Tuesday, September 23, 2008

USM - APEX U

Mungkin agak terlambat aku mengucapkan tahniah atas kejayaan USM kerna terpilih sebagai APEX U pertama di M'sia, tapi aku kira bahang kegembiraan masih lagi terasa lebih2 lagi dlm kalangan warga USM ini sendiri. Namun harus diingat. kini segala2nya perlu dijaga. diperhatikan. ditelitikan. Maklumla. Pengiktirafan yg diberikan merupakan amanah. Bak kata VC, perjalanan kita baru bermula. dan pastinya perjalanan ini memerlukan kerjasama, penglibatan dan sokongan dari semua pihak. tak kira pangkat. tak kira usia. tak kira bangsa dan agama. kita semua di bawah matlamat yg sama. USM sebagai APEX U.

Thanks to Kema sebab dia yg beri aku idea utk tulis pasal APEX U ni tatkala jemari ini agak kebuntuan menaip rencana.

1st time aku dengar perkataan APEX U masa bulan 5/6 lepas. masa tu aku jadi RA kat Healthy Campus. Selepas sedikit discussion dgn Dr Lee (bos aku), dia beri aku dan RO aku soft copy report utk permohonan APEX U. tujuan utama adalah nak bagitau yg pasal campaign 'The White Coffin' banyak masuk dalam report tu dan juga pasal isu sustainability yg akan dijadikan fokus utama. Masih aku ingat pesan beliau yg minta agar kami tak sebarkan maklumat tu kerana ia adalah rahsia. So, maybe blh dikatakan aku dah agak tau la sikit pasal APEX U ni dan antara yg terawal tengok report yg dah jadi buku.

Awal bulan 7, aku dan RO dipanggil mesyuarat tergempar. kata Dr Lee, KPT akn dtg utk evaluate USM sebagai calon APEX U. kami ada masa kurang seminggu utk prepare bahan pameran bagi pihak Healthy Campus. pastinya projek 'The 'White Coffin' adalah fokus utama. Kelam kabutla office korporat. Aku, Pauline, Angel & Zaidi. berpeluh2. berkejar2. siapkan bahan. sampai cermin sisi kereta Pauline pecah dek dilanggar lori masa parking utk print banner.

Paling aku cuak bila nama aku pun termasuk utk diinterview sebagai mewakili student. Ah..sudah!!aku paling malas bab2 temu2ramah ni. tapi...demi USM...layan je. Dr Lee bagi buku yg dlm soft copy tu utk kami semua baca. Aku dapat tau ada 10 org student akan diinterview. 5 org dr MPP dan 5 org lagi yg terlibat dalam kempen THW. So, ada Kak Noor, Atun, Abe, Ke Shin, Aku dan Gun. Sehari sebelum tu, aku dapat sms minta kata kena pakai baju batik. nasib baik aku ada. kalu tak jenuh aku nak kena pinjam.

Aku takla rasa takut sangat tapi bila semua org pakat bagi semangat dan harapan aku mula jadi risau. tambah bila Dr Lee tanya. what do u feel? Whole uni depends to u tau...aku senyum kelat...aku tengok kak Noor. Kak Noor tengok aku. hentam saja la Labu...

Masa interview, aku tak banyak cakap. tapi aku mula risau sebab aku rasa hanya aku belum bercakap. Sampailah bila interviewer tanya soalan pasal keusahawanan. Kak Noor cuit tangan aku. sambil tahan debar hati, aku tengok Che Mat (YDP MPP) minta izin utk jawab soalan ni. Ye la. lagipun aku rasa antara kami ber10, aku lebih arif kot...so...aku rasa aku dah jawab sehabis baik yg aku tau sepanjang aku terlibat dgn program tu. lapang hati aku dapat keluar suara...barula rasa yg aku ni wujud dalam dewan tu...ceh!

Habis interview...semua dtg tanya...how? macamna? ok ka? susah tak soalan?...aku senyum je...ok2...biasa2 je...dun worry..tapi..dalam hati...Allah je tahu...hehehehe

So, itulah cerita aku. Maka, apabila diumumkan USM sebgai APEX U...pasti aku juga antara ribuan warga USM yg turut gembira dan berbangga. serta merta peristiwa itu menerpa ingatan. Ya, mungkin aku dilihat antara yg secara langsung terlibat dalam proses APEX U tapi bagi aku, kita semua warga USM sama2 telah memberi sumbangan kpd pengiktirafan ini. Samada secara langsung atau tidak itu bkn persoalan, yg penting biarlah sumbangan kita itu ikhlas dan diterima ALLAH. kita semua penting. tak kira pangkat. tak kira usia. tak kira bangsa. dari pencuci. tukang kebun. peniaga kafe. kerani. pegawai. pelajar. semuanya penting. Kita. anda. sama2 menyumbangkan kepd kejayaan dan kemajuan universiti tercinta ini. Kerna kita melakukannya bukan kerna nama. tapi kerna DIA. Insyallah. moga USM akan sentiasa diberkati dan dirahmatiNYA.

Tahniah buat semua warga USM!

Terima kasih. Hanya Allah saja yg mampu membalas segala jasa bakti anda buat menara ilmu tercinta ini. aminnn...

Kami adalah USM. USM adalah kami.

No comments: