Sunday, February 5, 2012

Kenal Mengenal

Aku dan mantan pegawai unit Tajaan, Kak Zie bersama pemandu, Mahzan bertolak ke Kuala Lumpur pada pagi Khamis, 2 Februari 2012. berhenti makan di R&R Bukit Merah, kami selamat sampai ke destinasi pertama iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional aka PTPTN di Damansara hampir 2 petang. Jam 3 petang aku dan Kak Zie bertemu dengan pegawai PTPTN terutamanya yg terlibat secara langsung dengan USM. Ini adalah lawatan rasmi bertujuan untuk memperkenalkan aku sebagai pegawai baru yang mengambil alih Unit Tajaan (sebelum ini adalah di bawah Kak Zie). terima kasih pada Puan Rohana, Puan Rohaida dan En Ghaffur atas layanan. hampir jam 5 petang kami bertolak pulang ke hotel penginapan di Putrajaya. tapi sebelum itu sempat singgah di Ikea untuk membeli belah...heeeee..selamat tiba di hotel dalam jam 9 malam

En Mahzan & Kak Zie

hotel

3 Februari 2012, Jumaat...sarapan dan bertolak ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk temujanji jam 9 pagi...tapi tersilap pi JPA Cyberjaya (sebab hotel dekat Putrajaya) terus pergi ke JPA Putrajaya. di sini kami perlu dapatkan pas pelawat sebab semua pintu kena scan untuk masuk. terima kasih kepada Cik Hasnah, En Affendi & En Farzuq Hassan. pukul 10 lebih kami bertolak pula ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Cyberjaya. terima kasih kepada Puan Arniza dan Puan Zariah.


JPA Putrajaya



KPM Cyberjaya

pukul 12 tengahari kami bertolak pulang. sekali lagi sempat singgah di Sogo. jam 2 petang bertolak pulang ke Pulau Pinang. syukur alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan dan urusan. pergi balik dengan selamat. puas hati dan enjoy sangat! alhamdulillah.



0 JempuTlah BerbisiK: