Wednesday, January 29, 2014

Selamat Pengantin Baru - Mohd Azlan Zainol Abidin & Hasanah Rahmat

Abg Lan adalah sepupu aku sebelah mama [anak tunggal arwah Lang Tie (kakak mama)] . aku memang rapat dgn Abg Lan. sejak kecil kami selalu bergaduh dan berebut permainan, makanan dan macam-macam. maklumlah, jarak kami cuma 2-3 tahun.

Arwah Lang Tie rajin bawa Abg Lan, Najib dan aku berjalan-jalan. ke KL, Pulau Pinang dan beberapa tempat lain. Abg Lan pernah kemalangan kena minyak panas masa umur 6-7 tahun. separuh belakang badan dan sebelah muka ada kesan sampai sekarang.

Abg Lan seorang yg tabah. kuat semangat. arwah babanya pulang ke rahmatullah pada penghujung tahun 2011 dan arwah mama pulang pada awal 2012. Abg Lan kini seorang diri tapi Allah Maha Besar kurniakan seorang bidadari mulia untuknya.

Alhamdulillah. tahniah Abg Lan. Adik fuzah doakan Abg Lan bahagia hingga ke syurga. walau arwah Lang sudah tiada, tapi ikatan keluarga kita tetap kekal hingga syurga. insyaAllah. amin Ya Allah...



Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan

Benut, Johor
25 Januari 2014




0 JempuTlah BerbisiK: