua...

tangannya aku genggam erat...

dan dalam kesayuan aku berkata.

"temanku...aku sedang memenuhi hatiku dengan cinta DIA..."

...

"dan hanya itu yg aku sangat perlu skrg..."

...

genggaman tangan kami makin erat. sejuk tanganku dan panas tangannya bertukar aliran. sebelum senyum semangatnya menjadi lambaian perpisahan kami. perpisahan yg entah bila akan bertemu.

Tuesday, January 19, 2010

Yang dinamakan manusia...

Jumaat baru-baru ni. Anis minta pinjam kereta untuk isi minyak dan check apa yg patut untuk ke Kuala Kedah. tup2..

"kak Fuzah!tau tak..tiub tayar akak dah hilang..empat2 tayar pula tu..sebab tu angin tayar akak tak cukup!"beritahu Anis penuh semangat.

"Hah!!!mcmn boleh hilang pulak?!tercabutkah??!!"balas aku sangat terkejut.

"ada orang curi la tu akak"balas Anis

"la benda tu boleh jual ke?"soal aku

"bukan jual akak, dia ambil utk tayar dia la"cerita Anis

Astaghfirullahalazim...

mengucap panjang aku...kecewa yg meruntun..

Pencuri2..dalam banyak2 kereta..kenapalah kereta aku juga jadi pilihan..kot ye pun, tiub kereta ko dah hilang, tak payahlah ambil tiub tayar kereta orang...

Itulah yg dinamakan manusia. walau jadi macam ni. Alhamdulillah. aku mohon tiada terlintas di hati utk berdendam dan melakukan perkara yg sama. biar benda kita hilang. tapi tak perlulah mengambil hak org lain malah orang lain itu tak bersalah.

manusia...manusia...

Tak apalah Suria sayang..ada hikmah semua ni...

Sabar..sabar..sabar...

bisik-bisik int@n: patut terasa nak check tayar saja..rupanya ada cerita...

Sunday, January 10, 2010

Kejutan buat Kema

Perancangan rapi telah dilakukan. sempena sambutan hari lahir Kema. maka, seusai solat maghrib, bersamaan hari Rabu, 6 Januari 2010 bergeraklah dua buah kereta Viva bersama 6 warga 97-7-6 ke destinasi pilihan, Izwan Western Food, foodcourt Farmlive.

Anis ditugaskan utk membawa Kema 'berjalan-jalan' sementara Norji, aku, Kak Syidah dan Kak Yan pula ditugaskan utk pergi menunggu di Izwan Western Food sambil menyediakan sedikit persiapan utk kejutan buat Kema. Selepas mengambil Kak Yan dari pejabatnya, kami berempat terus meredah kepekatan malam ditambah dengan kesesakan lalu lintas dan pertama kali pergi ke tempat makan pilihan. 'Roger n Out' dengan Anis utk bertanyakan di mana lokasi mereka berada turut berlangsung sambil berjaga2 agar Kema tidak ketahuan.

Selamat meredah malam + traffic jam, kami selamat sampai ke destinasi pilihan. Kak Yan bertambah semangat sebab nama kedai tu sama dgn nama suaminya yg tercinta. konon2 mengubat rindu la tu..hehehee..

Menuju ke gerai pilihan penuh yakin dan teruja...perasaan itu terus hilang tatkala melihat gerai tersebut tutup dan tidak beroperasi..apakahhhh?!!!..terus saja plan B dirancang dalam masa 1 minit. dan bersetujulah semua utk beralih arah...destinasi selamat..apalagi kalau tak..Mcdonald..hmmm..i lovin 'it...

Dan bermulalah sekali lagi cabaran seterusnya dek kerna tiada siapa pun tahu di mana McD yg berhampiran dan hanya Anis saja yg tahu. sempat berhenti bertanya...masih dalam kekeliruan kami tetap mengikut seperti diarahkan...sekali lagi meredah kepekatan malam dan traffic jam berdasarkan arahan Anis..secara rahsia pula tu..takut Kema tahu...

'Anis kata lepas masjid, jumpa traffic light belok kanan',Norji selaku pemandu berhemah.

'Eh tapi kita dah tinggal jauh la masjid tu,' balas Kak Syidah di sebelah Norji sambil disokong Kak Yan.

'belok kanan, belok kanan!!' jerit aku sambil meyakini firasat hati..chewaaahh..

'betul ke ni..kita dan tinggal jauh la masjid tu' ragu Kak Syidah...

dan berterusanlah perdebatan kami sepanjang pencarian McDonald sehingga kami akhirnya berjuma dgn McDonald bersebelahan Caltex.

Sesudah parking kereta dan sms dihantar kpd Anis utk kepastian, aku dan Kak Yan keluar mengintip di dalam McD, kalau-kalau Anis dan Kema dan ada.

dek rasa tidak yakin, tiga lawan satu, dan sms Anis yg tidak dibalas2, serta tiada tanda2 mereka sudah sampai. kami mula bertolak keluar kembali ke lokasi yg sama utk mencari masjid.

keputusan di pihak aku..hahahaha!!..tu la..org dah cakap..tak percaya..Ha Tengok!!..balas aku dalam kereta..mmg betul masjid hanya berdekatan dengan traffic light dan penuh yakin, Mcd tadi mmg lokasi yg dicari. dan kami sekali lagi kembali ke lokasi penuh yakin dan pasti.

Sebaik sampai, sedikit sambutan disediakan..dan beberapa minit saja, Anis dan Kema pun sampai...

SURPRISE!!!





kiri: Anis, Kak Yan, Fuzah
kanan: Norji, Kema (birthday girl), Kak Syidah

Selamat Ulangtahun kelahiran Norakmar Jusoh (Kema) Semoga dalam rahmat Allah, bahagia, selamat, dan berjaya dunia & akhirat.





bisik-bisik intan: Kak Erni tak ada sbb ada hal tak dapat elak..

Thursday, January 7, 2010

Sakit yang menguji

tak tahu kenapa, akhir-akhir ini kepala asyik berdenyut-denyut saja. pening yg tak hilang. pening sampai tak boleh angkat kepala. pening sampai kepala rasa nak pecah. dan paling aku kisah bila pening ni sangat mengganggu aku untuk solat sebab kepala aku sangat sakit terutama bila nak sujud.

tak tahu nak cerita di mana. tak tahu nak mengadu macm mana. sakit yg sampai menangis2. dah la tak mau menangis dah sebab kesian kat mata asyik menangis je. nak kata migrain..tak pernah jadi pun sebelum ni..tekanan?..rasanya tekanan sebelum ni lebih hebat...tak pula jadi sebegini...Allahuakbar!


Macam2 perasaan menderu tiba awalan Januari ini. dengan ujian sakit ini. dan ujian jiwa hati cukup untuk buat aku tersandar lemah. tugasan dan bebanan tanggungjawab juga semakin bertambah. masa depan semakin memerlukan perancangan dan penelitian.

Ya Allah...tak tergambar sebenarnya perasaan ini dengan kata-kata. Hanya Kau yg Memahami dan Mengetahui. Aku mohon hikmah yg terbaik untuk semua ujian ini. Kuatkan aku Ya Allah. sabarkan diri ini.


Sunday, January 3, 2010

Diary 32

cerita pertama 2010. Alhamdulillah ada sinar menerangi permulaan tahun ini sambil menyelusuri hikmah yg tersembunyi atas segala kejadian 2009.

benarlah. andai telah tertulis sesuatu adalah milikmu. walau apapun yg terjadi, tiba masanya sesuatu itu tetap milikmu..sungguh Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengasih

15 - 17 Disember 2009 lalu, atas arahan aku dengan paksa rela telah mengikuti sebuah lawatan ke tiga buah universiti di sekitar Selangor (UPM,UIAM dan MMU) dengan tujuan utk bertukar2 pendapat dan menimba pengalaman baru. pastinya, selain drpd aktiviti wajib pasti ada aktiviti sampingan iaitu lawatan ke tempat2 menarik dan membeli belah. hmm..

Menginap di Legend Hotel, Kuala Lumpur yg terletak di pusat bandar sememangnya dilimpahi dengan kawasan membeli belah yg cukup terkenal tambahan lagi jualan akhir tahun juga sedang berlangsung. tapi mungkin kerna hati aku hanya tinggal separuh dalam mengikuti lawatan ini, maka aku hanya memerapkan diri dalam bilik saat teman2 sepejabat lain keluar menghirup udara kota.

Ada beberapa kejadian yg banyak membuatkan aku sangat berfikir.

1. hari pertama ketibaan, kami bercadang utk singgah solat di Masjid Putrajaya, tapi sebaik saja tiba di hadapan Masjid, rancangan dibatalkan tanpa diketahui punca. dan aku malas utk ambil tahu dan mengikut saja. sudahnya, kami solat di Masjid UPM. dan itulah kali kedua aku berada di UPM. di bangunan yg sama semasa menguruskan urusan ke UK tahun 2008.

2. Aku jg tidak pergi ke Sogo utk membeli belah kerna tidak ada perasaan dan hari terakhir juga rancangan untuk membeli belah di Jalan TAR dibatalkan. aku terdengar rungutan kecil tetapi itu keputusan ketua rombongan. jadi 'saya yg menurut perintah'.


***

2 Januari 2010, hanya aku dan Kema saja yg tinggal di rumah sewa. yg lain semua pulang ke kmpg menyambut tahun baru bersama keluarga. 2 Januari juga merupakan hari lahir Kema yg ke 24, dan bagai tertakdir aku menyuarakan isi hati utk mengikut dia pergi berjalan2 ke KL bersama teman makmal, Liya dan suaminya.

6.30 pagi kami bertolak dari Penang dan tiba dalam jam 12 tengahari. Hikmahnya. semua tempat yg tidak aku pergi semasa lawatan telah aku kunjungi pada hari ini. Malah, hikmahnya aku ditemani dengan teman baik sendiri. Kami ke pusat beli belah Sogo, Jalan TAR, singgah solat di Masjid UKM, ke Putrajaya dan dapat solat Jamak mahgrib & isyak di Masjid Putrajaya, ke Masjid Besi@Masjid Sultan Mizan, makan sate Kajang (teringat pernah dtg utk walimatulurus En Zaidi, officemate di BPLK, dan makan western food di Kampung Baru.

Aku tak sangka akan kembali ke tempat2 yg pernah aku jejaki dulu. benarlah. Ketentuan Allah itulah yg terbaik. malah aku sangat berpuas hati dgn kunjungan kali ini.

Terima kasih tak terhingga buat Kema, Liya dan suami, Ahmad. sangat kagum dan bahagia dengan kasih sayang kalian berdua. Buat Kema, Selamat Hari Lahir. semoga Allah sentiasa merahmatimu dunia dan akhirat.