Friday, June 4, 2010

Diary 38

28 Mei 2010.
10 am
Dalam perjalanan ke Taiping. pertama kali aku kemalangan jalan raya. alhamdulillah. semua selamat. hmmm...apa lagi nak dikata. muhasabah diri perlu direnungi...


dalam kesulitan ada kesenangan. syukur. segala urusan membaik pulih dipermudahkanNYA. hanya hati penuh redha melafaz syukur padaNYA...terima kasih Ya Allah.

* * *
28 Mei 2010
1 pm
Selamat tiba walau baru lepas kemalangan. Sambut Hari Jadi Aleesya Farhana. cucu pertama Mak Teh. semua keluarga berkumpul di Assam Kumbang, Taiping Perak. cepatnya masa berlalu. Aleesya dah tumbuh gigi dan pandai berjalan. oh ya...Mama Aleesya, Farah pun sambut hari lahir bulan lima juga. Selamat Hari Lahir la ye semua...


Aleesya asyik meragam je..mungkin sakit nak tumbuh gigi kot...


* * *
29 Mei 2010
9 am

Jalan-jalan ke Zoo Taiping lepas tukar tayar sebab kemalangan. rupanya tayar dah keluar benang. Allah Maha Besar selamatkan perjalanan dari Kulim ke Taiping dengan selamat walau tayar rupanya dah sangat bahaya untuk digunakan.





* * *
2-4 June 2010
Pulau Jerejak, Pulau Pinang




Dr Shuhaida, Abg CoCo & Staf Resort dengan kereta kancil limited edition...kat belakang tu bilik yg nampak 'tree view' (mula2 ingat dapat 'sea view'..apa daya)


'buaya' untuk halang monyet2 datang..'buaya2' ni akan ada di tempat makanan.


Sekian...semoga hari-hari yg dilalui penuh erti. kerna esok lusa belum tentu milik untuk kita....terima kasih semua hadir menyempurnakan cerita kehidupan diri ini...

"Kelmarin adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan, Esok adalah impian"

1 JempuTlah BerbisiK:

SarahSyahira said...

salam. blogwalking. seronoknya zoo. teringin nk g night safari :-)
btw, aleesya di bwh itu sgt comel_)