Monday, June 10, 2013

Diary 76 : Ujian Sakit Sebelum Ke Tanah Suci

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

cerita pasal sakit...Alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci. walaupun batuk dan demam adalah perkara biasa bagi jemaah tapi aku selalu berdoa diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana. aku tak mahu kesihatan aku mengganggu perhatian dan ibadah aku. 

Malah aku diberi petua agar berdoa diberi kesihatan yg baik sebaik saja kaki berpijak pada bumi Tanah Suci. dan sebaik saja aku turun kapal terbang di Madinah, terus aku berdoa sambil lafaz syukur tak henti2. 

Allahuakbar!

InsyaAllah..aku akan catatkan sedikit kenangan dan pengalaman yg tak seberapa ini semasa di sana. 

beberapa minggu sebelum aku bertolak ke Tanah Suci...aku diuji dengan kesihatan. dan aku berdoa pada Allah biar saja ujian kesihatan ini tidak berlaku padaku semasa di sana. mula -mula aku diuji dengan gatal badan.

pertama kali aku kena masa aku tahun pertama. kali kedua tahun lepas, ketiga masa keluar dengan Kak Farhana dan keempat  masa aku keluar dengan Farah. orang panggil "kelopak garam"...sebab ubat dia kau kena mandi dengan air garam..InsyaAllah mujarab...

kali keempat aku kena, aku terus pergi farmasi beli ubat. sbb aku takut tak tahan dan tak sempat nak balik rumah lap dengan air garam dah..

beberapa hari lepas tu, mata sebelah kiri (atau kanan..lupa dah..heheh) kena ketumbit pula...adoyai...lama dah aku tak kena ni..masa zama sekolah dulu rajin kena...aku cuba sapu minyak gamat tapi tak jadi juga...mata aku pun dah makin bengkak...kalau kedip mata, sapu muka akan rasa sakit...aku pun terus pergi farmasi beli ubat. Alhamdulillah...semua berkesan...

Ya Allah...biarlah aku sakit di sini saja..tapi aku sihat masa di sana..dan jadikanlah segala kesakitan ini sebagai penghapus dosa-dosaku..aminnn...


kiri : ubat sakit ketumbit
kanan: bintik merah dan gatal badan

0 JempuTlah BerbisiK: