Wednesday, June 27, 2012

'Hiking' di Hujung Minggu

23 Jun 2012..walaupun last minute tapi akhirnya aku dan kawan2 ni dapat juga menunaikan impian untuk 'hiking' di Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang. rasa bersalah juga pada Mama & Abah tak dapat balik kampung sebab nak p 'hiking' ni..bukan apa, dah lama sangat tak lepak sama2 dengan kawan2 ni..jadi..alhamdulillah perancang kami semua selamat..daripada beberapa orang sampailah tinggal 5 org saja..3 lelaki 2 perempuan..kami selamat pergi dan kembali..

rancangnya aku nak masak bihun goreng...tup2 terlajak tidur terus jadi pukul 8 pagi baru bertolak dari USM...singgah Taman Tun Sardon beli makanan..pukul 9 lebih kami mula berjalan. sebelum tu kami lapor diri dulu di pondok.

dalam hati aku risau juga takut semput atau tak larat sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni...bimbang aku akan menyusahkan kawan2...tapi Alhamdulillah..mereka semua sabar dan tak pernah tinggalkan kami (perempuan)...walau aku tahu dalam hati pakat tension sebab kami (perempuan) jalan lambat.

makin lama..aku makin selesa dan 'enjoy' sepanjang perjalanan...rasa tenang, aman dan bersyukur dapat lagi menikmati keindahan alam ciptaan Maha Kuasa. teringat masa 'student' dulu dah lama tinggalkan aktiviti2 begini...

hampir tiba ke Pantai Keranchut, kami melalui sebuah tasik. Tasik Meromiktik namanya. aku masih ingat tasik inilah yg selalu disebut oleh pensyarah aku dulu. tapi aku asyik buat tak peduli saja. sekarang baru tau betapa indahnya tasik ini. Tasik ini hanya ada satu saja di Malaysia dan salah satu daripada 19 tempat lagi di seluruh dunia. tasik ini merupakan gabungan dua jenis air. Air tawar dan air masin. sebab air masin (air laut) lebih tumpat, jadi kedua2 air ini tidak akan bergabung. air masin akan berada di bawah. Allahukbar...hebat ciptaan Allah. bagaimana air boleh tidak bercampur antara satu sama lain.

berehat sebentar sambil makan2...aku sempat tidur juga...bertilamkan pasir, berbantalkan beg, berbumbungkan langit, dan angin laut buat minda aku terasa sangat tenang dan kosong....pukul 1 tengahari, kami bertolak balik dengan bot...angin kuat betul dan hujan turun rintik2...singgah pula makan laksa Penang dan pukul 3 lebih sampai di rumah

Alhamdulillah...hari sabtu ini terisi penuh bermakna.

berjalan masuk...dulu cuma jalan tanah saja...
di jambatan merentasi tasik meromiktik
Tasik meromiktik
angin kuat sungguh masa naik bot
makan laksa penang

terima kasih kawan-kawan.

0 JempuTlah BerbisiK: