Saturday, April 6, 2013

Kursus Kaunseling 2013

Kursus ini adalah yang pertama untuk permulaan tahun 2013. di USM (mungkin juga utk pentadbiran awam lain), setiap kakitangan perlu mengumpul mata CPD (Continuous Professional Development) mengikut gred masing2. Jadi, kalau aku min mata CPD adalah 30 utk setahun. kalau lebih boleh carry forward ke tahun hadapan.

jadi, sebelum terlambat sb dah bulan 4 kan...aku pun menyemak kursus yang disediakan oleh pihak Unit Latihan USM atau PiPPA di http://pippa.usm.my. banyak sebenarnya kursus yang berguna dan semuanya adalah percuma. Alhamdulillah.

bagi aku, InsyaAllah aku akan cuba untuk sertai kursus yang berguna buat diri secara peribadi dan kerjaya umumnya. dan kursus kaunseling ini berjaya memikat hati aku. Alhamdulillah walaupun aku mohon saat akhir tapi rezeki aku diterima menjadi pesertanya.

sebagai orang baru dalam arena kerjaya dan pentadbiram, kursus2 yg disediakan sangat penting. tambah lagi aku akan dapat jumpa dan kenal staf2 yg lain. maklumlah, kerja ja di USM tapi tak semua org kita kenal. kali ni aku sempat kenal dgn kak Halida. Pegawai Sains di INFORMM. Surprisingly, dia adalah bekas pelajar Bio dalam bidang akuatik aka super super junior aku. Allahuakbar...aku mmg akan teruja lebih kalau jumpa geng Bio...semangat budak Bio la katakan...hehehe...ala perasaan macam jumpa orang sekampung gayanya...

4 April 2013, Dewan PTPTM..kursus kaunseling disampai oleh Dr Rahimi binti Che Aman, pensyarah PP Ilmu Pendidikan. kursus ini megambil masa sehari saja dan sangat menyeronokkan. Dr Rahimi bukan saja menjelaskan asas kaunseling tetapi banyak cerita dan nasihat yang dikongsi bersama.

Kaunseling adalah proses memberi pertolongan guna prinsip psikologi dan hanya boleh dilakukan oleh Kaunselor bertauliah sahaja.

Dan proses kaunseling adalah proses 'penyuluhan' atau 'penerokaan' tentang isu/masalah yg dihadapi klien. jadi klien yg akan menentukan dan membuat keputusan sendiri. bukan kaunselor.

kalau orang yg bagi bantuan buat keputusan itu dinamakan bimbingan. dan kalau nasihat pula bermaksud sesuatu yang diberikan tanpa memikirkan perasaan orang yg menerima nasihat dan utk sesuatu kebaikan.

permulaan kursus dimulakan dgn bertanyakan tujuan menghadiri kursus. utk aku, aku menghadiri kursus ini utk menyiapkan diri terutama apabila bilangan staf aku semakin bertambah. aku sangat perlukan ilmu ini utk aku bersedia dan tahu menangani sumber manusia.

dan aku dibetulkan bahawa ilmu kaunseling ini bukan utk orang lain tapi lebih kepada diri sendiri. Kita perlu kenal diri sendiri dahulu sebelum mengenal orang lain. Kita perlu ubah diri sendiri dahulu sebelum ubah orang lain.

kesimpulannya, ilmu ini buat kita lebih belajar memahami dan menerima insan sekeliling dgn seadanya. Ilmu ini mengajar kita utk mengawal atau mengurus emosi dgn lebih baik. sentiasa berada dalam keadaan rasional walaupun pasti kita tidak sempurna.

antara kata-kata yg aku ingat

Jangan takut lakukan kesilapan dan jangan takut dikritik/teguran/kutukan. Sedangkan ciptaan Allah sendiri manusia tidak pernah puas hati. sudah hitam mahu putih. diberi hujan mahu panas. jadi bersyukur dan bersederhanalah. hidup ini tidak lama. buat lah baik dgn semua orang.


terima kasih Allah atas nikmat ini. aku manusia lemah, lalai dan leka. ingatkan aku ya Allah agar sentiasa ingat padaMU.





0 JempuTlah BerbisiK: