Wednesday, August 18, 2010

C.I.N.T.A (v)

"kita masih muda..."jelas aku perlahan. penuh hati-hati.tanpa mahu ada yg terluka. walau aku tahu. hatinya cukup hampa.

kata pemutus aku tidak menghalang dia untuk terus menghubungi aku walau aku seringkali mengelak. melayan acuh tak acuh. bukan shj kerna komitmen pelajaran tapi juga kerna bimbang tiada balasan mampu aku berikan. biarlah shj jalinan persahabatan itu terus kekal dipasakkan. tanpa perlu ada mana2 yg memusnahkan.

dia lelaki yg baik. bertanggungjawab dan taat pada ibu bapa. malah ada juga teman2 yg menyokong untuk dia dijadikan teman hidup.

tapi takdir Allah lebih mengetahui. bahwa bukan kerna dia tidak baik cuma aku bukan wanita yg terbaik untuknya.

Takdir Allah menentukan segalanya. kami terus dipisahkan dengan komitmen sebagai pelajar dalam memenuhi cita-cita dan impian masing-masing.

"Teruskan hidup ini dengan sebaiknya...kejarlah cita-cita dan binalah impian awak...jika benar kita ditakdirkan bersama, kita pasti akan bertemu di suatu masa"

* * *
Itu secebis kenangan 6 tahun yg lalu. hati yg dulu hampa kini penuh bahagia. aku pasti. kerna yg terbaik sudah dia temui. saat sebuah undangan perkahwinan diberikan untukku. aku tersenyum sendirian. menatap senyuman di wajahnya. aku dapat merasakan betapa bahagianya dia.

Alhamdulillah...syukur padamu Ya Allah. menghadirkan wanita terbaik untuknya. dan InsyaAllah...kita pasti akan bertemu di suatu masa...saat kau ditakdirkan bersama dia...dunia dan akhirat sana...

Kerna kita memang tidak diciptakan untuk bersama...


No comments: