Saturday, October 23, 2010

Dua Hati antara Dua Negara

aku mulai entry kali ini dengan lafaz ucapan tahniah dan salam berbahagia hingga ke syurga buat seorang kakak yg penyayang dan abang yg pengasih...

terimalah sedikit bingkisan warkah kasih buat kenang-kenangan penyaksian seorang adik akan telah bersatunya dua hati antara dua negara.

Kakak Noor Shahida,

hampir setahun dua bulan kita bersama meniti kehidupan di teratak 97-7-6. cukup singkat pada angka, namun aku kira cukup padat pada setiap kenangan yg tercipta. teratak 97-7-6 adalah persinggahan buat kakak menyediakan diri dengan ilmu2 rumahtangga sebelum pergi meninggalkan kami untuk bersama insan yang dicinta.

walau kita baru kenal, tapi mesranya bagai sudah lama. aku masih ingat bagaimana senang dan selesanya aku bercerita dan berbual tentang diri, keluarga dan pastinya tentang hati. pengalamanmu telah memandu aku. kenanganmu mengingatkan aku. kisah cintamu menyedarkan aku. bahwa tiada yang mustahil dalam dunia ini. akar kesabaran memang pahit. tapi buah kesabaran cukup manis. masakan aku lupa senyum bahagiamu saat lafaz ijab kabul dilafazkan oleh insan yang sekian lama dinanti akhirnya kini bergelar suami.

Tahniah Kakak...moga mahligai kalian penuh berkat dan rahmatNYA hingga ke syurga.

aku masih ingat rasanya dihargai apabila akulah insan pertama di teratak 97-7-6 yang diperkenalkan secara rasmi dengan kekasih hati. Saat kau seikhlas hati menemani aku yang pertama kali memandu pulang ke kampung halaman demi merai pertunangan abang sulung nan seorang. saat itulah ukhwah antara kita lebih erat terbina.



aku juga masih ingat bagaimana aku diperkenalkan dengan ibu ayah mertuamu sehingga aku saat ini aku masih terasa hangatnya kasih sayang mereka yang bagai telah menganggap aku sebahagian daripada keluarga . dan akan terus segar kasih dan ingatan akan gembiranya keluargaku menerima kalian semua semasa mengunjungi teratak bonda. bagai mimpi, kami tumpang gembira punya keluarga dari negara kelahiran Mahatma Gandhi. percayalah segalanya berlaku atas nama cinta kepada Allah dan sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.




saat majlis walimah abang sulungku, kau juga hadir membantu dan merai walau terpaksa meredah keseorangan buat pertama kali ke jelapang padi. kau sabar dan pandai membawa diri saat aku sibuk dan tak mampu memberi layanan yg terbaik sekali. terima kasih kakak..hanya Allah mampu membalas segalanya.

sepanjang mengenalimu..ku yakini Mahibub telah membuat pilihan yg tepat dalam memilihmu sebagai suri hati. kau juga sangat bertuah dianugerahkan seorang suami yang cukup mencintai. aku melihat juga merasai. dan berdoa. semoga ikatan kalian kekal abadi.


terima kasih kakak...atas segala kasih sayang kakak...pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit...nasihat dan bimbingan...tunjuk ajar dan panduan...terima kasih atas segalanya...ampun maaf andai sepanjang perkenalan ada hati yang terluka, ada bisa di sebalik kata, dan ada wang ringgit yang tak sedar telah diguna...semoga ukhwah yang terjalin terus kekal hingga ke syurga...

* * *


Noor Shahida & Mahibub

Ya Allah
telah KAU ciptakan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan
telah KAU janjikan bahwa lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik
dan sesungguhnya semua ini adalah sangat mudah bagiMU

Ya Allah
Pemilik langit dan bumi
hambamu ini memohon dengan penuh rendah hati
bahagiakanlah dua hati ini
rahmatilah dua jiwa ini
berkatilah mahligai cinta suci
yang dibina atas namaMU Ya Rabbani
Maha Memberi lagi Maha Mengasihani

demi kasih cintaMU
Ya Allah
kabulkanlah...kabulkanlah...kabulkanlah...



2 comments:

noorakmar said...

saya sangat suka...rindu sangat pada akak..kami rindukan akak n kak yan....doakan kami semua juga...

Noor Shahida bt Ajmi said...

salam fuzah...terima kasih atas entri awk nih..serius sgt2 terharu..lama tul akak x bc blog awk..akak rindu semua kat teratak 97-7-6..

mak n ayah mehboob byk kali sampaikan salam kat awk..tp akak slalu terlupa nk smpikan kat awk..sowy..nway thanks a lot for being such a good sis and sanggup melayan kerenah suami akak dulu..:).

take a good care of yourself and sampaikan salam kat family and semua diteratak 97-7-6..