Tuesday, October 6, 2009

Selamat Hari Lahir @ Selamat Hari Jadi


selalu juga keliru yg mana satu sesuai sebab perkataan lahir dan jadi berbeza maksudnya walau hakikatnya tujuan adalah sama. meraikan hari 'kedatangan' seseorang insan menjengah dunia sambil menghitung pertambahan nilai umur.

Syukur. Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah.

tak ada kejutan. tak ada kek bercahaya lilin. tak ada juga hadiah berkotak-kotak besar.hanya ucapan dan doa daripada mereka yang mengingati sudah cukup membahagiakan.

terima kasih semua...

Syukur. Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah.

sudah cukup rasanya diri ini menerima segala hadiah dari kalian. ada juga yg bertanya dan mohon ampun dan maaf. hahaa..usah bimbang. aku sangat mengerti. cukup saja doa kalian untuk diri ini. percayalah. itu lebih bermakna.

teringat masa zaman persekolahan. pasti tangan penuh dengan hadiah dari teman2. dan hingga kini masih penuh bekas-bekas kotak hadiah dengan pembalutnya lagi di atas almari rumah di Alor Setar.heee...kenangan itu memang indah. tak lupa masa di tingkatan 4-5 mesti saja ada sambutan hari lahir mengikut bulan. antara yg paling ingat, kami pernah sambut hari jadi ramai-ramai di Taman Rimba Jubli Perak, Alor Setar Kedah. siap berbasikal bawa buah tembikai.

Itu dulu. kenangan yg tersimpan indah dalam lipatan memori. dan kini. jarak, masa, dan tugas yg semakin berbeza dan bertambah. tidak ada apa lagi yg ingin aku minta selain secebis ingatan teman-teman dan insan-insan tersayang buat diri ini. Insyallah. doakan semoga kita semua selamat, bahagia dan berjaya dunia & akhirat.

Syukur. Alhamdulillah. segala puji hanya untuk Allah.

Syukur.
Ya Allah.
Aku masih bernafas sempurna di bumiMu.
masih berdenyut nadiku dan berdegup jantungku.
masih melihat, menghidu, mendengar, merasa segala nikmat kurniaanMu.
masih tenang, aman dan bahagia dengan kasih sayang insan-insan anugerahMu.

Syukur.
Ya Allah.
atas segala nikmat kurniaanMu yg tak mampu aku dustakan.

Alhamdulillah.
Selamat Ulangtahun kelahiran Mahfuzah Othman.
5 Oktober 2009




4 JempuTlah BerbisiK:

wanneeza said...

slamat hari lahir (i prefer)
smoga terus dalam naungan kasih Ilahi ye fuzah!

haniey said...

selamat hari lahir!
selamat hari jadi!
selamat ulang tahun kelahiran!
happy birthday!

kel@mbu said...

selamat hepi besday!!

singajingga said...

kekadang kita rasa keujudan kita tidak begitu mendapat perhatian kepada dunia atau pada peradaban lantaran kita rasa seolah-olah telah hilang daripada ingatan orang yang tersayang lebih-lebih lagi dikala ketibaan hari keramat hidup kita namun ianya tidak bermakna mereka lupa kita namun cara luahan rasa tanda ingatan mungkin berbeda serta tidak menepati hasrat kita, dah semakin dewasa anak dara ni bila nak ..... (soalan favorate). selamat hari jadi daripada semua keluarga, moga bertambah comel dan keletah.