Monday, September 17, 2012

Bengkel Kelestarian 2012

Ini adalah bengkel pertama  yang aku kira diadakan untuk warga staf dalam kalangan akademik & pentadbiran. kalau dulu aku asyik dengar bengkel kelestarian untuk pelajar yang mana aku turut terlibat secara tidak langsung. Jadi sekarang salah satu perancangan kami CGSS adalah mengadakan sebuah bengkel kelestarian kepada kakitangan akademik dan pentadbiran.

Alhamdulillah, persiapan hampir dua bulan sebelum berjaya walaupun kehadiran sangat mendukacitakan dan tidak seperti yang diharapkan. tapi sekurang-kurang kami telah memulakan sesuatu. walaupun begitu banyak maklumat dan maklum balas positif yang kami terima. paling mengharukan aku apabila aku mula merasakan ramai sebenarnya yang 'bersama-sama' dan sedia untuk membantu. terasa semangat aku kembali membara dan menjulang tinggi. Jangan putus asa Mahfuzah!

bermula pada 11 September 2012 hingga 13 September 2012..berturut-turut..berkampung sebentar di sains@usm yang merupakan salah satu lagi kampus USM yang menempatkan pusat-pusat penyelidikan...

sempat aku diberi peluang untuk memberi sedikit taklimat mengenai Program Pejabat Alamiah yang akan menjadi salah satu projek utama aku..ala-ala KPI aku la juga...doakan aku ya...aminnn

betapa pantas masa berlalu..sebelum ini bagi taklimat kepada pelajar sekarang kepada kalangan staf pula...terjumpa juga staf2 yang dulunya banyak membantu aku semasa aku masih bergelar pelajar...

perjuangan ini tidak akan pernah selesai...semoga diberkati..aminnn..

0 JempuTlah BerbisiK: