Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu 2012

Sempena Hari Ibu kali ini, kami sekeluarga sambut di Restoran berputar Menara Alor Setar. memang berputaq-putaq sungguh. Sebenarnya, kami tak pernah sambut secara rasmi Hari Ibu..hanya ucapan saja yang selalu dititipkan...malah masih aku ingat sewaktu aku Sekolah Rendah..aku pernah hadiahkan mama sebuah cekak rambut yang aku beli di kedai runcit berdekatan sekolah. dan Mama terus pesan supaya aku simpan duit utk makan dan tak perlu susah2 beli utk dirinya. Asalkan aku sihat dan bahagia, maka itu sudah hadiah utk Mama.

Sejak hari itu, jarang sekali sambutan Hari Ibu  diadakan...sebab bagi aku hari-hari pun hari Ibu...lagipun..aku masih  belajar...duit yg aku guna pun duit Mama juga...jadi aku azam..biarlah aku beri hadiah guna duit aku sendiri...iaitu bila aku dan kerja nanti...Alhamdulillah semuanya telah diizinkan...




Selamat Hari Ibu Mama!

0 JempuTlah BerbisiK: