Hari ini selesai sudah siri kedua program PIMPIN Siswa 2010/2011. masih ada dua lagi siri sebelum tamat PIMPIN Siswa 2010/2011 yg kini menjadi program wajib untuk syarat pengijazahan bagi semua pelajar ijazah pertama bermula tahun lepas selepas menerima taraf Universiti APEX.
aku mula terlibat sebagai fasilitator atau pengkuliah moral sejak program ini bermula tahun lepas iaitu julung kali diadakan yg penuhnya dipanggil Program Intensif Meningkatkan Pengupayaan Insan Siswa.
Asasnya nawaitu penyertaan aku lebih kepada untuk membantu memandangkan penganjur memerlukan ramai tenaga gerak kerja di samping aku juga ingin menimba lebih banyak pengalaman bersama-sama pelajar. Lazimnya selain sebagai fasilitator aku juga ditugaskan sebagai pengkuliah moral yg pasti dikenali dengan ceramah kelestarian.
tahun lepas, hampir tiga program sahaja aku sempat sertai di Kem PJ Sentosa, Kuala Nerang. pastinya bertemu ramai kenalan dan rakan pasukan yg memang satu kepala cukup meninggalkan memori di samping mencipta ikatan silaturahim yg cukup mesra sekali. Dan aku mula naik pangkat sebagai Tim. Kem Komandan bagi PIMPIN Siswa 2009/2010 khusus untuk pelajar antarabangsa.
Sungguh aku masih hijau dan mentah, dan dek kerna dah tak ada orang maka aku redha saja memegang jawatan itu walau pasti aku tidak sangat menjalankan dengan baik.huhuhuuu...apapun..Kem yg sungguh istimewa ini pasti saja meninggalkan kenangan dan mencipta pengalaman yg tersendiri tatkala melatih para pelajar yg datang dari negara luar.
Tahun 2010 menyaksikan aku diberikan amanah sebagai Ketua Urusetia (KU) bagi PIMPIN Siswa siri 2 Kem Cinta Alam Kelimat yg merupakan pangkat tertinggi dalam pasukan gerak kerja program ini. Sedari aku dipilih kerna sudah tidak ada pilihan, dalam penuh paksa rela aku terima seperti bak kata Dr Nazaruddin (Kem Komandan) , yg sanggup mengabdikan diri sebagai KU. dan kem ini juga menyaksikan aku pertama kali mengendalikan aktiviti survivor cooking yg bagi aku cukup mencabar. Jenuh juga aku membaca modul pagi-pagi lagi. dan kenangan paling indah adalah apabila pertama kali aku diberi peluang untuk merasmikan majlis penutupan kem. Aduhhh...dalam usia begini. ilmu yg masih tak seberapa dan pengalaman yg sungguh cetek. siapalah aku untuk melakukan tugas yg selalu mereka2 yg lebih senior, pangkat tinggi, orang kenamaan dan penting lakukan. Dahla ada Dr Naza yg pastinya lebih layak daripada aku...tapi sudah mereka meminta aku...rendah hati saja untuk aku menunaikannya...
Pastinya, kem kali ini cukup bermakna buat aku kerna banyak perkara yg aku lakukan buat pertama kali. sungguh pengalaman dan kenangan ini sangat bermakna. Terima kasih buat semua kerna mempercayai diri yg hina ini. Terima kasih atas peluang dan kesempatan yg diberikan buat diri yg tak punya apa2. Ampun Maaf buat semua andai tugas dan amanah yg diberikan tidak aku laksanakan seperti yg diimpi. Sungguh masih jauh perjalanan ini selagi ada izinNYA. banyak lagi yg perlu aku tempuhi, pelajari dan perbaiki demi kebaikan bersama.
Terima kasih Ya Allah atas semua ini. Aku yakin bahwa Kau tidak akan membebankan hambaMU ini dengan sesuatu yg tidak mampu hambaMU tanggung. Aku yakin bahwa KAU Maha Mengetahui apa-apa yg terbaik buatku...teruslah rahmati dan berkati aku YA Allah...
No comments:
Post a Comment