Monday, May 10, 2010

kiriku MAHU kananku PERLU

aku teringat salah satu kata-kata dalam realiti tv 'The Biggest Loser' yang buat aku sangat terduduk dan terfikir.

kata-kata ini adalah dialog biasa daripada seorang jurulatih saat melepaskan anak-anak jagaannya pulang dalam meneruskan perjuangan mengamalkan diet yg sihat demi mnedapat berat badan yg ideal.

"B harus mengawal pemakanan pasangannya, C dengan memberikan apa yg C PERLU. bukan apa yg C MAHU"

seketika mendengar kata-kata itu. aku sungguh terkelu. lama aku teleku di sejadah solat. mengenang bahwa sesungguhnya selama ini, Allah telah memberikan apa yg aku PERLU. sangat PERLU...walaupun aku tidak MAHU.

dan Allah juga tidak memberikan apa yg aku MAHU. sangat MAHU. sebab Allah Maha Tahu. yg aku tidak PERLU seperti hamba2nya yg lain yg lebih meMERLUkan apa yg aku MAHU.

dulu. aku MAHU jadi doktor. sangat MAHU jadi doktor. tapi...


Allah lebih tahu. Aku PERLU jadi seperti sekarang...seseorang yg ambil peduli tentang bumi...

dan pastilah sunguh DIA lebih tahu apa yg aku PERLU...bukan yg aku MAHU...

dalam hidup, apa2 yg kita MAHU semua yg hebat2. yg sedap2. yg bagus2. tapi kita lupa.
yg hebat2 itu belum tentu sesuai dengan kita. yg sedap2 itu belum tentu baik untuk kita. yg bagus2 itu tak tentu elok utk kita.

kita MAHU yg manis. sedang yg pahit itu lebih kita PERLU utk sihat. dan lamanya sabar menahan kepahitan itu lebih dihitung daripada sebentarnya kemanisan dirasa.

diriku. dan dirimu.

apakah kita yg lebih tahu apa yg kita MAHU. atau DIA Maha Tahu apa sebenarnya yg lebih kita PERLU...


Allah lebih tahu aku sangat perlukan hujan walau aku sangat mahukan matahari

3 JempuTlah BerbisiK:

CHEDEM said...

Betul tu, sesungguhnya janganlah kita membenci apa yang kita tidak suka ssungguhnya Allah itu tau apa yang baik untuk kita.

FuzAma said...

che dem!..lama tak dengar berita..ingat dah tak sudi singgah. :D.

Wan Fara said...

fuzah, nape blog u macam menusuk kalbu je~ :( ok x..