Wednesday, May 16, 2012

Selamat Bergraduasi Sahabat!

21 April 2012, dua sahabat ini selamat menggenggam Ijazah Sarjana Sains Biologi USM. tahniah sahabat2ku..sangat bangga dengan kalian dan aku sangat jelesssss ok!...bilalah giliran aku pula nak sambung belajar ni...insyaAllah...masa aku akan tiba...doakan aku terus beriltizam dan semangat untuk sambung belajar ya!...


Sebagai hadiah kepada mereka (ucapan maaf tak dapat hadir majlis konvokesyen), kami semua makan malam istimewa di Restoran Puncak Mutiara dengan disertai oleh pensyarah paling 'cool'..Dr Nurul Salmi..hehee...beliau adalah penyelia projek tahun akhir aku di 'undergraduate' dulu.. dan kami masih berhubung seperti kawan lama...So good!

Alkisahnya, aku jumpa Dr Nurul semasa sama2 sertai seminar pengurusan akademik dan kebetulan dia pun rancang nak belanja dua cewek ini sempena selamat bergraduan..jadi..kami satukan saja rancangan ini..tambah lagi aku pun tak pernah belanja 'cikgu' aku ni sejak dapat kerja kan...walaupun dia berkali2 tanya..'is it ok for me'...hehehe...'im ok la Dr...don't worry!'..



Ini adalah kali kedua aku datang sini dan kali pertama buat mereka...nampak kan wajah teruja masing2...makanan sedap, pemandangan pun cantik, 'service' pun pantas dan cekap...

Macam2 kami makan dan paling mengeratkan kasih sayang adalah kami kongsi semua makan tu..kami makan nasi beriani rusa, sate arnab, ostrich, rusa, ayam, kambing dll, burung puyuh, dan spaghetti...kenyang dan sangat 'happening'.

Perjalanan ke sini juga kami sempat tersalah jalan, masuk dalam ladang getah..Alhamdulillah semua selamat..almaklumlah semua perempuan..anak dara pula tu semuanya...tapi lasak2..maklumlah...geng Biologi..masuk keluar hutan memang biasa...

Pukul 12 lebih..kami selamat sampai di rumah masing2...terima kasih semua & Tahniah buat Nur Munira dam NurJueliani...bangga dengan kalian!


0 JempuTlah BerbisiK: