Thursday, October 22, 2009

Cerita I ...



Perkenalan kami bermula dengan perasan jengkel dan benci. sehinggalah kasih dan sayang itu terbina atas takdirNya.

Dia kawan baikku.

Menerima aku seadanya saja. Menyokong setiap langkah kaki ini. Menghulur tangan setiap kali aku terjatuh. Kekuatannya ketabahanku. Kesabarannya Inspirasiku. Redup wajahnya meruntun sanubariku. Hampir setiap ketika aku memerlukan seseorang. Allah hadirkan dia tersenyum di belakang.

Namun, apakan daya perpisahan antara kami adalah kehendak alami. Yang perlu dia dan aku redha. Yang pasti dia dan aku pasrah.Bahwa jalanan hidup kami mula berubah. Tatkala perpisahan sebagai siswi menamatkan langkah.

Cerita keluarganya yang lain daripada biasa. Buat aku sangat kagum melihat gerak langkah kakinya.

“teman, pasti ada sebab kenapa Allah memilih kamu untuk menerima semua ini. kerna DIA Maha Tahu hati-hati mana yg lebih lunak untukNya”

Saat pertemuan yg pertama setelah masing-masing membawa haluan. Cukup singkat. Tapi bermakna. Aku tahu ada rahsia yg kau simpan. Ada cerita yg kau pendam. Dan aku menanti hingga kau bersedia untuk meluahkan. Kerna hidupmu. Adalah pilihanmu. Aku hanya mampu berdoa yg terbaik.


”Aku dah kahwin fuzah”


Alhamdulillah!Tahniah teman!


”Aku isteri kedua. Kami kahwin di sempadan. Aku sedang mengandung.”

.....

....

Ada sendu di hujungnya. Aku tak melihat sayu matanya. Aku hanya mendengar suara lunaknya. Aku rasai. Betapa dalam kasih sayangnya. Aku rasai. Betapa perit penanggungannya. Dan lebih perit tatkala semua orang telah ’membuangnya’

Teman.

Siapakah aku ingin menghukum kamu. Andai begini jalan ceritamu. Siapa aku untuk menafikan segala ketentuanNya. Aku tahu hatimu. Aku kenal dirimu. Biar saja seluruh dunia menghukummu selagi Allah tahu niat kudusmu.

Teman.

Aku tidak pernah menghalang apa saja pilihanmu. Ini hidupmu. Kau sudah cukup matang untuk menentukan jalan kisahmu. Selagi apa yg kau lakukan tidak bertentangan dgn agama. Aku sentiasa menyokong. Walau aku tak sentiasa bersama. Yakinilah. Doaku tak pernah hilang untuk bahagiamu teman.

Teman.

Mana mungkin aku lupa. Kisah cinta yg pernah kita kongsi bersama. Mana mungkin aku buang. Kisah cinta yg pernah kita impikan bersama. Walaupun akhirnya. Kisah cinta kau mendahului kisah cintaku. Dan walau kisah cintamu tak seperti yg pernah kita harapkan. Tiada lafaz lebih agung. Ku ucap puji syukur. Aku hanya bermohon. Moga bahagia sentiasa bersamamu.

Kuatkan hatimu teman.

Banyakkan sabar dalam jiwamu.

Ingat keteguhan Siti Hajar.

Walau dibuang tak berharga di padang pasir.

Kasih cinta Allah mengatasi segalanya.

Tuluskan hatimu teman.

Aku di sini.

Mendoakanmu.

Bahagiamu.



3 JempuTlah BerbisiK:

Az said...

kak fuzah... ni citer sebenar ke?

fuzama said...

heee...yup..

fadz said...

ciannya...tp xpe..mgkin ada hikmah disebalik yg berlaku ini..