Sunday, March 18, 2012

Selamat Pengantin Baru Mia!


tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru & tahniah buat Mia...akhirnya Mia dah jumpa arjuna yang sangat dinantikan..kan Mia?!...hehehe...

aku kenal Mia masa Mia kerja kat kedai fotostat Azim. waktu tu aku pun buka kedai aksesori wanita di Pasar Pelajar. masa itulah permulaan perkenalan kami. tapi waktu tu, Mia tak banyak cakap sangat. mungkin sebab sibuk dgn kerja dan layan pelanggan.

pertemuan kedua kami sewaktu aku memerlukan bantuan daripada MPD Tekun untuk projek tahun akhir aku. aku jumpa Mia (dia jadi bendahari MPD)...secara tak langsung, Mia banyak tolong aku.

hari ke hari..kami jadi rapat..walau jarang berjumpa tapi bila berjumpa ketika aktiviti universiti kami jadi rapat. yang paling merapatkan kami seingat aku sewaktu kami sama2 join program Career di Pangkor. tapi waktu tu aku dah jadi urusetia, Mia pula jadi peserta. kemudian program Pimpin Siswa dan usahawan. kami jadi rapat dan punya fikiran yg sama.

selepas tamat belajar, Mia sempat buka bisnes Ayamaz Roti Impit di USM. dan dalam masa yg sama juga, Mia dapat tawaran di Tabung Haji. dalam dilema juga Mia masa tu. tapi akhirnya Mia pilih Tabung Haji.

indah hikmah Allah. rupanya jodoh Mia sedang menanti di Tabung Haji. setahun lepas tu. aku dengar Mia dah bertunang. dan 18hb Mac 2012, aku dijemput untuk ke walimahnya di sebelah pihak lelaki. Ayer Itam, Kedah.

'tak sangka Mia dapat org Kedah kan"...heheheee...Mia asal Batu Pahat, Johor...selatan bertemu utara...kalau dah jodoh pasti bertemu jua...

Apapun...Semoga berbahagia hingga ke Syurga adik!..masa untuk kita semakin berkurang..tapi insyaAllah...ingatan dan doa akan sentiasa berkekalan. tahniah Mia...



0 JempuTlah BerbisiK: