Tuesday, May 17, 2011

Hari-hari pertama di Nibong Tebal

awalan Mei 2011 aku meniti hari-hari dgn agak penuh kelelahan.

lelah mencari rumah utk disewa.
lelah mencari pengganti utk menyewa di 97-7-6.
lelah berulang alik memindah barang2 pejabat dan peribadi.
lelah menyesuaikan diri dengan suasana dan tanggungjawab baru.
lelah dengan kewangan yg agak menghimpit.
dan seribu satu kelelahan yg sangat menuntut sejuta satu ketabahan.

Namun aku sangat bersyukur atas segala kemudahan yg diberikan. terima kasih padaMu ya Rabbani menghadirkan insan2 yg cukup sedia membantu. terasa betapa kelelahan itu perlahan2 pergi diiringi kasih sayang insan2 yg cukup bererti.

Alhamdulillah.

3 Mei 2011. aku selamat melaporkan diri utk bertugas sebagai Pegawai Tadbir@Penolong Pendaftar di Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Kampus Kejuruteraan. sedikit taklimat oleh En Rashid merangkap ketua yg aku kenal semasa masih bergelar pelajar lagi. takdir Allah. siapa kan terduga. pasti ada hikmah di sebaliknya.

berseorangan di dalam bilik pejabat tanpa komputer kerna baru ditempah memandangkan aku staf baru buat aku agak termangu2. sekejap keluar. sekejap masuk. baca buku. belek buku. tulis sana. tulis sini. sunyi... rindu pada Kampus Induk pun mula menyapa. redhalah hati...

5 Mei 2011 aku pulang ke Induk utk mesyuarat Tasik Harapan. masa yg sama aku pulang utk mengambil dan mengemas semua barang2 utk berpindah. sempat makan tengahari bersama Kak Dah, Kak Zie, Kak Ina dan Dila.

petang itu juga aku melihat rumah@bilik utk disewa. terima kasih pada Mus & Kak Mala. setuju dan puas hati dengan harga, lokasi dan suasana rumah@bilik. InsyaAllah akan berpindah masuk pada hari sabtu ini. sebelum ini dah tinjau sebuah rumah tapi sedikit ralat dengan lokasi. hikmahnya. salah seorang teman serumah skrg rupanya satu kolej matrikulasi dan sama blok asrama jg. patutla masing2 macam pernah saling kenal. takdir Allah. siapa kan terduga.

Hampir seminggu aku menumpang di rumah Kak Ida yg aku kenal semasa menjadi fasi Kem Pimpin Siswa sementara masih mencari rumah@bilik sewa. terima kasih tak terhingga. sungguh2 Allah sangat memudahkan segala urusan diri ini. Alhamdulillah.

7 Mei 2011 aku mula berpindah ke rumah sewa baru. terima kasih Dila sebab jadi pemandu membeli belah@tukang pasang kipas angin. banyak betul perkara baru yg dipelajari hari ini yg sebelum ini tak pernah kisah. Terima kasih juga pada Zu sebab jadi tukang pasang langsir.heheeee..





9-12 Mei 2011 aku sepatutnya menjadi pegawai pengiring utk kem PPSL tapi dikecualikan memandangkan aku perlu menghadiri kursus induksi. salah satu syarat utk pengesahan jawatan. serius sangat terkejut sebab selalunya lambat juga nak dpanggil utk kursus ini. takdir Allah. siapa kan terduga. Maka bermula 9-16 Mei 2011 aku pun mula berkursus yg juga akan ada peperiksaan. aduh...ingat bila dah kerja tak perlulah nak ada exam2 lagi...huhuhuuuu...


kump. Induksi dgn Dr Anees sbg penceramah.

"Just deliver the best in whatever you do..."Prof Mohamed

2 comments:

Anonymous said...

ada lagi tak rumah sewa area situ???

FuzAma said...

Fieza check ur emel k...tq