Sunday, April 5, 2009

tetap seperti dulu...

apa yg sebenarnya aku mahu dalam hidup ini? ijazah sudah dalam genggaman. kerja pun sudah ditawarkan. walau belum 'rasmi'. segalanya sudah dalam perjanjian. apa lagi yg kurang? apa lagi yg menggusarkan hati ini? duit? ah...itu sudah lumrah. walau berjuta sekali pun.yg bernama manusia. tak akan pernah puas dgn apa yg ada.

dari Korporat. ke HEPP. aku akui suasana sangat berbeza. sedangkan keluarga di HEPP lebih aku kenal dulu berbanding di Korporat. malah turut aku akui. apa yg aku harapkan lebih baik di HEPP berbanding Korporat. tak seperti dijangka. akukah yg terlalu meminta??

maaf. tiada siapa yg salah di sini.aku yg sebenarnya salah. salah kerna terlalu meminta.salah kerana terlalu mengharap. aku terlupa yg aku ni sebenarnya bukan siapa2. maaf kalian. aku perlu masa utk muhasabah. mencari semangat dan diri yg sebenar.aku bukan siapa2.yg ingin memiliki segalanya.

dulu. aku berikan segalanya. segalanya yg aku ada. tanpa pernah memikirkan apa yg perlu aku ada. apa yg perlu aku dapat. tak pernah!! aku serahkan segalanya. jiwa dan raga. harta dan benda. walau aku sendiri memang tak punya apa2.

hinggalah saat aku 'perlu' pergi. sungguh hati sangat terluka. tak sangka. rupanya selama ini. apa yg aku lakukan. bagai tiada nilai. dan semua ini membuatkan aku bertekad. utk lebih berhati2. utk lebih mendapatkan apa yg tak pernah aku dapat dulu. memiliki yg tak pernah aku patut miliki.

tapi...Allah 'menegurku'. dengan menggoncangkan hati dan jiwaku. Mahfuzah. kau tak harus memiliki apa2.kerna semua yg kau miliki dari belas ihsan AKU.

Ya Allah. berdosanya aku. sedar dari jaga. bahwa selama ini. aku tak pernah meminta. apapun. tak pernah! selama ini. aku hanya memikirkan.apa yg boleh aku buat? apa yg harus aku berikan? apa yg patut aku sumbangkan?apa? bagaimana? di mana? dan segalanya aku lakukan tanpa pernah memikirkan apa yg aku akan dapat. selain hanya mengharapkan kasih dan sayangNYA.

dan kini segalanya berubah. aku hanya ingin meminta. itu dan ini. dan apabila yg aku pinta tak dipenuhi. aku kecewa. hati mula sakit. jiwa mula perit. hidup rasa gundah. hingga aku bertanya. apa yg tak kena wahai Mahfuzah??

hingga aku sedar. aku harus seperti dulu. hidup hanya utk memberi. bernafas utk berbakti. kerna walau aku mungkin akan terluka lagi. tapi sebenarnya itulah yg lebih membahagiakan diri ini. kerna itulah sebenarnya diri aku. memberi dan berbakti. bukankah itu janjiku saat di China dulu?! biar diri tak punya apa. asalkan insan lain bahagia. dan yg kuharap cuma cinta DIA. itu lebih bahagia di sana.


aku mungkin berubah. gaya. tingkah. cara. dan status. tapi aku tetap aku yg dulu. itu yg aku harap. Mahfuzah yg sentiasa ketawa. Mahfuzah yg sentiasa senyum ceria. Mahfuzah yg sentiasa berkata2. Mahfuzah yg hanya ingin memberi. dan tak pernah mengharapkan sesuatu. Mahfuzah tetap Mahfuzah. dulu.kini. dan selamanya.

bisik-bisik: terima kasih BHEPP. menerima saya seadanya sebagai ahli baru. mohon banyak beri tunjuk ajar. terima kasih BPLK. kalian tetap di hati. kerna di situ. permulaan jejak aku.insan berkerjaya.


4 JempuTlah BerbisiK:

kerol izwan said...

kawen kot...penyelesaian terbaik. hahahaha

FuzAma said...

ceh!!!

tapi...rasanya camtu gak!kuang3...

sebabbbb?!!!

FuzAma said...

ceh!!!

tapi...rasanya camtu gak!kuang3...

sebabbbb?!!!

wan farah said...

lols