Monday, July 27, 2009

Diary 27

Mama, Abah dan Abang kit dah mula telefon dan hantar sms. hah! tu maksudnya Mahfuzah Othman dah lama tak balik rumah. huhuhu...apakan daya. asal hujung minggu saja. ada program. asal ada program saja. mesti hujung minggu.

sabtu lepas. kena hadir jemputan untuk bagi talk program Rakan Muda. first time bagi kat adik-adik sekolah rendah. dan bagaimana Mahfuzah Othman kena 'turun' seturunnya. dengan tidak menggunakan istilah2 yang buat mereka pening kepala. tapi syukur Alhamdulillah. ada yang bagi respond cukup baik dan di luar jangkaan.

salah satunya. apabila ada seorang adik tanya.

'kakak, habis air mineral ni macamana?ni pun plastik juga.' sambil menunjukkan mineral cup yang diberi oleh pihak penganjur.

aku senyum. puas sangat. Alhamdulillah.

'betul tu. jadi sebaiknya apa perlu kita buat untuk gantikan air mineral ni?'

'Kita bawak botol air kita sendiri!'. balas mereka penuh semangat.

syukur. moga cahaya mereka terus menerangi jalanku.

ahad pula. aku jadi bidan terjun untuk bagi taklimat kepada penggerai2 sempena minggu konvokesyen nanti. fuh. berjaga juga siapkan slide dengan maklumat (gambar) yg sangat terhad. tup2. pagi tu. projektor tak boleh on. so kembali kepada tradisi. bagi taklimat secara manual saja. huhuhu...

next. Insyallah. hujung minggu ni kena masuk kem PIMPIN SISWA lagi. huhuhu...maafkan anakanda. tak dapat pulang ke kampung. Insyallah. ada rezeki. kita bertemu jua.


Wednesday, July 22, 2009

Special for U Kak Wahidah!

dah lama nak tulis entry khas utk my sis yg cukup tersendiri. maaf lah. sebab ruang waktu yang sentiasa tak mengizinkan. banyak cerita terpaksa ditunda paparannya.

Kak Wahidah adalah temah serumah yg aku kenali sejak bulan 6 2008. beliau antara senior atau penduduk awal bagi rumah 97-7-6. Orangnya sangat kurus dan tinggi lampai. banyak darah negara lain padanya yang aku kadang2 pun pening nak ingat nama.hasilnya tak hairanlah wajah Kak Wahidah bak ratu Bollywood yg terlepas di Malaysia. hohoho...

Kak Wahidah pendiam orangnya. tapi mengenali dirinya merupakan keistimewaan pada insan yang terpilih. Dia seorang kakak yg penyayang, sedia membantu dan menjadi tempat meluah rasa. dia sentiasa bersedia dan setia mendengar tiap bait2 kata walau tak ada kena mengena dgn hidupnya.

Walaupun Kak Wahidah ni agak pelik. terutama pasal makanan. dan kadang kala sering juga mengelirukan warga 97-7-6. tapi kami tetap bersama sebagai keluarga.susah senang tetap dirasa bersama.

sekarang. Kak Wahidah sudah meninggalkan kenangannya di 97-7-6. Tahniah kak kerna berjaya mengharungi cabaran menghabiskan pengajian master dalam MBA. Semoga perjalanan hidup kakak selepas ini sentiasa diberkati dan dirahmati. Fuzah doakan agar kejayaan dan kebahagiaan sentiasa menjadi milikmu. Fuzah tahu kakak sangat kuat dan tabah. Biarkan kekuatan dan ketabahan terus menjadi nadi hidup kakak selamanya.Insyallah.

berikut antara kenangan yg sempat terakam melalui kata lensa. hohoho..walaupun sikit tapi banyak di hati.










Tuesday, July 21, 2009

Pimpin Siswa siri 1/2009

17-19 julai 2009. bermulalah siri pertama program Pimpin Siswa. sebuah program yg julung kali diadakan sempena dengan status Apex U bertujuan melahirkan siswa siswi USM yg berdikari, tahan lasak dll. aku pun pergi sebagai fasilitator merangkap pengkuliah moral. hohoho...selalunya presentation aku akan ada gelak tawa tapi kali bertukar menjadi kuliah yg penuh 'kemarahan'. dan paling syok bila dapat gelaran fasi paling garang. hahahah...serius! garang kah?!!.

apapun. memang sangat enjoy join kem ni. thanks a lot utk semua fasi and urusetia yg sangat sporting!sangat gembira dapat bekerjasama dgn korang and hope we will become a team member again ya. hoho..oh ya..kami juga dapat kem paling selesa antara semua kem. hahahh..(gelak jahat)..





Monday, July 20, 2009

Bisikan hatiku utkmu

saat tika hati itu berduka. saat ujian mula melanda jiwa. hati mula berkata. kenapa aku, Tuhan? kenapa semua ini berlaku pada aku?dan kenapa mereka2 aku lihat cukup sempurna hidupnya tidak diuji sebegini rupa.

kita terlupa. bahwa cerita kita bukan satu dalam sejuta. skrip cerita ini bukan ekslusif hanya utk kita. plot cerita kita sudah banyak pelakon dan wayang ceritanya. dan kenapa perlu kita bimbang. padahal pengarahnya adalah yang Esa. malah jika direnungkan sekalipun. Tuhan itu sangat adil dan saksama. menguji kita sekadarnya sahaja. tidak akan DIA menduga berlebih-lebihan. kerna bukankah DIA lah yg Maha Pengasih lagi Penyayang?

teman. usah risau andai hatimu terluka. usah sedih andai jiwamu berduka. teruskan saja dengan hati yg redha. kerna redha itu buat dirimu insan paling kaya. rahmat dan hikmah Allah itu sentiasa ada. kau pasti akan tertunduk sujud penuh syahdu menerima segala kebesaran hikmahNya. yakinilah!

pernah saja dulu. saat aku penuh hancur lebur menerima ketentuanNya. saat kaki tak mampu lagi berdiri. apatah lagi utk terus menatap wajah itu saban hari. mengenangkan bahagia yg menjadi milik dia. sedang aku menanggung nestapa. bisikan Ilahi menyapa mesra.

"berbahagialah wahai seorang hamba hina. bukankah cinta yg tulus dan suci itu ada pada mereka yg bahagia tatkala insan yg dicintai juga bahagia"

aku tahu ia tak akan mudah. aku yakin ia juga sangat tak indah. kerna itu hanya insan yg terpilih shj yg Allah berikan anugerah. darjat kesabaran ujian buat hamba-hambaNya yg tabah. yakinilah. berkat sabarmu itu pasti ada.

teman. senyumlah. ketawalah. gembiralah. berzikirlah. berfikirlah. kerna itu alat bahagia. kau bahagiakan insan lain. pasti Allah akan bahagiakanmu.

aku berani melafazkan. nikmat yg Allah berikan. pasti antara yg terbesar tak pernah kau duga. hinggakan kau gusar jika tiada ujian lagi. bimbang nikmat hikmah akan hilang dari hidupmu.

teman. berbahagialah. Allah itu ada. Allah itu ada. Allah itu ada.

Friday, July 3, 2009

Gen Y di USM


4 Julai 2009 (sabtu)
2.30 petang
Dewan Budaya, USM

jemput datang ye semua...my frenz jadi panel..siapa lagi kalau bukan Nur Mastura Mansor...


Diary 26


dalam melalui detik-detik sukar
yang aku ada cumalah kepasrahan

dalam meniti rasa-rasa gundah
keliru dan resah
yang ditinggalkan untukku cumalah keredhaan

aku kuatkan hati
untuk terus melihat masa depan yg bukan milik hakiki
aku teguhkan jiwa
untuk terus berdiri utuh di bumi fana

walau kadangkala tertumpah manik mutiara mata
kerna itulah satu-satunya peluah rasa hati wanita
tatkala lafaz kata tak mampu lagi mengungkap rasa
tunduk lemah berdoa memohon kekuatan dariNYA

hadirnya insan adalah anugerah
hilangnya mereka tersirat sejuta hikmah
yang sentiasa aku pahat bahwa hidup sentiasa tak mudah
sabar dan tabah
sentiasa berserah

ya Allah
kuatkan aku
tabahkan aku
teruskan mekar senyum di bibir ini
teruskan alunan zikir di hati ini
mengingatiMu
tiap tidur dan jagaku.