Wednesday, August 15, 2012

Ceritera Ramadhan I 1433H


9hb Ogos 2012, Khamis selepas mesyuarat JKPU, aku bergegas ke Kampus Kejuruteraan untuk Majlis Iftar anjuran BHEPP dan Pusat Islam Kampus Kejuruteraan. salah satu jemputan mestilah warga Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan. Alhamdulillah, kali ni depa semua dapat baju raya...
Selamat Hari Raya Adik-Adik...



11hb Ogos 2012, Sabtu...bangun awal pagi terus kemas rumah, basuh baju dan bertolak pukul 7 pagi masuk pejabat...kena siapkan kerja yang buat aku tak tidur malam...pukul 9, ambil Jue di Hamna dan terus ke Gurney Plaza untuk membeli belah.


seharian kami di situ,  beli dompet, beli kasut, beli beg. jam tiga lebih baru kami bertolak pulang.. lepas hantar Jue, aku terus bertolak ke UiTM Permatang Pauh untuk ambil Aliya pergi ke Sungai Petani. ada majlis Iftar di rumah Mak Njang pula kali ni. sampai saja kami di rumah. semua makanan dah siap. Jadi, kami duduk dan rehat saja sambil mengunggu waktu berbuka. dan kali ni giliran abah pula jadi imam utk solat isyak dan terawih. Alhamdulillah...

 duduk + rehat sebelum berbuka

 makanan

 waktu berbuka

13hb Ogos 2012, Isnin aku dan Dila berbuka di luar sebab nak beli baju raya juga. Ingatkan orang tak ramai rupanya semua tempat dah penuh..akhirnya kami terpaksa berbuka puasa ala kadar saja..dengan kuih dan air tembikai. duduk di tepi pusat beli belah Bukit Jambul. kami berbuka. 


Selepas berbuka terus solat maghrib sebelum orang makin ramai. terserempak dengan Shu dan Bid...lepas solat terus beli baju raya...hajat nak cari jubah sebab sepupu semua kata tema jubah tahun ni tapi semua labuh2...jadi aku ambil keputusan beli saja baju kurung biasa dan nanti pakai saja jubah yang abah beli masa di Mekah dulu. heheheee...


Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi. sebelum ianya berakhir penuhilah Ramadhan yang masih berbaki ini sebaik-baiknya. kerna entah ya atau tidak kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi atau tidak...

bisik-bisik int@n: Salam Takziah buat sepupu ipar yang kehilangan adik bongsunya (Amirul) pada 14hb Ogos 2012. Al-Fatihah. 



0 JempuTlah BerbisiK: