Tuesday, May 20, 2014

Kembara : Belgaum, India III

11 Mei 2014, Ahad

PIMPIN Siswa USM-KLE bermula!!!

Oh sebelum tu hari ni kami semua sarapan kat luar..heheeee...sebab catering lambat...depa ni kalau janji pukul 9, pukul 10-11 baru dapat...ayoyooo...jenuh kena kejan...memang pengalaman buruk deal dengan caterer kat sini...nasib baik makanan sedap...

sorang 4 biji roti...sedap tapi jenuh juga aku nak habiskan
ala-ala teh tarik..comel ja cawan 
air kosong...kat sini menjadi budaya untuk makan dan minum dalam stainless steel...

cuba semak apa yg best menu dia...hehehehe



menu makan tengahari...dalam banyak2 nasi sepanjang kat sana...nasi ni bagi aku paling sedap...mungkin sebab makan masa sangat lapaq kot...heheheh...terbaik!
makan malam...tengok pinggan dia dah macam talam dah...mengah oiii nak habiskan...
untuk PIMPIN Siswa USM-KLE ini, ada beberapa pengubahsuaian. maklumlah buat kat luar negara kan...ada beberapa aktiviti yang diolah dan dibatalkan atas sebab2 teknikal dan lain-lain. tapi prinsip dan semangat masih sama. Antara aktiviti yg dibatalkan adalah survivor cooking...celah mana nak cari ayam hidup...lagipun student kat sini dah confirm pandai masak semuanya...maklumla...lagi jimat dan sedap kalau masak sendiri...

kalau di Malaysia..heee...PIMPIN Siswa ada aktiviti khemah...student kena pasang khemah dan tidur dalam khemah tapi kat sini tak dapatlah. student tidur kat bilik masing2...hmmmmm...selalu pukul 2 petang baru start aktiviti yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam. tapi di sini hanya 2 hari semalam. dan aktiviti bermula pagi. 

Student juga cuma dapat sehelai tshirt dan topi...tiada beg...nampak nampak...ada baik buruk la kan...bersyukur...selalu student akan dapat 2 helai tshirt dan topi beserta beg galas...sekali lagi...bersyukur...

12 Mei 2014, Isnin

Hari ini hari kedua PIMPIN Siswa.

Ada cabaran minda, aktiviti kumpulan dan lain-lain. Malam ada persembahan.
nasi goreng pataya + ayam goreng...hehehe...sebenarnya...telur goreng tu letak atas nasi saja...ok la...

makan malam + persembahan

13 Mei 2014, Selasa

Shopping time!..dimaklumkan kebanyakkan kedai tutup pada hari selasa. lorrrr...jadi kami cuma dapat p kedai dan kilang sari saja. kedai kurta dan kulit tutup...sedih....

kedai sari...

lunch nasi beriani udang

pink parther katanya
kilang sari
seronok mak cik ni amik gambar dia

pilih pilih sari mana berkenan di hati

mesin buat sari...

0 JempuTlah BerbisiK: