Friday, June 29, 2012

Diary 62

beberapa bulan yg lalu, aku dan Kak Fina pergi gunting rambut di sebuah pusat kecantikan di Jitra. Ini adalah kali pertama aku pergi gunting rambut di kedai. aku setuju pergi pun sebab kedai gunting rambut ni khas utk muslimah.

Itupun beberapa minggu sebelum pergi, jenuh juga mencari kedai gunting rambut muslimah dgn abah dan mama. bukan senang nak ada salon rambut muslimah. tp alhamdulillah aku dah jumpa 3 gunting rambut di Alor Setar & Jitra.

sepanjang 20 an hidup ni, cuma famili aku saja yg gunting...daripada mama, abah, abang dan adik..semua pernah jadi tukang gunting rambut aku...lagipun aku jenis tak kisah sangat tentang rambut..asalkan pendek dah ok...rebonding ka, potong lapis-lapis ka aku tak kisah. tu pun aku juga kadang2 jadi tukang gunting rambut pada member2 masa duduk dirumah sewa U-Height...bolehlah setakat amatur punya gunting rambut..hehehee

semasa kami sedang diguntingkan rambut. ada seorang pelanggan sedang mendapatkan rawatan spa. pemilik pusat kecantikan tu bercetia la pada kami betapa pelanggan tersebut sangat putih dan gebu. memang puji habis la. dan aku terus bertanya...kacukan kot..kahwin dengan orang putih ka...tapi tidak...aku bayangkan lagi mesti macam Zizie ezetty yg putih gebu campur melepak tu...lepas tu pemilik tu kata yg putihnya sampai kening pun tak ada...aku tambah pelik...tapi dalam hati rasa macam pelik saja...

tup tup pelanggan tu keluar selepas habis rawatan...hmmmm....patutla...ni albino...aku dan kak Fina saling berpandangan dan tersenyum.

0 JempuTlah BerbisiK: