Sunday, September 19, 2010

Reunion Alfa 200/2003 SMKTAM

pagi jumaat aku sudah mula bekerja dan merancang untuk berehat saja hujung minggu ini...tapi ada panggilan yg memanggil-manggil aku pulang...

sebenarnya bukanlah reunion pun tapi bolehlah dianggap reunion sambil meraikan majlis perkahwinan rakan sekelas semasa tingkatan 4&5..tahniah buat Md Idris dan pasangan...memecahkan rekod lelaki Alfa yg tamatkan zaman bujang paling awal...semoga kalian berdua sabar dan tabah menempuh alam rumahtangga dan bahagia hingga ke syurga..aminnn...


dan buat teman-teman Alfa 2002/2003 SMKTAM,


terima kasih atas kenangan dan jalinan persahabatan yg masih utuh walau sudah hampir 7 tahun kita semua meninggalkan alam persekolahan...

masih aku ingat dan sungguh aku rindu


kenangan semasa kita sama-sama berjuang untuk SPM...
kenangan semasa sama-sama menghias indah bilik darjah sehingga muncl juara kelas 5 bintang dua kali berturut2...
kenangan membuat kad hari guru gergasi...
kenangan menyambut hari jadi beramai-ramai...
kenangan kelas tambahan pada waktu malam di makmal sains..
kenangan duduk di tepi longkang makmal kimia menunggu kelas bermula...
kenangan makan jajan sembunyi2 di dalam kelas...
kenangan kenangan jamuan perpisahan di Dusun Resort...

dan 1001 kenangan yg pasti tidak terungkap kata-kata...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

dan buat teman-teman Alfa 2002/2003 SMKTAM,



sesungguhnya...kita telah bertemu kerna DIA...lantas kita berkasih sayang kerna DIA...dan..hanya DIA dan kerna DIA jualah..kita akan berpisah...tatkala maut sahaja akan memisahkan kita semua...

terima kasih kalian...semoga Allah terus merahmati ukhwah jalinan suci ini...aminnn


bisik-bisik int@n: courtesy gambar daripd Salsabilah...

No comments: