Friday, April 29, 2011

Diary 53

Di sinilah pertama kali aku menjejakkan kaki sebagai mahasiswi pada Julai 2005 dan bergraduan pada tahun Mac 2009. dan di sinilah aku diberi peluang mengenal alam pekerjaan bermula pada May 2008 sehingga sekarang. Bermula sebagai seorang Penolong Pegawai Penyelidik, Pegawai Khidmat Singkat (PKS) dan terakhir sebagai Pegawai Penyelidik Sosial. sehinggalah sekarang ditawarkan sebagai Pegawai Tadbir di jabatan yg sama namun menuntut aku untuk berpindah.

Mengingatkan jawapan aku semasa temuduga jawatan dulu "Saya yang Menurut Perintah"..sesungguhnya aku redha dengan arahan ini. yakin bahwa ada sesuatu sedang menanti aku. percaya bahwa ini yg terbaik utkku. kerna sebaik manapun pentadbiran manusia, tanpa izin takdirNYA, tiada ada sesuatu pun akan berlaku.

Bertugas di jabatan yg sama sepatutnya tidak akan menjadi ralat buat aku memandangkan kebanyakkan sudah aku kenali. malah bertugas di jabatan yg sama bermakna kami 'tetap bersama'. namun apabila melihat wajah2 mereka yg banyak mencipta kenangan bersama, hati mana tidak terasa sayu..














Buat semua yg mengenali,

tidak terlintas di hati ini utk meninggalkan titik kesedihan dalam hati2 kalian akan diri ini. sesungguhnya aku adalah insan penuh hina serba kekurangan yg hidup matiku adalah dalam ketentuan Ar Rahman. perpisahan ini bukan kemahuan sesiapa namun percaturan Maha Agung pasti adalah yg terbaik buat semua. dan selagi masih terdaya dan diperlukan, izinkanlah aku utk terus mengukir senyum dan tawa di hati kalian. kerna sesungguhnya aku sangat mencintai dan mengasihi kalian.

Hapuskan air mata itu. kerna air mata kesedihan itu tidak berhak buat diriku. Padamkan kepiluan di hatimu itu. kerna sendu hatimu tidak dicipta utkku.tenanglah hatimu. bahagialah jiwamu. kerna aku dan kalian akan sentiasa yakin dan percaya akan janji-janjiNYA ini

Salah Satu drpd 7 Golongan yg dinaungi Allah pada hari kiamat adalah Dua orang yg saling mencintai kerna Allah..Mereka bertemu kerana Allah...Mereka berpisah kerana Allah...
~ Hadis Sahih Bukhari
~


Kabulkan ya Allah..redhailah akan perpisahan yg sementara ini, kerna kami ingin sekali bertemu lagi..pada pertemuan abadi...di tempat yg penuh cinta kasihmu ya Rabbani..amin

1 JempuTlah BerbisiK:

kema said...

ummmi....
sedihnya...hari ni plak hujan..lgla syahdu...nape ummi dah nk pegi tinggalkan kami...