Saturday, January 8, 2011

Kemaafan

Sepanjang setahun 4 bulan di alam kerjaya secara rasmi, peristiwa baru-baru in cukup bermakna bagi aku. dengan usia setahun jagung dalam arena ini tanpa berbekalkan apa-apa pengalaman bekerja berbanding mereka yg lebih senior. pasti saja pandangan aku salah dan tidak tepat. kerna penilaian dan pandangan aku cuma berdasarkan apa yg aku dengar dan apa yg aku nampak. dan pasti segalanya sangat terbatas. kerna aku cuma manusia. yg tiada apa-apa daya dan upaya. melainkan Allah yang Maha Kuasa.

Maaf

akibat kesilapan teknologi, aku ditegur kerna menghantar maklumat yg salah sedangkan perkara itu tidak berlaku. berkali-kali aku semak emel yg telah dihantar dan memang maklumat itu adalah yg sebenarnya perlu dihantar. namun perasaan terkilan, geram, kecewa dan sedih terus hilang apabila sepatah ucapan permohonan maaf dihulurkan kepada aku akibat salah faham yg tidak disengajakan. dan hebatnya huluran maaf ini diberikan oleh seorang yg berpangkat kedua tertinggi dalam sebuah organisasi. baru-baru ini juga, sekali lagi aku menyaksikan huluran mohon maaf daripada seorang ketua kepada anak buahnya di hadapan puluhan anak buah yg lain.

aku sangat tidak suka kritikan. aku tidak boleh ditegur secara terang dan terbuka. jujurnya. aku bukan seorang yg mudah mengaku salah. itu antara kelemahan terbesar aku. malah dalam keluarga, aku hanya boleh menerima teguran Abah sebab Abah bijak dan pandai menegur aku. dan sebab kelemahan itulah, cukup sukar utk aku memohon maaf.

bukan mudah utk memohon maaf. apatah lagi jika itu mmg bukan kesalahan kita. bagi aku, mengakui kesalahan sendiri atau memohon maaf adalah ibarat merendahkan harga diri sendiri.

tapi aku silap. aku salah. memohon maaf itu sangat mulia. dan memaafkan itu lebih mulia. sebagai insan yg baru membina kerjaya. dua peristiwa ini sangat mengajar aku. siapa pun kita. setinggi mana pun pangkat/darjat kita. kehebatan seseorang tidak akan hilang jika mengakui kesalahan atau kesilapan sendiri. malah, seseorang itu akan lebih dihormati kerna sanggup mengakui kesalahan sendiri.

Malah aku ada seorang teman berpangkat kakak yg turut banyak mengajar aku. setiap kali sebelum berpisah, dia pasti akan meminta maaf. Mohon maaf andai mungkin ada gurauan yg melukakan hati, kata-kata yg mengguris jiwa atau perbuatan yg tidak disukai. katanya "kita tidak tahu kalau-kalau mungkin kita akan mati selepas ini tapi tak sempat mohon maaf". Tambah, bualan aku bersama seorang junior yg rancak bercerita tentang filem Mualaf satu waktu lalu turut mengingatkan aku.

"Apa kata-kata yg best dalam filem tu?"soal aku.

"hah! ada satu..katanya sebelum tidur kita perlu maafkan semua orang..dan sekarang saya pun belajar buat macam tu kak...belajar maafkan semua org"balasnya semangat.



Dengan itu, jauh di sudut hati aku mohon ampun dan maaf kepada semua. andai ada silap dan salah sepanjang perkenalan. sengaja@tidak. sedar@tidak. terang@sembunyi. Ampun maaf tulus ikhlas daripada Mahfuzah Othman.

No comments: