semasa sekolah rendah. aku kira aku akan dijaga dan dilindungi kerna punya abang yg juga satu sekolah. tapi aku salah. setiap kali habis sesi. aku akan ditinggalkan seorang diri di bawah pokok tepi pagar berhampiran kantin sekolah. sedang dia berjalan2 bersuka ria ke kedai bersama2 kawan2nya. kami berdua seolah2 tidak pernah saling kenal sehinggalah semasa dia dimasukkan wad, aku dipanggil oleh guru kelasnya yg bertanyakan keadaan dirinya. barulah kawan2nya tahu yg aku adalah adiknya.
sehingga aku meniti dewasa. dialah lelaki yg selalu menyakitkan hati aku. membuat aku menangis. membuat aku kecewa. dan segala2nya yg buruk terhadap aku adalah drpd dia. sehingga pernah aku terfikir. kenapalah aku punya abang seperti dia yg tidak pernah ada rasa sayang pada aku?
sehinggalah semasa aku di tingkatan 1, dia telah mendapat tawaran ke Politeknik Johor Bahru dan itulah detik permulaan untuk kami 'berpisah' sebelum dia kini menjadi anak rantau yg tegar dalam keluarga ini. dan sebelum dia pergi itulah, aku merasakan titisan suam mengalir laju di mata aku selepas kami bersalaman. betapa aku sedari. aku sebenarnya sangat menyayanginya...
dalam menjalani hari2, kadang kala perasaan tidak puas hati dan cemburu adalah perkara biasa. aku pernah tidak puas hati dan cemburu dgnnya kerna sewaktu kami semua 'berperang' dgn musibah dan dugaan...dia sering tiada bersama kami. sehinggalah satu hari semasa dia berada bersama. pada suatu hari yg penuh getir. dia menjerit dan meninggikan suara lalu berlari menangis di bilik air. melihat saat dia dan abah saling berpelukan menangis akibat musibah itu. perlahan aku sedari bahwa hatinya juga sebenarnya cukup terluka dgn musibah ini dan dia sebenarnya tidak pernah meninggalkan kami. hadirnya bukan pada pandangan mata. tapi sentiasa di dalam hati.
semakin aku dewasa. aku mulai belajar. lelaki ini seorang yg kurang pandai menunjukkan kasih sayangnya. dia perlu didorong dan disokong. Malunya sangat tinggi. Walau wajahnya nampak tenang dan seperti tidak peduli. tapi dia seorang pemerhati yg cukup teliti. lelaki ini seorang manja dan halus jiwanya. selagi boleh dia akan menyimpan dan memendam semua perasaannya agar tidak ada siapa mampu terkesan dgnnya. dan lelaki inilah yg mengajar aku bahwa kasih sayang juga dbuktikan dengan perbuatan bukan hanya perkataan. kerna itulah...fitrah insan bernama lelaki.
.
dengan lelaki ini. aku rasa disayangi apabila setiap kali aku membeli tshirt untuknya, dia akan terus pakai dan berulang2 kali pakai. dengan lelaki ini. aku rasa disayangi apabila setiap kali kami bertemu dia pasti akan menumbuk, menampar dan menarik rambut aku. dengan lelaki ini aku rasa disayangi apabila kami akan berborak2 bercerita tentang segala-galanya pada waktu malam sambil aku menahan mata dr tertutup dek melayan segala bual ceritanya. dan dengan lelaki ini aku sangat rasa disayangi apabila aku sedari hanya aku satu-satunya adik perempuannya yg akan berwalikan dan bermahramkan dirinya.
Tanggal 23 September 2011 lalu. dengan pelbagai ujian, dugaan dan cabaran yg dihadapi. lelaki ini selamat bergelar suami pada seorang yg cukup dinanti-nanti. terjawab sudah segala persoalan siapakah suri yg berjaya memikat hati. dan mungkin ada hikmahnya aku tidak diizinkan bersama ketika lafaz ijab dan kabul. mungkin bimbang hujan air mata akan melanda. dan dalam aku cuba membuang segala rasa sebak di dada. terkelu juga sebentar lidah semasa ucapan selamat diucapkan untuk rakaman video.
dalam pilu hati ini melepaskan lelaki ini pergi ke dunia baru. dalam rasa cemburu kerna rasa sayang untuk aku mungkin semakin berkurang. dan dalam rasa sayu mengenangkan tanggungjawabnya kini semakin bertambah dan keutamaannya juga berubah. aku redha.
aku redha demi melihat senyuman bahagianya. aku redha demi melihat tawa gembiranya. aku redha 'melepaskan' dia pergi atas nama cinta yg terlalu tega. kerna aku tahu aku tidak mampu membahagiakannya seperti mana seorang bidadari mampu membahagiakannya. kerna aku hanya seorang adik.
seorang adik yg sentiasa mendoakan bahagianya.
seorang adik yg sentiasa mendoakan kejayaannya.
seorang adik yg kasih cintanya tidak akan putus hingga ke syurga.
Selamat Berbahagia Hingga Ke Syurga, kekandaku...
1 comment:
Nice post thankss for sharing
Post a Comment