Sunday, October 21, 2012

Diary 67: Kerana Seminar

aku terima surat yg mencalonkan nama aku untuk hadir sebuah seminar di INTAN Bukit Kiara, KL 12hb Oktober, Jumaat yg lalu. aku gembira dan terharu. tapi mengenangkan aku perlu ke KL. aku mula susah hati. KL dan aku. aku dan KL. tak pernah 'sejiwa'. pasti ada saja kenangan 'manis' yg akan aku bawa dr KL. dalam hati aku. apalah yg akan berlaku pada aku di KL kali ni.

kos semua ditanggung unit latihan di bawah skim Tabung Latihan. aku memilih penerbangan malam 11hb Oktober. rezeki aku. Abang An perlu ke Penang pada hari Sabtu. jadi aku cuma ambil tiket sehala sahaja sbb aku akan pulang ke Penang bersama Abang An. aku memilih untuk tumpang tidur di rumah Abang An. bukan selalu nak ke melawat. ada peluang apa salahnya ziarah keluarga.

Aku dihantar ke airport oleh Dila seusai solat maghrib. menaiki kenderaan awam berseorangan bukanlah pilihan kecuali terpaksa. walaupun bukan kali pertama terbang. aku tetap gementar. terutama apabila aku teringat bahan cecair yg aku bawa sbgi 'hand luggage'. sempat aku semak semasa berkemas agar semua cecair yg dibawa ke atas tidak lebih 100ml. dan aku tiada masalah di bahagian keselamatan.

semasa berjalan menuju ke Gate B5, aku ternampak seseorang yg menuju ke arah bertentangan. dia kemudian ternampak aku dan kami berbalas senyuman. aku menuju padanya. dia bertanya tujuan dan aku menerangkan.terus saja dia tersenyum dan kami berpisah. takdir Allah. dialah insan yg mencalonkan nama aku utk ke seminar ini.

Dalam kapal. aku duduk di laluan kecemasan. sedikit terkejut kerana kapal ini lengkap tv di kerusinya. ikut pengalaman, hanya penerbangan ke luar negara yg punya tv. tak pula aku menggunakan kemudahan itu melainkan aku memilih utk membaca sepanjang perjalanan. semasa dihidangkan minuman, aku cuba membuka meja di hadapan. tapi puas aku cuba, meja tidak juga terbuka. terus saja aku berhenti sambil menahan malu dilihat orang sebelah (walaupun mereka buat2 tak nampak). aduh....mesti aku kelihatan sprti tak pernah naik kapal...haiii

selamat sampai. aku membeli tiket KL Express ke KL Sentral. pertama kali juga ni. ikut hati nak saja aku ambil teksi ke Pantai Dalam. tapi bila lagi nak mencuba naik KL Express. aku beranikan diri dan redah saja. baca, faham dan ikut 'signboard'. 10 minit menunggu dan 28 minit perjalanan. aku sampai di KL Sentral. sbb 'berlagak tahu' aku terus menuju ke 'gate' laluan tiket. puas aku masukkan tiket di atas tembok 'gate' tapi tetap tak terbuka pintu...terus datang penjaga di situ. ambil tiket aku dan masukkan di bahagian depan. aduhhhh...malu lagi aku....

dalam KL Express@ERL

pertama kali aku di KL Sentral, puas aku mencari pintu menunggu sprti pesanan Abang An. nasib baik jumpa. selamat aku sampai ke KL dijemput Abang An. Alhamdulillah...


Pagi jumaat. aku dihantar ke INTAN oleh Abang An. mulanya kami tersesat di INTAN dekat UM. 9 pagi lebih baru kami tiba di INTAN Bukit Kiara. Alhamdulillah. aku diberi kunci rumah dan dipesan cara utk pulang sendiri. sbb Abang An balik lambat. aku terus mendaftar dan masuk dewan. apabila berseorangan. kena pandai bawa diri. senyum dan kena ramah. dapatlah kawan. dan kawan itulah yg Allah hadirkan utk tolong kita. aku kenal Kak Norizan. Kak Sie dan Anis. selepas solat di masjid INTAN. kami menaiki bas INTAN ke KLCC utk pameran IGEM 2012. tak lama di situ kami terus pulang menaiki LRT. Anis menawarkan diri utk pulang bersama aku. maklumlah. aku seorangan. di KL pula. syukur Alhamdulillah. dan bermulalah lagi kisah...

masjid INTAN

pass masuk..kena buat soal selidik dulu baru boleh dapat pass masuk...


selesai melawat di IGEM2012, kami mencari LRT utk pulang. jenuh juga sesat mencari. sudah jumpa beli tiket. Oh..sekarang tak guna tiket lagi..tapi dan guna token..hanya perlu scan saja pada atas tembok 'security gate' tu..(bila ada kawan berani sikit)..kami naik LRT ke KL Sentral...sms turun..LRT dah nak bertolak...Anis terus lari dan aku yang terpinga2 terus kejar dia. dalam hati dah berdebar2 sangat. elok aku melangkah sambil pintu tertutup... aku tersepit...terus aku tolak pintu kuat2 (macam tolak pintu lif)...pintu terhenti dan semua tengok aku...aduhhh...malu lagi aku......tapi Alhamdulillah aku selamat...syukur Alhamdulillah....

sampai di KL Sentral. aku dan Anis berpisah. dia naik KTM dan aku naik teksi. semoga Allah merahmatimu kawan. Allah hadirkan kau utk membantu aku. AllahuAkbar.

aku terus berjalan ke bahagian teksi. aku nampak dan pergi ke teksi. aku bertanya dalam gugup. perasaan hampir tersepit mungkin belum hilang. aku dilayan endah tak endah lantas aku terus berlalu pergi. lama aku memerhati dan mundar mandir. aku nampak barisan panjang di tepi jalan. oooo...rupanya perlu beratur di sini untuk dapatkan teksi. aku terus menyambung barisan yg sedia panjang sambil sempat bertanya.lama menunggu dan hampir tiba giliran aku. aku perasan masing2 memegang tiket kecil. aku terus berpeluh dingin. aku terus tanya. rupanya perlu beli tiket teksi di kaunter baru beratur. Ya Allah...terus aku minta jasa baik abang di belakang aku utk jagakan tempat aku sementara aku beli tiket di kaunter. syukur dia baik. semasa hendak membeli syukur tiada barisan panjang. tapi aku pula diminta utk menunggu satu jam krn teksi penuh. nak luruh jantung aku dengar. aku terus menerangkan situasi aku. syukur dia memahami dan menjualkan aku tiket. terima kasih 'brother'.

aku kembali beratur dan selamat menaiki teksi setelah beberapa buah yg enggan mengambil penumpang. sebelum pergi aku sempat senyum dan ucapkan terima kasih pada abang yg menjaga barisan tempat aku. semoga Allah merahmatimu.

aku tiba di PPR Kampung Limau, Pantai Dalam. terima kasih pada Pak Cik yg baik dan ramah. semoga Allah murahkan rezeki pak cik. aku terus turun dan pastikan tiada barang tertinggal di teksi. aku masuk lif dan ke tingkat yg diberitahu Abang An. aku ke rumah yang diingatkan. tapi aku perasan rumah kali ini tiada langsir pada pintunya. aku terus positif mungkin langsir sedang dibasuh sebab lampu bilik air menyala. Kak Nana dah pulang rumah mungkin. fikir aku. aku tolak pintu gril yg tak berkunci. aku buka pintu kayu dengan kunci tapi tak menjadi. berkali2 aku cuba sambil aku mula rasa pelik. salah kuncikah??!!..aku nampak 'sticker' pada pintu...Azahar bin Othman...hmm..depa eja nama abang salah ni...patutnya Azhan bin Othman...betullah rumah ni...takpa...cuba lagi..

tiba-tiba pintu terbuka...ada perempuan bertudung menjenguk. dengan anak perempuan lingkungan 9-10 thn di belakang...

"adik!!...adik salah rumah ni..."

.


.


.


MALUNYA!!!!...aku terus minta maaf dan berlalu...syukur perempuan. syukur tak dimarah atau diherdik..syukur syukur syukur...dan dalam kebingunggan aku mencari arah. rupanya aku salah blok....waaaaaaaaaaaaaaaa....sampai saja di blok yg betul...memang langsir masih ada di pintu. dan tak ada nama 'bin Othman'  pun di pintu...aduhaiiii...

sekian saja..kenangan di KL..yang tak pernah 'sejiwa' dngn aku...

0 JempuTlah BerbisiK: