Wednesday, October 10, 2012

Yang ke 26


Tahun 2012 menyaksikan hari ulangtahun kelahiran aku jatuh pada hari Jumaat yang berkat. . Alhamdulillah...semoga rahmatNYA sentiasa melimpahi. Di saat usia ini, dan dengan segala nikmat yang telah diberi. kesihatan, keluarga, kerjaya dan  Islam. tidak banyak lagi yang mampu aku harapkan melainkan semoga aku dianugerahkan pasangan hidup yang terbaik. 

aku seorang gadis biasa yang juga punya perasaan yang sama. aku bersyukur dan terharu kerna ramai yang mendoakan agar aku dipertemukan jodoh yang terbaik. terima kasih semua. sama-sama kita saling mendoakan kerna aku tahu ramai yang ingin melihat aku  bahagia. kerna kau tahu. bahagia aku.  bahagia mereka. kerna Islam itu adalah saudara.

Allah saja yang Maha Mengetahui segalanya. padaNYA aku mengadu. padaNYA aku memohon pertolongan. DIA saja yang tahu segala yang berlaku. DIA saja yang tahu segala rahsia dan hikmah yang tersembunyi. dan sabar itu adalah sebaik2 perbuatan demi sebaik2 ganjaran dan pahala.

hanya yang mengalami akan memahami. aku terima segala takdir ini sebagai ujian buat diri. mungkin usaha dan doa aku belum cukup untuk Allah kabulkan. mungkin dosa aku masih menggunung untuk  Allah tunaikan. mungkin hati aku belum cukup bersih untuk Allah perkenankan. mungkin air mata aku belum cukup ikhlas untuk Allah limpahkan.

Ya Allah...janganlah KAU menduga aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggung. dan janganlah KAU pesongkan aku setelah KAU berikan aku hidayah. 

untuk kali yang ke 26 ini. aku berdoa diberikan yang terbaik. semoga aku bahagia demi kebahagiaan mereka. teruskan sabar dalam hati ini. teruskan tabah dalam jiwa ini. kerna hati dan jiwa hanya milikMU ya Rabbi.

Salam Ulangtahun Kelahiran
5 Oktober 2012/19 Zulkaedah 1433H






0 JempuTlah BerbisiK: