Sunday, August 1, 2010

Happy Birthday Mohd Syakir Othman!

Masih aku ingat,
Demi memastikan tugas aku sempurna semasa di sekolah
Kau mengorbankan tidur lena dan lapar dahagamu
Demi memenuhi segala kemahuanku semasa di alam remaja
Kau meredah hujan panas dengan motosikal atas nama tanggungjawab sebagai penjagaku
Demi menunaikan tanggungjawab seorang anak sulung dan abang kepada tiga orang adik
Kau melupakan segala keinginanmu atas nama sebuah pengorbanan nan seribu satu

Masih aku tahu,
Dalam seribu satu pengorbananmu itu...
Belum satu mampu aku balas..
Walau hingga hari ini...

Aku masih sedar,
Hanya termampu dariku untukmu...
Adalah sekudus doa agar kau sentiasa bahagia dan berjaya..
Dunia & akhirat nanti...

Awalan tukaran angka usiamu pada hari ini daripada dua kepada tiga...
Ku berdoa semoga setiap langkahmu penuh dengan amal kebajikan..
Dalam meniti titian kehidupan...
Sebelum kita semua dijemput pulang...




Salam Ulangtahun Kelahiran ke30
Kekandaku tercinta
Mohd Syakir Othman

1 comment:

msyakiro said...

terima ksih dindaku.