Thursday, May 21, 2015

Diari 81 : Family Day @ Penang

yeaaaaa...pakai mai Penang mai..
alkisahnya kali ini keluarga Hajah Asma telah berkumpul di Penang. dan sebagai satu-satunya generasi yang mastautin di Penang maka terlantiklah aku sebagai tuan tanah...kononnya...

17 April 2015, Jumaat

petang dalam jam 4 lebih, ahli keluarga aku selamat sampai di USM. sebab mereka akan menginap di Rumah Tetamu USM. aku tempah dua bilik famili tapi kami tukar satu dengan bilik di bawah sbb tiada kemudahan kerusi roda untuk Tok aka Hajah Asma.

selesai urusan pertukaran bilik, solat dan reganggan badan kami pun bertolak ke Gertak Sanggul untuk acara bbq. tapi sbb hari dah malam kami singgah di pantai Sungai Batu saja...tapiiii...sbb kat situ gelap gelita...kami pun tukar utk bbq di Rumah Tetamu USM sahaja...heheheh...

*tiada gambar sebab hanya sesuai untuk tatapan peribadi saja

 18 April 2015, Sabtu

Hari ini bermula dengan sarapan pagi di Taman Tun Sardon...



selepas sudah kenyang...minyak sudah cukup..kami pun bertolak ke Bukit Bendera...kali terakhir aku pergi 2013 (rujuk http://mahfuzahothman.blogspot.com/2013/04/diary-74-bukit-bendera.html)..banyak juga dah berubah..sekarang sudah ada tempat parking bertingkat...


aktiviti pemberian myKad/kad pelajar untuk pembelian tiket..kalau tidak harga RM30 utk dewasa...dengan myKad harga turun sampai RM10 seorang dewasa


Tok aka Hajah Asma pun ada


Mak Su & Mak Njang


dalam train


muka seronok


yeaaa...dah sampai...

tengahari bertolak ke Padang Kota pula..pakat pekena Mee Sotong Hameed haaa....

beratur panjang

Mee Sotong terkenal kat Penang

semua makan mee sotong & coconut shake

muka bahagian dapat makan

belanja gambar Tok tercinta...tok pun puji mee sotong sedap..

selepas perut sudah kenyang...hati jadi girang...kami semua pun bertolak pulang ke negeri jelapang...wahhh...hahahaha...

0 JempuTlah BerbisiK: