Friday, February 27, 2015

Kembara : Melbourne, Australia

Tipulah kalau aku tak terlintas nak pergi ke sini. tambah lagi disebabkan seseorang itu...Australia menjadi salah satu destinasi pilihan utk aku jejak. apakah yg ada di sini sehingga berkali-kali seseorang itu di dtg ke sini. Bagaimanalah rupanya The Great Ocean Road itu yg seseorang itu lontarkan nama  si dia rindui dan si dia itu bukanlah aku.

Allah.

Dia Maha Mendengar.
walau hanya sekadar lintasan & bisikan hati.

Kembara aku kali ini ke Melbourne, Australia mmg sangat tidak dirancang. Sungguh Dia Maha Kaya. alkisahnya jabatan Kak Farhana mmg sentiasa menganjurkan program latihan antarabangsa di seluruh dunia. dan kali ini Melbourne adalah salah satu lokasi. sbb ajakan yg bersungguh2 untuk turut menemani dia yg akan bertugas sebagai urusetia di sana..aku majukan permohonan. dengan bantuan teman sekerja sbb aku berada di Sarawak dan bos pula akan ke luar negara. semuanya berjalan lancar walau ada sedikit masalah & ujian. terima kasih dik Firdaus & Sabri.

TAPI...alkisahnya juga..saat akhir, kak Farhana tak jadi nak pergi sbb akan bertugas utk program di Istanbul. waaaaaaaaaaaaaaaaa....memang hati aku bertambah separuh dan separuh!

itu belum ujian passport aku yg tak cukup 6 bulan. dah kena pergi renew passport. sbb kat Goergetown dah penuh, kami terus ke UTC Kedah. terima kasih kak Farhana bagi pinjam kereta sbb kereta aku servis. terima kasih Mek Jue sbb sudi teman. Alhamdulillah semua siap dalam masa sehari.

24 November 2014, Isnin

tengahari aku bertolak ke KLIA2 dari Penang. terima kasih Norjie hantar aku. dalam pukul 3 lebih selamat tiba di KLIA2. pertama kali di sini. selesa dan kemudahan surau & tandas yang banyak. pukul 6.30 berkumpul ramai2 di depan restoran Bibik Heritage untuk sedikit taklimat. selesai urusan bagasi, solat kami masuk ke gate 10. dalam flight, aku duduk sebelah Pn Siti Rohmah dari UiTM Pahang. tempat duduk kedua belakang sekali. untungnya dapat makanan awal dan tandas pun dekat.


25 November 2014, Selasa

Pagi jam 6 lebih (waktu Melbourne) selamat mendarat. selesai urusan Imigresen, naik bas ,,,dijemput oleh wakil urusetia, En Mokhtar ke Little Ipoh untuk makan tengahari. selepas makan, sempat beli sim kad telefon yang banyak jual di kedai serbaguna. Sempat juga kami berjalan ke Queen Victoria Market (QVM) yg terkenal dengan tempat shopping yg murah. t-shirt, souvenier dll ada di sini. sempat aku sambar 4 helai tshirt sebagai permulaan. tak boleh lama sbb kami perlu ke hotel untuk check in.

tengah tunggu line nak utk Imigresen

Queen Victoria Market (QVM) hari pertama
Menginap di Mercure Welcome Hotel no bilik 1131. kawasan sangat strategik sbb di tengah2 bandar. sebelah dengan mall lagi. selesai solat, mandi pergi berjalan-jalan sekitar Melbourne dan makan malam di Little Ipoh.

bilik 1131, Mercure Welcome Hotel

Hiasan bandar Melbourne sempena Krimas


Dalam City Circle Tram (Percuma) tram ni akan stop di spot area utk pelancongan. 

Flinders Street Station - antara tempat wajib utk ambil gambar bila di Melbourne


26 November 2014, Rabu

Breaksfat di hotel...tak pasti hotel ni halal ke tak jadi makan yg tak meragukan, pukul 8.15 pagi bergerak ke bilik seminar di hotel yg sama tingkat 15. Lunch di hotel yg sama dan kelas sambung sampai 5 petang. Jalan kaki ke QVM lagi sbb ada night market. balik ke Little Ipoh untuk makan malam dan jalan-jalan lagi. kali kami ke Eureka Skydex.

kelas Hari Pertama

minum pagi...mampu kau...makan ni sajoooo

QVM lagi...tapi ni utk night market di QVM

jual makanan

 'kacang berangan' Melbourne 

tempat makan


eureka Skydeck...bayar AUD17.55...nak masuk The Edge tambah lagi AUD12. gambar lagi AUD12...pejam mata pejam mata jgn convert ke RM...agar mcm RM12 je...

stokin khas utk masuk kat edge dia...sbb semua kaca kan...
27 November 2014, Khamis

Breakfast di hotel...sambung kelas. lunch di hotel. sambung kelas sampai petang. majlis penyampaian sijil.jumpa Mawar, coursemate Bio kat USM dulu. jalan2 dan makan malam di restoran Indonesia, Blok M express. sambung jalan-jalan sampai lebam,

Kelas Hari kedua

minum pagi...sihat sangat!

dengan rakan daripada Brunei

Restoran Indonesia - Blok M Express
Pecal Lele- pedas ooooo...harga dalam AUD10++...puas hati sbb ada 2 ekor Lele ok!
Dinner dengan Mawar...yeaaaaa...ada geng kat sini
sini semua Motor macam ni ha....tak dak yg kecil2 punya....


28 November 2014, Jumaat

pukul 8 pagi pergi shopping di QVM. Pukul 11 pagi bertolak ke Philips Island dengan bas. persinggahan pertama di Dandenong Ranges National Park. minum pagi dan bagi burung makan. Berhenti di Maru - Koala & Animal Park. makan tengahari juga di sini. singgah juga ke Chocolate Factory. tak masuk pun sbb kena bayar sendiri dan tan termasuk pakej. hehhehehe
Dandenong Ranges National Park
Maru - Koala & Animal Park
kita lunch dulu

solat

haaa...mai Australia x jumpa yg ni x sah la kan...

ni tak tau nama binatang apa...huhuuu...cm kambing biri2 pun ada
yg ni spesies Kangaroo yg kecil sikit 

yg ni KOALA. kami tunggu sampai pukul 4 ptg semata-mata nak tengok dia ni...nak tangkap macam ni kena bayaq AUD20 (kalau tak salah)...ada photographer dan siap cetak.
bergambar kat luar saja

aktiviti di dalamnya..kalau bawa anak2 seronok rasanya...nak masuk jg tapi x dak geng...huhuhuuu...




berhenti lagi sekali utk tengok pemandangan dan burung2. lupa pula nama tempat ni...huhuhuuuu...hampir maghrib tiba di Penguin Parade. kena pergi waktu ni sbb masa ni la penguin baru sampai dari laut nak balik. tak ada gambar langsung kat sini sbb tak boleh ambil gambar. katanya penguin akan buta kalau kena flash kamera. apa2 sajalah.

berhenti lagi...burung2 ni sangat jinak tapiii...suka berak2....aishhhhhhh
pemandangan indah
dah sampai dah....destinasi utama...nak tengok penguin ha...tapi si jurugambar ni x ambil gambar penuh signboard tu ha....aishhhh...dah la ini je gambar bukti ada kat sini....
Pukul 10 malam lebih baru sampai...my tips...kena bawa baju yg selesa dan kalau boleh ada baju salin pun bagus sbb baju penuh dengan bau burung...sbb depa dok berak2 kan...kita pula dok pegang2 sbb jakun...


29 November 2014, Sabtu

Pergi ke QVM lagi..hahahahaha...memang ke sini je la kerjanya. pukul 10 pagi bertolak ke The Great Ocean Road. petang selamat tiba dan makan malam di Little Ipoh. jalan-jalan sekitar Melbourne lagi. spend last time dengan Mawar sbb Mawar akan bertolak ke Perth pula.

last day shopping kat QVM

ni la restoran Little Ipoh..100% Malaysia & halal

sarapan pagi kami dalam Bas

lunch...yeaaaa

terbaik!


sampai dah di salah satu Twelve Apostle 






Tips lagi...kena bawa topi & pakai sunblock...huhuuu...mungkin kami p masa musim panas...balik2 mmg semua muka sun
burn...huhuuuu

di malam hari...ni bangunan Perbandaran depa..sempena sambutan Krimas...cantik

30 November 2014, Ahad

6.30 pagi berkumpul dan bertolak ke Airport. selesai urusan bagasi, pukul 10 berlepas ke KL. pukul 3 petang lebih selamat mendarat di KLIA2. pukul 9 lebih berlepas sekali lagi ke Penang. terima kasih dik Ana & dik Nadiah jemput di Airport dan teman cuci kereta. cuci la sangat.

tengah beratur utk bag dropped

Last but not least...ini adalah senarai tempat2 yang patut pergi masa ada di Melbourne. tak semua la aku p sbb masa terhad kan...apapun..Alhamdulillah selamat pergi dan kembali...moga kembara musafir ini memberi hikmah yg terbaik buat diri..amin

0 JempuTlah BerbisiK: