Friday, May 21, 2010

Sambutan Hari kelahiran

ramai juga yg menyambut ulangtahun kelahiran bulan mei ini. sepantas masa berlalu, ampun maaf buat saudara mara dan teman taulan yang tak sempat diucap selamat oleh aku. namun, terima kasih pd kemajuan teknologi hari ini yang sangat membantu memberitahu hari2 bersejarah penuh makna buat mereka yang dikasihi.

apapun, didoakan semoga bahagia dan selamat sentiasa untuk kalian. semoga ikatan yg terjalin kekal mekar hingga di taman2 syurga...aminnn..

berikut ada sedikit bingkisan sambutan yang sempat dirai buat mereka yang dikasihi...selamat ulangtahun kelahiran!

Nur Najihah a.k.a teman sebilik dan teman serumah 97-7-6

memang dah rancang lama tapi 19 Mei 2010 malam semuanya berlaku secara spontan. 'bajet' semua orang ada waktu ni so bolehlah sambut besday Norji, tapi Kak Yan pula ada hal pejabat yang memang tak dapat elak. Kak Erni dah balik kampung. so kami berempat sajalah (Kema, Anis, Kak syidah dan aku) merancang penuh teliti agar kejutan buat Norji akan menjadi.

Petang.Aku dan Anis pergi beli kek. sampai berlari-lari sempat takut terserempak dengan Norji. maklumlah beli time waktu genting Norji nak balik. Kema dengan Kak Syidah stay kat rumah order pizza Domino's sambil 'roger2' takut Norji dah balik. dah sampai rumah, semua makanan sembunyi kat bilik kak syidah.

masa Norji tengah solat maghrib. semua tunggu kat living hall. pasang lilin kat kek. letak semua food kat meja. Anis yang baru habis mandi pun tutup main suiz (idea Anis juga).sepi sebentar. sayup dengar suara Norji memekik.

"Wei, korang ni tak bayar bil elektrik ke?"sambil dengar tapak kaki Norji berjalan.

1.


2..


3...

SUPRISE!!!


Salam Ulangtahun Kelahiran Nur Najihah@Norji
semoga kenangan ini kekal bersama doa agar kau bahagia dunia dan akhirat sana...


Nur Aidila Mohd Lokman a.k.a teman sepejabat

dalam banyak2 teman sepejabat, kira dia ni buddy akula. dulu before ada Suria and Kelisa, sama2 berpanas berhujan menapak kaki ke pejabat. tapi sekarang dek masing2 sibuk dengan kerja yang tak pernah berkurang, masa bersama semakin terbatas..huk3...

jadi, tadi saja ajak dia keluar pegi Sunshine. ajak Yuhanis dengan Kak Sayang juga bagi cukup geng. kami bertiga pun plan la kononnya bila dah sampai kat restoran, anis dgn kak sayang akan datang dengan kek. tapi plan tukar sikit bila aku pun join depa dengan keluar tinggal dila sorang2 kat KFC.

tup tap tup tap....

"Hepi besday to u..hepi besday to Aidila..hepi besday to u..."

apa nak kata??!!

kelu la kan...(kelukah)..hehehe..apapun..hope u r happy and May Allah bless u alwayss..aminnn...


birthday's girl



Yuhanis & Kak Sayang-tulang belakang 'suprise party'

0 JempuTlah BerbisiK: