Saturday, July 16, 2011

Diary 55

9 & 10 julai adalah hari minggu yg penuh dengan aktiviti. tengahari sabtu aku pulang sebaik saja menemani Lang Tie berubat di Baling. petang pergi butik pengantin mengurusakan hal2 yg perlu. merasa naik PKC 699 yg sekian lama dinanti. tahniah Abg Kit & Kak Fina.

mama bukan main sms tapi main game dlm perjalanan ke butik...heheeee...

pagi Ahad ada ceramah di SK Sri Gunong. ceramah pertama tahun 2011 setelah 3 ceramah terpaksa ditolak. terima kasih Cikgu Zainura atas jemputan. sungguh aku budak baru belajar...heee...seharian petang aku habis dgn membeli belah di bandar Alor Setar. berseorangan ok!...malam pula kami semua meraikan hari ulangtahun kelahiran Najib di Restoran Dusun Permai...berbaloi2...

bakal pengantin & birthday boy

seperti biasa subuh Isnin aku bertolak ke Nibong Tebal. pukul 9 mesyuarat di Kampus Induk. pukul 2 ptg bertolak ke UiTM Shah Alam utk Konferensi Kebangsaan Pembangunan dan Perkhidmatan pelajar 2011. Sempat teman Kak Akmar beli kasut di Plaza Shah Alam. kali kedua aku berada di sini sejak 3 tahun lalu bersama mama sebelum bertolak ke Eropah. lepas tu pergi jalan2 tengok ikan di Aquarium...



best juga dapat jumpa Kishi (the cutest junior di Kampus Kejuruteraan) setelah sekian lama terpisah...huhuuu..apakan daya, bila aku bertugas di Kampus Kejuruteraan, dia pula di tempat lain...takpala dik..janji bahagia...heeee


kishi kat tengah..senyum comel la kononya...heee

sekian saja minggu2 aku yg semakin penuh dan padat...teringat kata2 ucapan semasa di Konferensi

"anda semua telah memilih utk berada di bidang pentadbiran universiti ini maka terimalah segalanya dan lakukanlah yg terbaik...tiada siapa yg memaksa anda utk memilih bidang ini apatah lagi meletakkan pistol di kepala anda supaya anda memilih bidang ini"

~pejam mata~

Mahfuzah... tiada sesiapa pun yg meletakkan pistol di kepala kau utk kau pilih apa yg kau dapat sekarang.

Mahfuzah...kau memilih kerna kau yg ingin memilih.

teruskanlah...

No comments: