Monday, September 12, 2011

Diary 55

Hari ini bermulalah hari pertama buat semua pelajar kampus. kafe2 mulai meriah. jalan2 sudah tidak lenggang. dan paling utama, pejabat BHEPP sudah tidak sunyi sepi lagi. pelbagai ragam dan gaya pelajar2 ada.

tidak terlambat kiranya utk aku ucapkan Tahniah & Syabas buat semua yg terpilih untuk melanjutkan pelajaran di USM khususnya dan IPT lain amnya. hanya satu pesanku. lakukan segalanya dgn terbaik dan hati yg ikhlas. InsyaAllah..ketentuan Allah adalah yg terbaik.

bermula 2hb sehingga semalam. tido lenaku memang tidak sempurna. apa tidaknya. memikirkan program2 minggu orientasi ini. selagi tidak selesai selagi itu tidak dapat tidur lena. apapun. syukur pada Allah yg Maha Kaya. segalanya berlangsung dengan sempurna tanpa ada apa2 permasalahan yg besar. terima kasih pada semua yg terlibat secara langsung atau tidak. hanya Allah yg mampu membalas segala jasa budi kalian.


sebagai orang baru dalam arena pentadbiran, banyak yg aku belajar. terima kasih pada adik2 yg sentiasa sudi bekerjasama dgn baik sekali. juga pada teman sekerja yg sentiasa berada di sisi menghulurkan bantuan. aku redha dan bahagia dgn segala ketentuanNYA ini.

tak akan aku lupa

pd 7hb..aku dan Ketua Unit diminta utk melawat seorang pelajar baru yg dalam perjalanan utk melapor diri ke UUM. memandangkan kami lebih hampit. kami diminta pergi utk memberi bantuan sementara menunggu pihak UUM tiba. kemalangan di Bukit merah. mengorbankan ibu dan kakaknya. sebuah van yg memuatkan 11 org termasuk pemandu. semua cedera parah kecuali pelajar itu sahaja yg cedera ringan. tiada apa yg mampu aku lafazkan melainkan kekaguman aku pada keluarga ini yg cukup tabah dan sabar. tiada langsung raungan dan teriak tangis semasa di wad. urusan pengebumian ibu dan kakak mereka diurus dengan penuh tenang. sedang jika aku, pasti saja aku menangis teresak2...

aku tidak mampu berkata apa2 melainkan hanya mampu menggosok perlahan bahunya. sedang dia perlahan sebak mengatakan bahwa ibunya sudah tiada. sedang aku juga sebak menahan kepiluan. berkongsi perasaan yg sama walau mungkin tidak serupa.

"sabarlah...sekurang-kurangnya, mak tahu yg kamu sudah berjaya masuk universiti"





No comments: