Monday, April 30, 2012

Diary 61

Seperti biasa, hujung minggu aku akan balik kampung jika tiada apa2 aktiviti berkaitan kerja. apatah lagi aku sekarang sudah tukar jabatan, jadi hujung minggu aku banyak kelapangan...setakat inilah..

Kata mama, nak buat kenduri kesyukuran di kampung. menu utama...BBQ kambing ..wow!..hari sabtu..kami semua berkumpul di kampung. Abang An juga balik...tapi Kak Nana tak ikut. sebab Abang An balik pun pasal ada kerja di Perlis...sambil menyelam minum air. terbaik buat resepi keluarga..kambing kami memang sedap dan tak bau hanyir kambing langsung...ahaaa...

petang selepas Asar, Mak Teh dan keluarga tiba dengan selamat. aku dan keluarga pula ingin bertolak pulang. sebelum bertolak pulang, sempat kami semua merakam gambar keluarga buat kenang-kenangan. semasa asyik semua sibuk membuat gaya posing bergambar masing-masing, aku ternampak Tok yang senyum gembira sambil mengelap matanya dengan hujung selendang...dan hati aku terus menusuk pilu dan hiba bercampur terharu...

Pasti Tok terharu masih dapat bersama anak cucu dan cicit. dan doaku semoga Allah merahmati Tok dunia dan akhirat.





Esoknya..aku,Mama dan Abah menjalankan aktiviti harian kami. destinasi pertama adalah kedai tayar...Waaaa...tayar kereta dah botak..kena tukar..bukan sebiji..empat biji pula tu...melayang RM700 ringgit...mcm tau tau saja dapat gaji baru dan dapat tunggakan...hmmmmm....

Lepas tu pergi beli belah di Pacific, makan di Pantai Johor dan balik...petang pergi gunting rambut dengan Kak Fina di Jitra...ok..selesai banyak perkara dan bersedia untuk balik Penang esok...

0 JempuTlah BerbisiK: