Monday, February 18, 2013

Bunyi Mercun...Dang Dung Dang

Sejak aku bermastautin di Penang, bunyi mercun ketika musim Tahun Baru Cina adalah perkara biasa. melainkan kalau tidak ada di Penang waktu itu. mungkin akan selamat dari bunyi-bunyian yang memang akan bagi kau terjaga daripada tidur, menyumpah-nyumpah dan hangat hati. (terkecuali bagi mereka yang tidur mati).

seperti biasa semalam bunyi-bunyian itu terus bergema bermula jam 11 malam lebih hingga hampir 2 pagi...sebab aku tidur awal jadi aku memang akan terjaga dan terpaksa melayan bunyi-bunyian dengan hati yang penuh redha...best juga..bukan senang nak tengok bunga api percuma kot!

sempat juga la ambil beberapa keping gambar yang sangat kurang kualitinya...maklumlah...kamera hp murah...jadilah kan...

Jadi, bagi mereka yang rasa nak mastautin kat Penang...bersedialah untuk menikmati bunyi-bunyian ini...yang kadang2 tu macam diletupkan di sebelah telinga kau saja...itu belum depan rumah kau atau mana-mana kawasan yang penuh dengan sisa bahan api itu lagi...hmmmm...kita kan 1Malaysia...tolak ansur itu penting...





1 JempuTlah BerbisiK:

Fatihah Zaidi said...

wlu kamera hp je tp ok la..cntik jgk gmbr tu ;0