Tuesday, April 14, 2009

Doa Bonda

akhir2 ni. ingatan pada bonda tercinta cukup kuat. dan bagai memahami. mama menghubungi. sms cukup ringkas. buat aku cukup terharu.

malam. selepas telefon farah. aku telefon mama. lepas rindu di dada. sambil meluah rasa. ada sesuatu yg terpendam. siang dan malam.

"mama. kakak jumpa dia. macamana ya"

"ya ka.sembang dgn dia tak?layan la dia sikit"

"tak. sembang biasa2 saja...entahlah ma. malas nak layan. segan sama"

"hmm..insyallah. kalau ada jodoh tak ke mana"
.
.
.

"mama. kakak dengar macam2 pasal dia la ma"

"...insyallah. ada yg lebih baik utk kakak"

"mama dgn abah selalu doakan anak2. moga selamat semuanya. dapat jodoh yg terbaik. kakak doa kat mama tak?"

"doa. selalu doa. "

tak mahu ganggu waktu rehat mama. aku mohon berhenti. teringat kata2 mama. hati rasa agak tenang.

"hmm..insyallah. kalau ada jodoh tak ke mana"

kering sudah air mata ini dua bulan yg lalu. kontang sudah hati ini memikirkan jawapan kalbu. tapi. aku tetap syukuri. yakin bahwa ada hikmah yg menanti. segala yg terjadi. ada sebabnya. tak akan pernah sia2 segala yg tertakdir. itulah Allah. Maha Bijaksana lagi Maha Adil. dan yakini janji Allah. tak akan pernah DIA pikulkan aku. sesuatu yg tak mampu aku tanggung. redha Ya Allah. aku redha.

teringat kata2 farah tempoh lalu.


hidup kita ni bagaikan air sungai yg mengalir. dari hulu hingga ke hilir. dan sepanjang air yg mengalir tu. pasti pelbagai halangan dan perkara yg kita jumpa. jadi. kita cuma perlu jadi macam air sungai yg mengalir. biarkan terus mengalir. jangan pernah berhenti utk mengalir. tempuh segalanya dgn sabar, tabah, redha dan cekal. apa yg buruk kita tinggalkan. apa yg baik. kita amalkan. sehinggalah. akan tiba satu saat yg pasti. kita semua akan kembali kepadaNYA.


Monday, April 13, 2009

Pelajar aku yg bernama Aurora

sudah lama tak menaip di ruangan blog kesayangan ini. bukan masalah internet yg tak bagus. cuma tiada hati utk menulis. maklumlah. tulisan harus ditulis daripada jiwa. barulah bacaan itu lebih bererti. dan akan sentiasa di ingati.

sebagai kenangan. dua hari lepas. Sabtu, 11 April 2009. aku bertemu dgn bekas pelajar tusyen bahasa melayu. kali terakhir bertemu bulan Ogos tahun lepas. sebelum bertolak ke UK. lepas tu. terus diam. masing2 sibuk dengan urusan sendiri. dan entah kenapa akhir2 ini bayangannya asyik menjelma di ingatan. terus saja aku sms minta sebuah pertemuan dapat diadakan. syukur. kami akhirnya bertemu. dan sempat menghabiskan waktu bersama2.

Aurora atau Miss Chu namanya. gadis Hong Kong yg berusia 41 tahun ini ahirnya akan menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini. tahu saja siapa bakal suaminya. membuatkan aku memikirkan. Wah! sungguh unik caturan Tuhan.

Aurora akan berkahwin dengan lelaki India. berusia 3 tahun lebih muda daripadanya. dan uniknya. lelaki itu berasal dari Kelantan. rancang Aurora. selepas berkahwin dia dan suami akan menetap di Gua Musang, Kelantan.

buntang mataku. dan lopong mulutku mendengar luahannya. bukan apa. Aurora ni baru saja belajar Bahasa Melayu. dan pastinya. Bahasa Melayunya bahasa yg standard. tapi kalau di Kelantan. Gua Musang pula tu. aduhai! habislah Aurora...

apapun. sepanjang tempoh pertemuan ini. banyak yg aku belajar darinya. dalam usia yg begini. Aurora tak pernah jemu menuntut ilmu. bukan mudah utk belajar bahasa asing. tapi. semangat dan kesungguhan Aurora. cukup aku kagumi.

malah aku cukup kagum dengan cinta Aurora. dia tak pernah putus asa dalam percintaan.malah. pengorbanan dia demi insan tercinta. utk berhijrah ke negara asing. buat aku cukup terharu. kalau aku. Fuh! no komen. itulah agaknya kuasa cinta. rela berkorban jiwa dan raga.

sepanjang pertemuan. ada kenyataan Aurora yg buat aku cukup insaf. antaranya. semasa Aurora bertemu dgn bakal suaminya. kata Aurora. dia sentiasa berdoa. mohon diberi petunjuk samada lelaki itu. diciptakan utknya atau tidak. aku terfikir sejenak. kalau dia yg beragama kristian setia berdoa. mengapa tidak aku?! Yg telah Allah janjikan bahwa doa hamba2nyalah amat DIA cintai dan sukai.

malah kata Aurora. yg buat aku terfikir. bahwa manusia ini boleh berubah. mengikut masa dan keadaan. dulu. katanya. dia tak suka pada lelaki yg lebih muda daripadanya utk dijadikan pasangan hidup. tapi kini. segalanya berubah. dan aku semakin mengerti. bencilah akan sesuatu itu bersederhana. kerna kelak mungkin ia akan menjadi kesukaan pula. dan begitulah sebaliknya.

dalam sepi. aku gembira. bahwa tanpa sedar. aku banyak belajar. cuma kita. sedar atau tidak. bahwa sesuatu itu. mungkin ilmu baru kita. dan ilmu paling bermakna. pastilah ilmu kehidupan. dan belajarlah selagi masih hidup. kerna pasti berbeza. org yg berilmu dan yg tidak berilmu.

Monday, April 6, 2009

Diary 18

"kau nak dengar yg benar atau yg tipu" soal seorang teman.

"eh. mestilah yg benar. kejujuran itu penting ok" balas aku tegas.

dia hanya senyum sinis.

"ok. tapi jangan menyesal dan sedih pula. sebab hakikat kenyataan selalunya menyakitkan"

...

aku terdiam. terkejut mendengar tuturnya yakin. namun aku yakinkan dirinya dan diriku. demi mengetahui sebuah hakikat kenyataan. andai benar ia menyakitkan. aku pasrah. kerna hidup tak bisa sempurna.

"puas hati?"soalnya sebaik selesai menoktahkan cerita.

aku diam lama. lebih lama lagi utk mengangguk. aku renung matanya. mencari kejujuran.

"Fuzah. manusia ni cuma boleh tengok luaran saja. baik di permukaan. belum tentu baik di dalaman. cuma Allah saja yg Maha Mengetahui. sebab tu kita tak boleh hidup tanpa DIA. kita perlu DIA untuk bantu kita. bimbing dan pimpin kita utk terus berada dalam kebenaran"

terima kasih teman. mengajar aku sebuah erti kehidupan. memberitahu hakikat yg selama ini tersimpan.

"Fuzah. sabarlah. hatimu itu milik Allah. tahulah bagaimana DIA mengurusnya" pujuknya lembut. kasihan mungkin melihat aku yg berubah menjadi pendiam langsung.

aku senyum. semanis mungkin.

"aku ok...cuma...aku tak sangka setiap hakikat kebenaran itu rupanya terlalu pahit utk dimamah telan. dan aku..."

aku jadi diam. sebak mula menyesak dada. hilang sudah kata2 bersama air mata yg tertahan.

"itulah. aku dan pesan jangan sedih. sekarang kan dan sedih". marah teman aku bercampur geram.

Aku senyum lantas ketawa.

"aku oklah. tahulah aku nak pujuk hati ini. biasalah. nama pun kehidupan. tak ada sedih2. mana lengkap"

balas aku lemah. sambil ketawa melihat mimik mukanya yg tak percaya dengan alasan yg aku berikan. Teman. usah bimbang. aku perlu rasa 'sakit' ini. sebab 'sakit' ini buat aku lebih ingat padaNYA. 'sakit' ini buat aku lebih rindu denganNYA. Teman. aku tahu kau tak akan selalu ada di samping aku. tapi kata2mu. tetap aku pahat. bahwa

hakikat kebenaran itu kadangkala sungguh menyakitkan.
dan hanya sabar dan redha.
penawarnya.

Sunday, April 5, 2009

tetap seperti dulu...

apa yg sebenarnya aku mahu dalam hidup ini? ijazah sudah dalam genggaman. kerja pun sudah ditawarkan. walau belum 'rasmi'. segalanya sudah dalam perjanjian. apa lagi yg kurang? apa lagi yg menggusarkan hati ini? duit? ah...itu sudah lumrah. walau berjuta sekali pun.yg bernama manusia. tak akan pernah puas dgn apa yg ada.

dari Korporat. ke HEPP. aku akui suasana sangat berbeza. sedangkan keluarga di HEPP lebih aku kenal dulu berbanding di Korporat. malah turut aku akui. apa yg aku harapkan lebih baik di HEPP berbanding Korporat. tak seperti dijangka. akukah yg terlalu meminta??

maaf. tiada siapa yg salah di sini.aku yg sebenarnya salah. salah kerna terlalu meminta.salah kerana terlalu mengharap. aku terlupa yg aku ni sebenarnya bukan siapa2. maaf kalian. aku perlu masa utk muhasabah. mencari semangat dan diri yg sebenar.aku bukan siapa2.yg ingin memiliki segalanya.

dulu. aku berikan segalanya. segalanya yg aku ada. tanpa pernah memikirkan apa yg perlu aku ada. apa yg perlu aku dapat. tak pernah!! aku serahkan segalanya. jiwa dan raga. harta dan benda. walau aku sendiri memang tak punya apa2.

hinggalah saat aku 'perlu' pergi. sungguh hati sangat terluka. tak sangka. rupanya selama ini. apa yg aku lakukan. bagai tiada nilai. dan semua ini membuatkan aku bertekad. utk lebih berhati2. utk lebih mendapatkan apa yg tak pernah aku dapat dulu. memiliki yg tak pernah aku patut miliki.

tapi...Allah 'menegurku'. dengan menggoncangkan hati dan jiwaku. Mahfuzah. kau tak harus memiliki apa2.kerna semua yg kau miliki dari belas ihsan AKU.

Ya Allah. berdosanya aku. sedar dari jaga. bahwa selama ini. aku tak pernah meminta. apapun. tak pernah! selama ini. aku hanya memikirkan.apa yg boleh aku buat? apa yg harus aku berikan? apa yg patut aku sumbangkan?apa? bagaimana? di mana? dan segalanya aku lakukan tanpa pernah memikirkan apa yg aku akan dapat. selain hanya mengharapkan kasih dan sayangNYA.

dan kini segalanya berubah. aku hanya ingin meminta. itu dan ini. dan apabila yg aku pinta tak dipenuhi. aku kecewa. hati mula sakit. jiwa mula perit. hidup rasa gundah. hingga aku bertanya. apa yg tak kena wahai Mahfuzah??

hingga aku sedar. aku harus seperti dulu. hidup hanya utk memberi. bernafas utk berbakti. kerna walau aku mungkin akan terluka lagi. tapi sebenarnya itulah yg lebih membahagiakan diri ini. kerna itulah sebenarnya diri aku. memberi dan berbakti. bukankah itu janjiku saat di China dulu?! biar diri tak punya apa. asalkan insan lain bahagia. dan yg kuharap cuma cinta DIA. itu lebih bahagia di sana.


aku mungkin berubah. gaya. tingkah. cara. dan status. tapi aku tetap aku yg dulu. itu yg aku harap. Mahfuzah yg sentiasa ketawa. Mahfuzah yg sentiasa senyum ceria. Mahfuzah yg sentiasa berkata2. Mahfuzah yg hanya ingin memberi. dan tak pernah mengharapkan sesuatu. Mahfuzah tetap Mahfuzah. dulu.kini. dan selamanya.

bisik-bisik: terima kasih BHEPP. menerima saya seadanya sebagai ahli baru. mohon banyak beri tunjuk ajar. terima kasih BPLK. kalian tetap di hati. kerna di situ. permulaan jejak aku.insan berkerjaya.


Saturday, April 4, 2009

teruskan jalan ini...

entah bagaimana mahu dimulakan entry kali ini. tangan bagai kaku. hati terasa beku. walhal terlalu banyak sebenarnya cerita yg ingin diluahkan. apatah lagi sudah cukup sebulan kehidupan aku di menara ilmu. yg bukan lagi berstatuskan pelajar tetapi pekerja. lain! lain benar rasanya. walau berada di tempat yg serupa. perasaan bergelar pelajar dan pekerja. sungguh berbeza. dan pastilah. kehidupan sebagai pelajar itu lebih indah.

pelbagai rasa yg berbaur di dada saat ini. benarkah pilihan yg aku lakukan ini?!kembali ke menara ilmu. saat hati belum sempurna sembuhnya. saat jiwa ingin mencari pengganti diri. aku putuskan tetap utk kembali. mampukah aku mewarnai hari-hari. tanpa teman yg dulu sentiasa di sisi. tanpa dia yg aku anggap kakak telah pergi membawa diri. terasa diri benar2 bersendirian. sendiri memperjuangkan sesuatu yg sama2 pernah kami laungkan.

"Fuzah, kau tak pernah sendirian. kami sentiasa menyokong kau". itu lafaz mereka. saat sebelum masing2 membawa diri.

Ya! semangat kalian bersama aku. cuma jasad kalian yg pergi. dan siapalah aku yg ingin menahan setiap hati2 kalian utk mengejar impian masing2. teman. hati ini sebenarnya ragu. apakah kepulangan aku ke menara ilmu ini benar2 diperlukan?!

aku sebenarnya masih terasa 'sakit' saat dibuang tak perlu. aku sebenarnya masih pedih mengenangkan keping2 hati yg ditusuk sembilu. aku yakinkan diri bahwa hati ini akan sembuh dan kembali seperti biasa. aku yakinkan diri. bahwa segala yg berlaku. mampu untuk aku harungi. maka aku tekad utk kembali. walau mungkin aku akan dilukai lagi.



aku tahu. aku tak mungkin undur lagi. tak akan undur lagi! kerna jalan ini telah aku pilih. dan jalan ini harus aku teruskan. walau sakit. walau pedih. aku tetap akan teruskan. aku tahu. hikmah Allah sedang menanti aku. menyambut utk terus membelai mesra aku.

'Mahfuzah. sesungguhnya AKU lebih tahu. apa yg terbaik untukmu. dan bersabarlah. sungguh hatimu itu AKU lebih tahu untuk sesiapa yg berhak.'