Monday, February 10, 2014

Kisah 5 Sahabat


Tak tahu bila kami semua mula jadi rapat. tapi yg pasti kami semua bersatu apabila masing2 bergabung semasa tingkatan 4 & 5 Alfa, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM), Alor Setar Kedah.

Ina & Asma sudah berpasangan sejak tingkatan 1. Kami bertiga mula sama kelas apabila aku naik kelas semasa tingkatan 2 & 3. oh ya...kami bertiga kelas agama tau...iaitu lebih satu matapelajaran..Bahasa Arab Komunikasi. jadi jumlah subjek kami adalah 9 untuk PMR berbanding 8 subjek bagi kelas aliran biasa.

berbeza Fari & Timah, mereka kelas aliran biasa (tiada subjek Bahasa Arab Komunikasi) dan mereka juga kelas yang sama sejak tingkatan 1 hinggalah 5..(errrr..kalau tak salah la ya)...

Kami semua saling mengenali dan lebih-lebih mengenali hingga jadi 'geng' apabila kami disatukan dalam kelas tingkatan 4 & 5 Alfa..iaitu kelas aliran Sains Tulen.

dan di sinilah segalanya bermula. kami semua berbeza dan punya perangai yang tersendiri. kalau cakap pasal terasa hati, marah , kecewa, sedih...itu lumrah...boleh aku katakan itu semualah yang buat kami saling lebih kenal dan bersatu.

Siti Fatimah binti Ahmad a.k.a Timah.


sebab dia anak sulung. dan ketua kelas. dia ibarat kakak buat kami...walau kadang2 perangai anak-anak dia tu mengalahkan budak kecil....kami layankan saja....Timah antara pelajar yang terkenal dalam kalangan guru...sebabnya Timah seorang yg peramah, rajin, pandai ambil hati dan pendek kata disenangi lah..sebab tu dia sangat popular...ewahhhh...dalam kelas pun...Timah suka atau selalu duduk di meja hadapan sekali...jadi semua orang dah sedia maklum...yang depan sekali mengadap muka cikgu..adalah tempat duduk Timah...tak kiralah di makmal ka, bilik bacaan ka...bilik guru ka...mesti nak duduk depan sekali. kami pun suka juga sbb tak ada orang nak ambil tempat kami kat belakang. oopss....heheheh

oklah...sekarang Timah dah ada ada anak sorang...antara kami berlima...dia dulu jadi mama...oklah...bagi can...sebab suami Timah seorang askar. Timah bermastautin di Pahang. tapi kami selalu berjumpa bila Timah ada di Kedah. terima kasih Timah sebab selalu sokong, doa dan faham aku.

Faridatul Akmal binti Abdullah a.k.a Fari. 

anak kedua daripada tiga beradik. semua perempuan. Fari ni seorang yg lasak dan keras kepala juga. kalau dia nak sesuatu dia mesti buat sampai dapat. dia tak kisah apa orang nak kata kat dia janji dia bahagia dan tak buat benda salah.

antara kenangan dengan Fari yg mungkin aku ingat sampai bila-bila...masa kami jalan kaki sama2 balik sekolah. singgah makan bihun sup di Medan Selera Alor Merah. pakai baju pengawas yang tudung masuk dalam baju. pergi tuisyen kat Mergong dan singgah makan kuey teow Iman. masuk kembara berbasikal dari Stadium sampai Kuala Kedah [aku jatuh sampai cermin mata pecah pastu bawa basikal sambil mata rabun kot!]...aiyoooo.....tolong mama Fari dan keluarga buat biskut raya untuk jual di Pasar Raya Peladang. pergi solat terawih sama-sama dengan Fari menjemput aku naik motorsikal ke masjid Alor Merah. bergilir-gilir solat sebab penat kot buat sampai 20 rakaat. Fari yg selalu rajin. aku selalu skip juga.... Astagfirullahaladzim...lepas solat terawih..akan ronda Taman Malaysia sambil buat ala-ala Superman dengan kain telekung...kadang-kadang ronda sampai atas ban sawah padi belakang Sekolah Taman Uda.


Allahuakbar...rindunyaaaa....

sekarang...Fari sudah jadi isteri orang. antara kami berlima...Fari dulu yang kahwin...apakahh???...hehehe...semua tak sangka...tapi semua redha saja....hahahahah...

Norazlina binti Abu Seman a.k.a Ina.

 Ina anak kedua terakhir. dia ada kakak. ada abang. dan ada adik lelaki. kami berdua selalu bersaing dalam matapelajaran. terutamanya Sejarah. Ina memang selalu best student untuk Sejarah. kadang2 aku geram sebab bila dia tanya markah kami semua tapi dia tak mau bagitau markah dia. dan aku memang bengang saja!...antara kenangan dengan Ina yang aku tak lupa bila kami dua kena denda berdiri masa kelas Fizik sbb dok bersembang...hahahahah....malu kot!!!...tapi memang tak kan lupa sampai mati la kan....masa SPM..Ina duduk sebelah aku...paling aku ingat...masa kertas Sejarah, heboh kata soalan ditukar sebab soalan bocor. jadi memang soalan yang naik semua bukan soalan target. Ina tengok aku. aku tengok Ina...dan akhirnya aku tetap jadi pemenang bila aku antara dua orang yang dapat A1 dalam subjek Sejarah....Yuhuuuuuu....eh..Alhamdulillahhh...terima kasih Allah....

sekarang...Ina pun sudah selamat jadi isteri orang. kalau Ina ada baca coretan ini. aku minta maaf ya Ina. tak hadir majlis akad nikah dan walimah. tapi aku ada masa hang bertunang...kira aci la kan...apapun..aku doakan yang terbaik untuk hang...aku tau hang bahagia dan tahniah sebab dapat seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan sayang sangat kat hang. Tahniah Ina!




last but not least. 

Siti Asmahani Nabilah binti Ismail a.k.a Asma

Asma ada 6 adik beradik. [kalau tak salah la eh]..anak keempat dan sulung perempuan.. Asma seorang yang lemah lembut. pemurah. sentiasa membantu dan cuba membahagiakan kawan-kawan sedaya mungkin. paling aku tak lupa masa Asma tolong buat kerja matematik aku sebab aku memang tak sempat sibuk dengan aktiviti pengawas [jangan tiru perangai ini ok] . Ya Allah...masa tu...doa aku hanya Allah saja mampu balas. kadang-kadang aku sakit dan rehat di bilik sakit. Asma akan datang dengan Ina sambil picit-picit kepala aku...isk..isk.. rindu kenangan itu!


dan tanggal 7 Februari 2014, Asma selamat menjadi isteri. alhamdulillah...tahniah Asma...sorry tak dapat hadir tapi aku ada masa bertunang dan kenduri ok!...dan apapun Asma yang comel...jaga diri ok!..aku yakin dan berdoa hang akan bahagia dunia dan akhirat..amin ya Allah...janji Allah pasti!

* * *

Seiring masa berlalu...sangat pantas sehingga tiada yang menunggu. kita semua makin jauh dan terus kukuh disatukan dengan kenangan, kasih sayang dan doa harapan. 

tahniah sahabat-sahabatku. kalian semua sudah selamat melangkah ke alam baru. penuh sakinah. mawaddah. dan rahmah. 

tipulah kalau tidak sedih tapi rasa bahagia lebih mendahului. 
terima kasih semua kerana menjadi teman yg baik buat aku.
mohon ampun maaf atas segala salah silap.
moga pertemuan kita. juga perpisahan kita. terus dalam redha Allah.

amin...

2 JempuTlah BerbisiK:

Anonymous said...

I love u mahfuzah...from asmahani..

Anonymous said...

I love u mahfuzah...from asmahani..