Thursday, October 11, 2012

Kembara : Prince of Songkla University, Thailand

sepatutnya lawatan rasmi ini pada April lepas tapi ditunda sebab insiden bom...hotel yang kami nak menginap pula tu yang kena bom...tunda punya tunda akhirnya 7-9 Oktober 2012, berangkat delegasi CGSSUSM ke PSU.

tidak terlalu gembira. mungkin kerna aku pergi untuk bekerja. jadi tahu amanah dan tanggungjawab yang dipikul. bertolak jam 12 tengahari dari Penang dengan van..berhenti makan tengahari di R&R Gurun, tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam dan Imigresen Thailand kira2 jam 3 petang. di sini kami perlu turun dan beratur untuk cop passport. kena letak RM1.00 juga. anggap saja sebagai sedekah.


perjalan ke hotel kira-kira sejam dari Imigresen. kami menginap di Hotel Centara berhadapan dengan hotel Lee Garden yang sepatutnya kami menginap April lepas. masih 'renovation' dimaklumkan akibat insiden bom dulu.



Hotel ini betul2 terletak di kawasan bandar. banyak kemudahan ada di sini. waktu malam meriah dengan penjaja yang menjual makanan. makan malam kami di sebuah restoran halal. nama restoran Hamid. kira2 100 m saja dari hotel. 




Hari kedua, kami bertolak ke PSU kira2 10 minit menaiki van. lawatan pertama adalah di Fakulti of Environment Management. semasa mesyuarat, kami dijamu sejenis manisan yang comel dan sangat manis!!


kami disediakan makanan tengahari di sebuah restoran Halal yang esklusif dan kondusif.



katanya aiskrim mangga tapi tak rasa mangga langsung.

antara yang menarik yang aku temui di PSU. selain itu pelajar Ijazah pertama mereka semua berpakaian seragam. rasa lucu pula semuanya berpakaian seperti SMK kalau di Malaysia. berbaju putih dan berseluar/skirt hitam.

petang kami bertemu dengan Timbalan Presideng PSU. dan kembali mesyuarat di FEM sebelum berpisah. makan malam kami di sebuah restoran namanya Sami Kitchen. cantik, bersih, cepat dan bagus sekali perkhidmatannya. 

aku sempat beli dan merasa makanan terkenal di sini iaitu pulut mangga. sebelum ini diletakkan dalam bekas polisterina jadi aku tak membelinya. tapi Allah mendengar isi hati hambaNYA.  apabila aku mengunjungi gerai ini lagi mereka sudah tukar kepada bekas lain. dapatlah aku merasa pulut mangga Hat Yai. memang sedap. pulutnya sangat manis, lembut dan bersantan. mangga pula banyak dan manis. Alhamdulillah.
hari terakhir, kami bertolak pukul 10 dari Hotel ke beberapa tempat membeli belah. pertama kami singgah di  pusat yang menjual kekacang. kemudian kami ke Bazar yang menjual pakaian. tak susah membeli belah di sini kerana rata-ratanya boleh dan faham bahasa melayu. duit RM pun mereka terima jika tidak cukup duit dalam baht.

pukul 1 petang lebih, kami bertolak pulang ke Pulau Pinang. kami mengambil jalan ke Padang Besar kerana di situ lebih cepat dan kurang sesak untuk urusan imigresennya.

 

pukul 9 malam lebih, kami selamat tiba di USM, Pulau Pinang. Alhamdulillah. kami selamat pergi dan kembali dengan doa2 mereka yang tersayang yang mengiringi. semoga perjalanan ini diberkati. 



0 JempuTlah BerbisiK: