Friday, July 22, 2011

Ikhlas itu...

"tahniah Anis!...fuzah sangat gembira untukkmu"kataku sambil menepuk bahunya atas kejayaan dinaikkan pangkat. teringin saja aku memeluknya tapi menghormati majlis aku terpaksa lupakan sebentar.

baru minggu lepas kami berbual antara dua hati. tentang kerja. tentang masa depan. tentang kehidupan. segala keluh resahnya seakan2 jua keluh resahku. yg terdaya untuk aku hanyalah menutur bicara sabar...sabar...dan sabar. yakin bahwa Allah sedang mengatur sesuatu. bersabarlah wahai sahabatku.


"...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"

(surah At-Talaq : 2-3)


benarlah...pertolongan Allah itu sangat dekat. saat kita benar2 buntu dan rasa bagai tiada harapan. pertolongan Allah hadir dengan penuh kasih sayang tanpa kita sangka dan duga. sungguh Engkau Maha Besar Ya Allah...


rindu sungguh aku pada segala coretan di bisik-bisik int@n ini. yg sesungguhnya segala coretan di sini adalah kata2 semangat buat diri sendiri sebenarnya. yg sesungguhnya segala cerita tentang kehidupan di sini adalah buat ingatan diri sendiri bahwa kehidupan ini terlalu singkat utk disia-siakan dan bersedih. walau tetap akan hadir saat duka itu...teruskanlah langkah. kerna Allah sentiasa ada bersama.

betapa pantas masa berlalu, Ramadhan makin menjelang tiba. tak sangka rupanya Ramadhan yg lalu merupakan Ramadhan aku yg terakhir bersama2 teman2 97-7-6. pasti saja aku rindu saat ramai2 bangun pagi memasak sahur dan bertukar giliran membaca doa sewaktu berbuka puasa.
semoga kenangan itu sentiasa mekar bersama jalinan ukhwah yg akan berkekalan. amin ya Allah.

banyak perkara yg berlaku sepanjang hampir 2 bulan aku berkhidmat di kampus ini. yg perlahan2 aku hadam dan telan hikmah yg tersembunyi penuh redha. Sungguh Engkau Maha Besar Ya Allah. yakin bahwa segala yg berlaku tidak pernah sia-sia. pasti ada hikmahnya.

"...sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada"

(surah Al-Hajj : 46)

ayat di atas sangat terkesan dalam hati aku sehingga kini walau mungkin sudah hampir sebulan program ESQ aku ikuti. yg aku kira sedikit sebanyak menjadi panduan dan peringatan untuk aku agar lihatlah setiap sesuatu kejadian atau perkara itu dengan mata hati bukan dengan mata kepala yg selalu menipu. maka fikirlah dan renungilah apa-apa yg telah berlaku ke atas diri ini dengan mata hatimu wahai diri. kerna setiap sesuatu pasti ada tanda-tanda kebesaran Allah buat mereka yang mahu berfikir.


persoalan tentang bagaimana aku boleh aku berada dalam posisi kerjaya sekarang adalah satu persoalan yg aku hanya mampu katakan

"Allah telah mentakdirkan yg terbaik buat hambanya"

cukup saja aku sedari memang ramai yg lebih hebat, baik dan layak drpd aku utk mendapat apa2 yg aku ada kini. malah dengan segala cerita sana sini ada saja membuatkan aku perlu siap siaga utk segalanya. mampu atau tidak. layak atau tidak. Allah Maha Tahu. sedang aku sendiri kadangkala tidak tahu sejauh mana kemampuan dan keupayaan sendiri.

yg aku tahu adalah melakukan segalanya dengan yg terbaik terdaya yg mungkin. melakukan segalanya dgn terbaik kerna Allah.dengan ikhlas. aku hidup kerna Allah. aku mati kerna Allah. aku kerja kerna Allah. aku belajar kerna Allah. aku benci kerna Allah. aku sayang kerna Allah. aku sedih kerna Allah. aku suka kerna Allah...segala-galanya kerna Allah...segalanya...

wahai hati & jiwa...pimpinlah diri ini agar segalanya kerna Allah. dengan ikhlas..aminnnn...

"Ikhlas itu apabila dipuji hati tidak berbunga, dikeji, hati tidak pula derita"




No comments: