Monday, May 10, 2010

kiriku MAHU kananku PERLU

aku teringat salah satu kata-kata dalam realiti tv 'The Biggest Loser' yang buat aku sangat terduduk dan terfikir.

kata-kata ini adalah dialog biasa daripada seorang jurulatih saat melepaskan anak-anak jagaannya pulang dalam meneruskan perjuangan mengamalkan diet yg sihat demi mnedapat berat badan yg ideal.

"B harus mengawal pemakanan pasangannya, C dengan memberikan apa yg C PERLU. bukan apa yg C MAHU"

seketika mendengar kata-kata itu. aku sungguh terkelu. lama aku teleku di sejadah solat. mengenang bahwa sesungguhnya selama ini, Allah telah memberikan apa yg aku PERLU. sangat PERLU...walaupun aku tidak MAHU.

dan Allah juga tidak memberikan apa yg aku MAHU. sangat MAHU. sebab Allah Maha Tahu. yg aku tidak PERLU seperti hamba2nya yg lain yg lebih meMERLUkan apa yg aku MAHU.

dulu. aku MAHU jadi doktor. sangat MAHU jadi doktor. tapi...


Allah lebih tahu. Aku PERLU jadi seperti sekarang...seseorang yg ambil peduli tentang bumi...

dan pastilah sunguh DIA lebih tahu apa yg aku PERLU...bukan yg aku MAHU...

dalam hidup, apa2 yg kita MAHU semua yg hebat2. yg sedap2. yg bagus2. tapi kita lupa.
yg hebat2 itu belum tentu sesuai dengan kita. yg sedap2 itu belum tentu baik untuk kita. yg bagus2 itu tak tentu elok utk kita.

kita MAHU yg manis. sedang yg pahit itu lebih kita PERLU utk sihat. dan lamanya sabar menahan kepahitan itu lebih dihitung daripada sebentarnya kemanisan dirasa.

diriku. dan dirimu.

apakah kita yg lebih tahu apa yg kita MAHU. atau DIA Maha Tahu apa sebenarnya yg lebih kita PERLU...


Allah lebih tahu aku sangat perlukan hujan walau aku sangat mahukan matahari

Saturday, May 8, 2010

I Love U, Mama


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
masih aku terasa hangat dalam pelukan mama
masih aku terasa mesranya kucupan sayang mama
Terima Kasih Ya Allah
Atas anugerah yg cukup Aku syukuri...

Selamat Hari Ibu...


Friday, May 7, 2010

Gerimis Hujan...



akhir-akhir ini
selalu saja gerimis hujan menitik halus
makin lama
makin lebat
makin lama
makin gelap

Hujan,
gugurlah dikau sepuas-puasnya
di pipi yg gersang dgn kasihNYA
curahlah dikau sehebat-hebatnya
di hati yg penuh rasa kegundahan
semoga di situ
masih ada sayang rahmatNYA
buat hamba yg sedang kerinduan...


Tuesday, May 4, 2010

Apabila Mata Kiri Asyik Berdenyut

Semalam. pulang dari kerja. mata kiri aku asyik berdenyut. bukan sekali dua. tapi banyak kali. lantas aku mengadu rasa tidak selesa itu pada teman serumah.

"oh tu tanda nak dapat berita gembira" kak syida.

"eh bukan tanda nak menangis ke" kema.

"bukanlah. tu kalau mata sebelah kanan"kak syida lagi.

"hmm..yg saya tahu kalau sebelah kanan nak dapat berita gembira. kita tunggu sajala"kema.

Jawapannya. kema menang!

tak tahu kenapa. pagi ni aku sangat 'down'. otak jadi kosong. rasa tak semangat. aku gagahi untuk tersenyum dan ketawa. sedang dalam hati..aduhh!!kenapa ni?!!

tutup bidai. kunci bilik. letak signboard 'Don't disturb'. duduk sebentar. tup2. air mata mula jadi hujan. tengok gambar mama & abah atas meja. buat aku terus teresak2. Ya Allah..kenapa dengan aku ni?!!! Apa kena dengan Mahfuzah Othman ni!!!

dah puas 'berhujan'. aku keluar. dan disapa seorang staff senior.

"Fuzah, abg Ayob nak pi dah tau. kena tukar pegi Kejuruteraan. hari ni last. minta maaf atas apa2 ye"

kelu...

tengahari. seorang teman yg pernah mencipta suka duka bersama berkunjung mesra.

"Fuzah, nak say goodbye ni. esok saya dah nak balik. dah habis semua dah. minta maaf utk semua ye"

kelu...

petang. seorang junior yg pernah mengadu duka menyapa khabar.

"akak, saya nak balik Johor dah. paper saya dah habis. minta maaf segalanya ye"

kelu...

aku 'berhujan' lagi.

Ya Allah Ya Tuhanku... hanya kerna cinta dan kasih akan rahmatMu, aku yakin dan percaya bahwa setiap pertemuan dan perpisahan ini pasti ada hikmahNya.

Ya Allah Ya Tuhanku...hanya kerna Engkaulah, aku yakini bahwa setiap apa yg berlaku atas diri ini pasti adalah atas izinMU yg amat aku perlu walau bukan yg aku mahu.

Ya Rabbi. sabarkan hati ini. dalam menghadapi setiap erti perpisahan.
Ya Muhaimin. tabahkan jiwa ini. dalam menghadam setiap hikmah yg tersimpan dalam setiap ketentuanMU.


En Ayob. Ramanathan. Romi...dan mereka2...

InsyaAllah. ada ruang dan waktu. pasti bertemu jua. jika tidak di dunia. aku berdoa moga kita bertemu di syurga sana.

Monday, May 3, 2010

Diary 37

Training of Trainers
PIMPIN Siswa
Outward Bound Malaysia, Lumut
30 April - 2 May 2010