Monday, January 6, 2014

Umrah & Ziarah 1


SubhanaAllah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Laillahailallah

12 Mei 2013/2 Rejab 1434H..

Jam 10 pagi berkumpul di dataran Stadium Darul Aman, Kedah untuk bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang...Jam 3 lebih petang selamat bertolak ke Madinah menaiki pesawat NAS Air. 

keluarga yang menghantar

8 jam perjalanan diisi dengan membaca buku Umrah/Haji dan tidur. Pesawat yg aku naiki ini tidak menyediakan TV..tambah pula kerusi aku tidak boleh dibaringkan kerana rosak..ok..mungkin ujian utk aku..sabar Fuzah..perjalanan ini untuk beribadat...bukan untuk bersuka ria...tapi untuk membanding dgn perkhidmatan MAS tetap tak dapat dielakkan...MAS memang tetap terbaik!

Separuh perjalanan...dalam separuh terjaga dan samar lampu pesawat...aku mula mendengar suara para pramugari yang sibuk menyediakan air minuman...tekak aku juga mula terasa kering..mungkin faktor cuaca sbb seingat aku ketika ke Jepun  dulu (juga 8 jam)..tak pula rasa macam ni...tapi aku tak berani cakap banyak cuma mampu istighfar dan fikir yg baik2...
Jam 11 malam lebih (kalau tak salah), kami selamat sampai ke Madinah Al-Munawarrah
Tempat semadinya jasad kekasih Allah
Tempat paling dicintai Utusan Allah

Alhamdulillah...Allahukbar...

turun saja pesawat...pijak saja bumi Madinah..aku terus doa agar aku sihat dan sejahtera utk beribadat...aminn...Alhamdulillah..aku diberi kesihatan yg baik sepanjang mengerjakan umrah...Alhamdulillah...
lepas urusan Imigresen, aku teringat yg kamera tak ada dlm tangan...blur sat..bagitau mama dan cepat2 mama suruh pergi masuk ambil...dengan org ramai dan muka pegawai yg semak passport yg garang aku ternampak seorang pegawai lain sedang lalu dan aku melambai...aku minta izin bagitau nak masuk ambil kamera...dia pun maklumkan pada pegawai garang dan aku diizinkan masuk...Alhamdulillah kamera aku masih di situ..fuhh
selepas ambil bagasi, sekali lagi kami perlu scan passport pula...ingat dah selesai...tapi nasib baik scan passport sekejap saja...terus naik bas..kami dapat kumpulan MD6...sebab cuaca masih gelap dan badan masih penat, aku cuma mampu tersandar sambil berzikir syukur...dan dalam gelap itu aku ditunjuk mama kubah Masjid Nabawi...aduh menitis air mata kerna akhirnya diterima Allah utk menjadi tetamu kekasihNYA...Allahuakbar...

hotel penginapan di Madinah
Di Madinah, kami ditempat di hotel Al Ishraq...selepas makan malam, berkumpul sekejap utk taklimat drpd agensi..ambil kunci dan bagasi..sekali lagi..beg aku pula entah letak di mana...maklumla beg semua sama saja..silap juga tak buat tanda reben bagai..lama juga mencari sambil mulut tak henti2 istighfar...Alhamdulillah..akhirnya jumpa juga...cubaaannn...

hotel di sini baik, cantik dan selesa. berehat sebentar kami kemudian bergerak ke Masjid Nabawi untuk solat subuh. berjalan kaki kurang 10 minit ke masjid Nabi. di hening subuh bersama-sama kumpulan manusia pelbagai bangsa, rupa dan bahasa...
Allahuakbar...tiada kata mampu mengungkap rasa. 

aman..damai...tenang...bahagia

Allahuakbar...aku datang...
Ya Rasulullah...aku datang...

13 Mei 2013/3 Rejab 1434H

selesai sarapan dan berehat. kami kembali ke Masjid Nabawi untuk ziarah Raudhah. di sini kami dipimpin oleh seorang mutawwif warga Indonesia. sebelum masuk ke Raudhah, kami perlu menunggu kerna giliran masuk adalah mengikut negara. selalunya negara Malaysia dan Indonesia akan masuk bersama. 
menunggu giliran masuk Raudhah
aku sedia maklum dari cerita orang dan bacaan sebelum ini bahawa orang akan berhimpit2 dan bertolak2 untuk masuk dan semasa di Raudhah. malah kami diberi nasihat untuk berdoa semasa sujud akhir daripada berdoa menadah tangan untuk dielak dihalau pergi bagi giliran orang lain. 

lama juga kami menunggu. tiba giliran kami, mama terus membawa aku sambil kata
"lihat karpet hijau"...sambil berlari teruja...sambil melihat karpet merah...merah...merah...dan hijau!

"Ini Raudhah!"bisik mama.

Allahuakbar...

laju air mata aku mengalir. tumpah tak tertahan...
"bagi salam pada Rasulullah kak...bagi salam pada Saidina Abu Bakar dan Umar"bisik mama.
dalam himpitan dan sesak orang ramai. di sebelah aku seorang mutawwif yang berulang-ulang menyuruh kami semua solat.

"solat ya Ibu..solat ya Ibu"

aku mencari ruang untuk solat. sesak!sangat sesak. harus bersedia untuk dipijak. tapi aku ingin solat. aku tarik mama ke kanan. mama tarik aku ke hadapan. mutawwif tadi masih bersama kami.

"solat ya Ibu..solat ya Ibu"

"kak solat dulu. biar mama pegang kasut". (kami bawa kasut bersama yang dibungkus dengan plastik)

"solat Ibu..solat. biar saya pegang kasutnya. baru nyaman solatnya"

antara curiga dan keliru. kami terus hulurkan kasut kami. tawakal!..yang penting solat dulu. terus kami berdiri. niat dan solat...bangun...niat dan solat...aku nampak mama sudah siap dan menunggu aku. sambil itu dia mengawasi aku agar aku tidak diganggu. aku dapat rasakan.aku sambung niat dan solat. panjang sujud akhir...aku doa...sambil hujan air mata.

Ya Allahhhh....

selesai sudah..sayup kami mendengar mutawwif berkata

"Ibu Malaysia..Indonesia..ayuh kita bergerak...negara lain mahu masuk "

kami bergerak ke karpet merah. aku menoleh sambil melihat gerak laku orang ramai. terlihat sekumpulan menangis sambil berpelukan sesama sendiri. aku terus menangis dan memeluk mutawif dan mama.

Allah...sungguh tak tergambar oleh kata-kata...

mama minum air zam zam selepas pulang dr Raudhah

bersambung

0 JempuTlah BerbisiK: